WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, August 11, 2011

REMAJA 17 TAHUN HILANG TELAH DITEMUI


Tengah hari tadi menerima SMS dari rakan Imanshah memberitahu  Seri Ferda Najwa telah ditemui. Dalam entri sebelum ini DI SINI, Imanshah ada bercerita tentang kehilangan Najwa, iaitu anak kepada rakan sekerja Imanshah sekitar tahun 2005. Alhamdulillah, seronok dan bersyukur kerana Najwa telahpun ditemui. Masih terkenang kenangan berjiran di dalam kawasan sekolah dengan keluarga NAJWA. Juga kenangan di saat-saat kematian arwah suami kepada Puan Seri Wangi yang sangat menyedihkan.

Dari sumber yang boleh dipercayai, NAJWA hilang kerana mengikuti lelaki yang baru dikenalinya di FB. Pada pandangan Imanshah sebenarnya Facebook mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan remaja sekarang. Kerana FB lah ramai dalam kalangan anak-anak gadis di luar sana yang terjebak dengan cinta ekspress dan akhirnya membawa kepada masalah sosial seperti lari dari rumah, seks bebas mahupun masalah menjadi keldai tunggangan dengan mengedar dadah sehingga ke luar negara. Inilah harga yang perlu dibayar atas nama teknologi maklumat hari ini.

FB memang dicipta untuk kemudahan, namun selama mana ianya mampu menjadi alat untuk memudahkan Imanshah pun tak pasti. Nak mengatakan tak payah menggunakan FB, rasanya pada Imanshah, kalau digunakan pada jalan yang betul dan tidak memudaratkan, tak salah. Penceramah agama terkenal seperti UStaz Khazim Elias pun menggunakan FB untuk berdakwah. Pokok pangkal terpulang kepada pengguna, sejauh mana menggunkannya dengan cara sebaiknya.

Berbalik kepada kisah remaja lari dari rumah, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam memantau perkembangan anak-anak. Dengan siapa dia berkawan, dan kalau boleh selalulah memeriksa akaun FB anak-anak setiap kali on9. Maaf mungkin ini pandangan ortodok saya. Mungkin ada sesetengah ibu bapa berpendapat anak-anak sekarang lebih suka kebebasan, tak perlu dikongkong sangat dan sebagainya. Namun takut sudah terhantuk, baru terngadah. Imanshah berkata begini kerana didikan orang tua kami sememnagnya bersifat mengongkong. Dan sehingga usia 31 tahun pun, emak akan selalu bertanya kemana saya pergi, dengan siapa saya berkawan walaupun anaknya sudah besar panjang. Sesetengah orang mungkin rimas, tapi saya kira rimas itu sebenarnya ubat paling mujarab untuk mengetehui setiap pergerakan anak-anak.
Waalahhua'lam.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

sayangsayangibu said...

akak selalu kata dgn anak anak dara, ibu dan ayah ambik berat dan tegur anak anak tu namanya sayang
bukan tak sayang.

aiman fanboy k-pop said...

aiman sokong dengan pendapat abg iman sal penggunaan fb tuh....great!!!thums up!!!yup....kadang2 fb nih kalo disalahguna boleh bawak keburukkan.....errrmm...tak taulah camanew...dalam umah sendirik pon asew tak selamat...alhamdullilah dah dijumpai...mujurlah...berkat bulan ramadhan kowt...

Miecyber said...

Alhamdullilah kerana yang hilang telah di temui kembali..

gadisBunga said...

ayah saya akan call setengah jam sekali kalau saya balik lambat sebab jumpa member lepas opis hour. rimas? mmg rimas. tapi itu semua untuk kebaikan.

ckLah said...

Kasihanilah ibu-ibu kamu,wahai anak-anak......termasuklah anak-anak remaja ckLah sendiri!

ibuintan said...

kepulangan yg dinanti... anak jiran ibu, gadis remaja 14 tahun telah hampir dua bulan hilang..masih tiada khabar berita

juga khabarnya pengaruh rakan fb baru yg dikenalinya

NzA said...

syukurlah...2lh remaja skrg...senang sgt trpengaruh.....

siti murni said...

alhamdulillah..:)

itu lah baik buruk fb nih...apa2 pun terletak pada individu tu sendiri.

sebab tu lah ada pepatah.."jaga lembu sekandang lebih senang dari menjaga anak dara seorang"...terlalu banyak onak duri dan dugaan...

MAT SOM said...

Kisah-kisah seperti ini sering berulang
Kenapa mereka tak jadikan iktibar?

Pegangan dan prinsip terlalu rapuh.
Mudah sgt percaya kpd yang baru kenali.

iKhRam said...

kadang-kadang tekonologi itu dicipta bg memudahkan manusia.. namun ia bertukar menjadi masalah bila disalahgunakan pada perkara yang tidak sepatutunya.

apapun syukurlah.. adik najwa ni pun dah ditemui.

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah dia dah selamat ditemui.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

bergantung kpd org yg menggunakan FB ni..klu niat baik maka baik laa jadinya...begitu jg sebaliknya...

Dea Bianglala said...

syukurlah bila dah kembali... semoga tidak mengulangi lagi... :)

A'IM said...

tapi tu lah..kadang2 budak2 ni terlampau rimas sampai nak rasa bebas..tu kita perlu betulkan juga tu

::FAIZ FARISH:: said...

jgn mudah terpengaruh la wahai adik2... huhu

VECASTS - LISTEN ONLINE RADIO WATCHING ONLINE TV said...

VEBCASTS - Listen web Radio Watching web TV, Tv Online. Watch Over 3000 Online TV Channels And 6500 Radio Stations Free For Around In The Wold clik to watching
Listen Hindi radio click ,watching live movie ,live international radio,indo radio.usa radio and more ,LIVE MOVIE ,LIVE SPOTS,LIVE HINDI RADIO ,HINDI MOVIE ,AXN LIVE ,STAR MOVIE LIVE ,MAX CHANNEL LIVE LIVE UNTERNATIONAL RADIO AND TV BROADCASTER
MALAYSIA RADIO ONLINE ,terdapat lebih 180 buah stesen radio online malaysia di sini lawati >  http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
MALAYSIA TV ONLINE tv1,tv2,tv3,alhijrahtv,dan macam macam lagi lawati >  http://vecasts.blogspot.com/2011/11/listen-malaysia-radio-online-live-radio.html

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget