WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 28, 2011

RAGAM PEMANDU KITA

Alhamdulillah, Imanshah sudah berada di kampung halaman, untuk berhari raya bersama keluarga tersayang. Perjalanan tadi agak lancar tanpa ada jam yang teruk. Kelihatan banyak juga kereta plat W yang menggunakan lebuh raya timur barat ini (laluan Grik-Jeli). Selalunya bagi mengelakkan kesesakan, para perantau dari Kuala Lumpur akan melalui lebuh raya ini. 

Di awal-awal perjalanan , Imanshah sudah dihidangkan dengan beberapa adengan kemalangan jalan raya. Nampaknya untung sekali syarikat-syarikat lori penunda dan bengkel-bengkel kereta di musim perayaan. Memang bersilih ganti kemalangan dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Kemudian, Imanshah juga melihat begitu ramai pengguna jalan raya yang tidak sabar dan melanggar peraturan jalan raya khususnya memotong di kawasan selekoh dan memotong laluan berkembar.Tak nampak pula penguatkusa atau kereta peronda. Sepanjang enam jam perjalanan, hanya satu sahaja penguasa JPJ menahan pemandu yang melakukan kesalahan.

Dan satu lagi yang selalu rakyat kita buat sewaktu memandu ialah mengekori terlalu dekat kenderaan di hadapan. Mak aii, sepanjang 20 km perjalanan sewaktu melaui laluan Pergau-Jeli, Imanshah diekori oleh sebuah MyVI bewarna pink yang dipandu oleh wanita. Muda lagi dari pemerhatian Imanshah melaui cermin. Sayangnya pemandunya sangat tidak sabar, selalu memberikan lampu tinggi walaupun laluan bengkang bengkok. Nak suruh Imanshah bawa 100 km sejam agaknya walaupun di hadapan ada berpuluh deretan kereta. Akhirnya kerana tidak sabar, dia memotong kereta Imanshah, hampir-hampir bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan.

Tak faham dengan sikap pemandu Malaysia hari ini. Rasanya tak lari rumah yang nak ditujui tu. Berhati-hati lah di jalan raya kerana maut tidak mengenal sesiapa. Erm, dalam melihat perangai dan karenah pemandu lelaki terutamanya yang muda-muda, terselit juga pemandu wanita yang ganas..Huhu takut kawe!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Alhamdulillah...selamat sampai ke kampung. Semalam, sewaktu on d way pulang ke kampung, alhamdulillah saya tak terserempak langsung dengan kemalangan walaupun sebuah. Cuma itu lah, ada beberapa biji kereta yang lagaknya tak berapa nak sabar berada di atas jalan raya. Macam nak berlumba pun yer jugak... adehhh...sabor je la.

insan_marhaen said...

pengalaman IM la.. kalau di jalanraya, perasaan jangan di kuasai oleh perasaan nak cepat sampai. sebaliknya kena anggap perjalanan itu sesuatu yang enjoy. tak time dan be happy...

cheqna said...

satu perangai cheqna..kalau time2 raya memang cheqna sangat berhati2..kalau selam ni cheqna biasa r tekan se pat...tapi time2 raya gini memang 100 je paling laju...
seriau sket kalau nak laju2 time2 raya ni...

cikgu isza said...

Alhamdulillah dah selamat sampai..
saya tak merasalah nak tempoh jam lama2..
dua2 orang sini..
awek tu bagi lampu nak ngorat tu..
jangan marah ar..
minta maaf sempena raya ni..
Diskaunlah konon!

Zul Fattah said...

lol..sapa rumah doh..? ore mana tu?

ziraziz said...

alhamdulillah dh smpai...sy pg raya nnt bru nk blk kg..hehe..

IMANSHAH said...

@Zul Fattah

Tumpat

Dinas Aldi said...

Meluat dengan orang yg memandu macam tu, macam dia sorang ja nak balik kampung. Sungguh over.

h A n Y S said...

alhamdulillah dah slamat sampai..
btw, sy kadang2 geram jugak dengan pemandu yg sangat tak menyabar bila drive guna jalan 'dalam', kalau nak memotong pon tengok keadaan jugak lah kan..karang tak pasal2 kita juga terbabit kemalangan..aish

alif haris said...

alhamdulillah cikgu selamat sempai dah..

hish ..pemandu2 kita ni memang pelik perangainya.. ngape nth..

MAT SOM said...

CIKGU.....
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Drp
Mat Som Sadono
Hamidah Ali
Ili Nabilah
Irfan Iman
Ikhwan Rabbani
Arina Zawani
Alif Iskandar

Azmer Lias said...

semuanya mengenai sikap...
bilalah sikap diorang nk berubah yek?!huhu..

iKhRam said...

biasalah tu.. bila tak sbar, sudah pasti kesan buruk akan lebih byk berlaku..

kadang2 kita terlupa yg berpuasa tu mengajar kita bersabar..

ini terbalik pulak, sampai berbunuh2 pun ada.. huh?!

MR. SYAH said...

fuh bahaya tu.. ni semua disebabkan sikap xsabar.. xlarinya rumah.. biar lambat asal slamat.. bukannya sampai cepat boleh raya cepatkan..

ishiko said...

SELAMAT HARI RAYA ^^

beliau tu xsaba nak blk kg tu..

adrenalina said...

seronok kan dah sampai ke kampung! selamat menikmati hari2 di kampung halaman tercinta dan menghadapi jalan jammed kat kelantan pulak hahaha... saya dah ukur jln2 yg jammed kat KB ari ni!

Alang Ridhwan said...

kalu orang nak sangat cucuk, brek je mengejut.. tengok berapa berani dia nk mencucuk..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget