WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, September 1, 2011

RAYA-RAYA TAK MAU GADUH


Raya-raya ni macam malas nak berceloteh pasal orang kan. Tapi sekadar berkongsi untuk sama-sama kita ambil pengajaran dalam menjalani hidup kita. Balik ke kampung untuk berhari raya, kami adik beradik agak terkejut melihat rumah jiran dipenuhi dengan batu dan pasir untuk buat rumah. Menurutnya, saja dibelikan batu dan pasir untuk buat tambah rumah sebab takut harganya naik. Bila ditanya bila mahu mulakan, jawabnya tengok lah Jumaat. Dah berapa kali Jumaat tak juga buat-buat.

Sebenarnya jiran kami ni pelik sedikit. Jika hari raya, kami adik beradik akan pulang berkumpul. Tidak dinafikan dengan tujuh buah kereta, halaman rumah ibu tak mampu untuk memenuhkan semua kereta kami (semua panjang-panjang kerana kebanyakannya merupakn MPV, maklumlah masing-masing anak ramai). Dan kadang-kadang terpaksa parking di halaman jiran. Yalah adab berjiran kan. Kalau sedara mara mereka datang, rumah kami juga jadi tempat meletak kereta. Dan rasanya kami adik beradik tidak kisahpun dengan keadaan ini. 

Namun, sejak setahun dua ini lain sedikit rasanya. Tahun lepas halamannya diletakkan dengan kayu panjang yang berpaku semuanya. Takpalah kan, halaman dia, bukan halaman kami. Faham lah tu, dia tak mahu kami letakkan kereta. Tahun ini penuh pula dengan batu dan pasir. Kami adik beradik rasa nak tergelak juga melihat perangai orang tua-tua yang tak sudah-sudah nak  bermasam muka. Pernah sekali, kereta saudara maranya pancit kerana terpijak kayu yang ada paku di halaman rumahnya. Tengok tu, kan tak pasal-pasal kena tukar tayar.

Adik beradik pula memang anti dengan jiran yang seorang ni. Selalu sahaja cari pasal.  Cuma kadang-kadang Imanshah selalu marahkan mereka supaya jangan terikut-ikut dengan perangai jiran supaya selalu berbaik sangka dan bermasam muka dengan jiran. Tak palah hari ini jika dia hulurkan paku, kita beri ketupat raya untuk jiran. Tapi satu je Imanshah perasaan, emosi orang perempuan ni kurang stabil sikit kan? Asyik nak bergaduh je kerjanya. Kami adik beradik dan ipar duai yang lelaki ni cool sahaja, menggeleng kepala tengok perangai orang perempuan. Maaf ya wanita!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

cikgu isza said...

adab berjiran yang semakin lama semakin diabaikan.. bila susah baru tahu nak cari jiran..
semoga hubungan yang keruh kembali terjalin mesra..

Wordless Wednesday - Hadiah raya daripada Google | Semekar Kasih

Zul Fattah said...

haha.. sama la...tempat aku pun macam tu jugak.. bgaduh dgan jiran blakang rumah..

slumberdek said...

mujur jiran2 kawe baik2 blako.

Azham Vosovic said...

kalau saya, mesti saya join geng2 perempuan berperang dgn jiran..jadi batu api.. hahaha, jahat gila. jangan ikut perangai saya hahahahah

Cik Bell said...

hadoiii...tension gak klu dapat jiran macam nie..tak matang langsung..rasa nak gelakkan dia puas2 pun ada...tapi kita cool jer..jumpa dia senyum je..mesti lama2 dia okey..

adrenalina said...

mmg perempuan ni penuh dgn emosi...sbb tu lelaki cool...tlg redakan emosi perempuan..cuma imagine kalau lelaki sama emosi dgn perempuan..haru biru nanti... aper kata imanshah bg ketupat banyak2 sikit kat jiran..mesti makcik tuh bina parking kereta baru lagi hehehe

amirul said...

Salam Aidilfitri cikgu.... :) jgn gaduh2...

Meow Aizawa said...

hahaha lawak je gado mcm tu..
tpi bnde nye terjadi kan..
ape2 selamat hari raye k
maaf zaher je..batin2 laen kali..hihi

Dinas Aldi said...

Akak pun ada jiran hangen tapi bukan sebelah, depan rumah. Tapi semua jiran lain tau perangai dia jadi kami semua tak ambik pot bila sawan dia menyerang. Walaupun tak bercerai tapi bini dia pun dah lari duduk kat tempat lain. Sekali sekala ja datang jenguk dia.

Saiazuan said...

nsb jian2 aku sporting

cucu umie said...

herm..alhamdulilah jiran ayie okay2 jer.. herm, biaselah manusia bro..

abu muaz said...

ha, ha ... mungkin betul kot.. selamat hari raya.

insan_marhaen said...

berlapang dada dengan kerenah jiran adalah yang terbaik. biarlah Luncai terjun dengan labu-labunya!

lynda salim said...

happy eid :)

amna said...

kebiasaan beberapa hari b4 raya mak akan hantar mknn utk jiran coz 1st raya balik kg dah ^^

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget