WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 13, 2011

RUMAH HANGUS TERBAKAR KERANA BUNGA API


Beginilah keadaan sebuah rumah yang hangus terbakar apabila seorang kanak-kanak telah bermain bunga api di dalam bilik dan akhirnya telah menyebabkan kebakaran rumah tersebut. Kejadian berlaku di Jalan Padang Garong, Kota Bharu Kelantan dan menyebabkan kerugian sebanyak RM 250, 000. Takziah buat keluarga tersebut. Sesungguhnya malang tak berbau.

Orang kata malang tidak berbau kan? Memang betul pengalaman Imanshah menangani anak-anak buah yang ramai ada benarnya. Imanshah mempunyai 17 orang anak buah dan separuh darinya berusia 12 tahun ke bawah. Bila tiba sahaja musim perayaan mercun dan bunga api merupakan permainan utama. Kalau tak diawasi dengan sebaiknya memang kemungkinan untuk mereka bermain bunga api di dalam bilik ada. Pernah sekali anak buah Imanshah bakar surat khabar di dalam bilik dua tahun yang lepas. Mujur sempat dilihat oleh kakaknya.

Di hari pertama lagi kalau pergi ke Pasar Ramadhan pasti ada penjual yang menjual bunga api dan mercun. Yang hairannya ramai pula ibu bapa yang sibuk membeli bunga api dan mercun untuk anak-anak. Katanya zaman dulu kita pun main mercun. Mercun kabaid lagi, takpun meriam buluh. Maknanya mentaliti masa kecik-kecik dulu harus juga disemai kepada anak-anak.

Mungkin orang Melayu memang sinonim dengan mercun dan bunga api. Tak tahulah budaya dari mana yang diambil. Rasanya kalau ada perayaan-perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali jarang kedengaran ada remaja yang putus jari atau rumah terbakar disebabkan oleh mercun dan bunga api. Sedangkan kaum Tionghua lebih terkenal dan sinonim dengan mercun. Heran ye. Sebab mereka tahu keutamaan mereka. Tak perlu "modifight" mercun, dan mercun yang digunakan adalah mercun biasa sahaja. Kalau balik kelantan sekarang, Imanshah dapati macam-macam jenis mercun yang dijual, dan tak pernaha jumpa sewaktu zaman kanak-kanak.

Terkenang, seorang sahabat yang putus jarinya akibat mercun kabaid yang dimainkan pada zaman kanak-kanak kami dahulu.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

cikgu isza said...

mentaliti yang sukar diubah walaupun pengajaran depan mata kan?
paling sadis orang lain buat hal.. orang lain jadi mangsa..
pintu rumah akak pernah sampai berlubang gara-gara mercun yang jiran main. Bapa budak.. bukan bebudak. Geram pula bila tak reti nak bertanggungjawab..

alif haris said...

hurmm ..
tiap tahun mesti ada kes ..
tak tahulah kenapa tak pernah rasa insaf ..
sorang insaf ramai lg yg tak insaf walaupun dah nmpak pengajaran dpn mata ..

NMH said...

memang..sebab tuh dorang main mercun kot..kadang2 geram yang jenis campak mercun dekat umah jiran..takmo dengarlah! atoyai!

Kalamhati said...

hmm tu la..bila tiba ramadhan..mak ayah pulak duk sibuk cari bunga api dan mercun bgai utk anak2..mentaliti sungguh..

ckLah said...

...masih terjadi lagi. Aduhai, bangsaku.

iKhRam said...

kami adik beradik sejak dari dulu kurang berminat main mercun. Janrang nak abiskan duit membeli mercun. Tapi kalau balik kmpung.. kalau ada yang pelawa kami mainlah..

SoLy SoLicious said...

keciannye..memang malang tak berbau ..huhuhu

gadisBunga said...

hmmm...malang mmg tak berbau tapi lebik amik langkah beringat sebelum kena.

ini semua adalah ujian...semoga kita dapat amik pelajaran dari ujian ini...

mungkin sebab tu saya cuma main bunga api cap kucing je masa kecik2 dulu..hihi~

Afida Anuar said...

Harap keluarga tu sabar dan redha dengan ketentuan Allah ni. Ada la tuh, hikmahnya yang kita tak nampak. Kan shah?

Akmal Tajudin said...

moralnya, awasi anak anak bila bermain mercun :)

yatie Awang said...

budak2 ni susah nak larang, paling2 kita juga sakit hati....

NaeBlog said...

Saban tahun ia berulang... menjadi rutin mengiringi Ramadhan.
Orang kita sedarlah!!!

ain fathihah said...

kecik2 dulu selalu teringin nak main bunga api, tapi ayah tak benarkan. hehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget