WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, August 10, 2011

REMAJA 17 TAHUN HILANG RUPANYA ANAK KAWAN IMANSHAH



Seorang gadis berusia 17 tahun dipercayai ‘diculik’ seorang lelaki misteri yang dikenalinya melalui laman sosial facebook, beberapa minggu lalu.
Seri Najwa Ferda Hasan, dipercayai dipujuk lelaki berkenaan supaya melarikan diri selepas suspek turut menghubungi telefon bimbit mangsa sebanyak 134 kali.
Ibu mangsa, Seri Wangi Mokhtar, 42, berkata, anaknya yang menuntut di tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar hilang sebaik keluar ke sekolah kira-kira jam 6.45 pagi, Khamis minggu lalu, dengan berpakaian sukan, selain membawa komputer riba.
“Beberapa saksi mendakwa melihat Najwa menaiki skuter merah ditunggang seorang lelaki di hentian bas berhadapan Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Kampar.
“Mereka memberitahu ada seorang lelaki menaiki skuter itu mengambil anak saya di hentian bas berkenaan dan membawanya menghala ke jalan utama Ipoh-Kampar,” katanya.
Seri berkata, kehilangan anaknya itu amat misteri berikutan mereka sekeluarga tidak berselisih faham dengannya.
Menurutnya, dia mula menyedari kehilangan Najwa selepas mendapati anaknya itu tidak pulang ke rumah sehingga waktu berbuka puasa malah usaha menghubungi telefon bimbit anaknya itu gagal.
“Saya cuba menelefonnya beberapa kali namun tiada jawapan. Malah, saya juga berusaha menjejakinya menerusi facebook, namun statusnya tidak aktif. Saya amat risaukan keselamatannya kerana Najwa tidak pernah bersikap begini,” katanya.
Terkejut Imanshah kerana remaja yang dikatakan hilang merupakan anak kepada rakan kami sewaktu mengajar di sekolah Imanshah beberapa tahun yang lalu. Sememangnya Imanshah mengenali keluarga ini dan tidak terkecuali Najwa yang sewaktu kecilnya adalah seorang kanak-kanak comel yang saban hari Imanshah lihat kerana kami berjiran di dalam kawasan sekolah. Harapan Imanshah agar Najwa dapat ditemui dan tidak ada perkara buruk yang terjadi kepadanya. Kepada kak Seri Wangi, Imanshah doakan agar anak yang dikasihinya itu dapat ditemui dan beliau tabah dalam menempuhi dugaan ramadan ini.
 
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

ckLah said...

Cikgu Geografi dan Bahasa Perancis tu kan. Semoga berakhir segala persoalan ini...

Qamaruls said...

hopefully selamat2 jer.
jgn wat ibu bapa risau.

aiman fanboy k-pop said...

omg!!!!pose2 pom ada jugak org jahat yew?aiiiisshhh...mogew tak dew pa pew yg berlaku......kita hanya mampu doakan yg terbaik.....amin...

IMANSHAH said...

@ckLah

ahah betul, cg perancis n geografi..kawan kami masa kat STAR

asraf osman said...

haishh,,susahkn mak bapak je!

Shamsuddin Amin said...

adeh...
tu la...
jgn la nk caye sgt
g jumpe2 org ni...
ksian parents...

- zuriey - said...

kes lari dgn bf agaknya ni..bahaya sungguh..semoga selamat dan kembali tak lama lagi

Afida Anuar said...

Ohh....ada terbaca juga kisah ni semalam. Moga2 dia dijumpai dengan selamat, insyaAllah. Macam2 dah skrang ni.. hu hu

peNulis SeNjA said...

comel nye .. huhuhu

nelly said...

ngeri baca ~
=.=

k.h.a.l.i.l.a said...

semoga dia dtemui semula dlm keadaan selamat ...

ummu said...

salam Iman,sebelum magrib tadi,hubby tunjukkan berita ni kat akak,akak cakap,comelnya gadis ni.
semoga gadis ini ditemui semula.
anak cikgu lah ni ye?

a kl citizen said...

Harap-haRap berakhir dengan baik. Tumpang simpati pada kluarga cikgu tersebut

Dinas Aldi said...

Semoga dia kembali dalam keadaan sihat & selamat, semoga Allah SWT melindungi dia..

alif haris said...

Semoga semuanya selamat ..semoga Allah melindunginya ..
bahaya skrg nih ..huhu

Anas Clay said...

Alhamdulillah.. polis dah jumpa dia.. selamat dah..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget