WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, August 23, 2011

SAAT HIDAYAH MENGETUK HATINYA


Saat ini Imanshah amat terkenang seseorang lewat pertemuan kami di bumi Universiti Sains Malaysia sekitar tahun 2002. Beliau merupakan 'junior' Imanshah sewaktu di USM dulu. Ditakdirkan Allah SAW kami dipertemukan dan diletakkan sebilik. Setelah dua semester bertemankan rakan seagama, namun semester tersebut Imanshah dipertemukan dengan rakan bukan Islam dari Negeri Di Bawah Bayu. Imanshah redha sahaja kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Biarlah Imanshah namakan dia sebagai FR sahaja. Bulan pertama keadaan biasa sahaja. Namun masuk bulan ke dua, FR mula menunjukkan minat kepada agama Islam. Bukan sahaja dia cuba untuk mengikuti Imanshah berpuasa bahkan kaset-kaset agama Imanshah pada waktu tersebut habis dikhatamnya. Dan akhirnya FR telah dirujuk kepada pusat Islam dari situlah beliau mempelajari dan mendekati agama Islam. Dan akhirnya FR secara rasminya bergelar Muhammad Firdaus dan diislamkan di Pusat Islam, USM.

Alhamdulillah, Imanshah tak rasa Imanshah yang telah membuka jalan pengislmananya, namun kerana banyak bergaul dengan rakan-rakan yang beragama Islam di kolej dan di universiti. Namun saat pertemuan kami hanya sekejap sahaja kerana Imanshah perlu meneruskan praktikal di Sungai Petani, Kedah. Kira-kira dua semester kami menjadi teman sebilik. Semenjak itu, hubungan kami terputus kerana Firdaus telah menukar nombor telefonnya.

Dari sehari ke sehari Imanshah tercari-cari Firdaus di mana. Bertanya kepada teman-teman juga tidak berhasil. Untuk menjejaki beliau melalui alamat juga tidak berhasil. Imanshah takut keluarganya masih belum dapat menerima beliau sebagai Firdaus yang baru sebagaimana awal-awal pengislaman beliau. Ya Allah, kau tabahkan hati hamba-Mu itu, kau cekalkan hatinya dan kau pasakkan Iman dan Islam teguh di hatinya supaya dia tidak berpaling dari kasih dan rahmat-Mu.

Masih terkenang saat berbuka bersama dan mengajar Firdaus membaca Al-Quran. Sesekali air mata menitik..Semoga dirimu tabah hendaknya !!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

28 GENTA RASA:

Afikah Aziz said...

adik ika Abdul Razzaq..btl kn die pelajar imanshah?

nur aisya humaira said...

cri laa die sampai jumpe cikgu iman...entah2 die da kawin tak...??:)

cheqna said...

insyaallah..cheqna doakan moga allah akan merestui pertemuan yang dicari ini...insyaallah

IMANSHAH said...

@Afikah Aziz

ooo razak..kenal

aimie amalina said...

waaa
dulu ade gak kawan cam ni
die orang asli
smp skrg die mang pakai tudung
huuuu
tapi die masuk islam lagi sebb mak die marah
moge die tabah dan berjaya kan! =.<

zarazueyin said...
This comment has been removed by the author.
zarazueyin said...

doakan semoga dia tetap teguh dalam islam....

selamat hari raya
maaf zahir batin :)


http://zarazueyins.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-raya-aidilfitri.html

cikgu isza said...

saya pun doakan semoga dia teguh dalam Ilam..
Insyaallah.. suatu hari pasti ketemu..
mudag1an..
AMin~

Woofer Storm said...

alhmdulillah..syukurlah..bertambah sorng umat islam,semoga dia terus bersama kita hendknya..amin

slm rmdhan bro^^

Abu Aiman said...

alhamdulillah... semoga dia tetap dalam iman dan dipermudahkan jalannya.

Azmer Lias said...

InsyaAllah..kita doakan supaya Allah menetapkan imannya..amin :)

missgee said...

Suatu hari pasti
akan dapat menjejaki
saudara Firdaus itu..
Dan mungkin jugak
pertemuan itu disebabkan
Saudara Firdaus yang sendiri
mencari Imanshah.. :)

Insyaallah!!!

ibuintan said...

moga ada rezeki Iman bertemu dengannya suatu hari nanti


mungkin Firdaus sudah berkeluarga sekarang dan terus membimbingnya menjadi Muslim sejati

ziraziz said...

Alhamdulillah..

sama2la kita doakan agar imannya semakin teguh.... :)

Ezay Hadry said...

moga2 die dlm islam syumul dan sejahtera bersama lagi..

Qamaruls said...

betul laa takut diorag tak diterima keluarga. risau jugak.

sbb ade kawan aku pun camtue.

bile balik kampung die sembahyang sorok2.
harap2 ibu bapa die leh terima laa.

EpoLįƒ¦Kekunangpelangi said...

Orang beragama lain bergolak gadai kerana islam, kita yang islam sambil lewa tunggu hampir jahil baru nak bertaubat. kan? ^^"

ILA HonEyBuNNy said...

insyaAllah.....semoga Allah kuatkan imannya...kita hanya mampu berdoa...;_0

Saiazuan said...

baguih2. walaupn kte ajr ckt, tp dah dikira seorang guru.. :)

yatie Awang said...

Alhamdulillah, semoga beliau sentiasa dijaga imannya

sayangsayangibu said...

alhamdulillah
bertambah umat islam di muka bumi ini

tp.
dekat tempat akak saudara islam tahun lepas, tahun ni dah kembali ke agama asal
sangat menyedihkan

NzA said...

syukur ya Allah..semoga firdaus sentiasa di bawah perlindunganNYA....

wahida said...

ya Allah..teguhkanlah iman Firdaus itu...dan tetapkan lah hatinya agar tidak berpaling dari jalan MU..

MR.Z said...

alhamdulillah, dapat hidayah. semoga dia menjadi umat Islam yang bertakwa disisiNya..

alif haris said...

alhamdulillah,
cer try cari die lg .. mesti sronok dpt jumpa lg ..:)

teacher bonda said...

semoga dia menjadi umat Islam yg bertakwa..ms TB kt USM dl pon ada gak bdk laki Sabahan yg convert to Islam..TB tau dia convert pon sbb terserempak dgn dia time balik solat Jumaat.ntah2 org yg sama...

Afida Anuar said...

Alhamdulillah....moga2 asbab dia berkawan dengan shah la dia memeluk islam. Saya doakan Allah beri dia kekuatan untuk terus berpegang teguh dengan agama Allah yang suci ni..

PS: shah punya entry ni takde update kat dashboard saya ni... nape eh? Orang lain mcm tu jugak ke? ke saya je..huhu

MUSAFIR SUNYI said...

Firdaus Ferjes kan...aku pun cari dia kat mana sekarang...last aku tau dia ada keluarga angkat di Bayan Baru, Pulau Pinang......

5 tahun aku mengajar di Sabah...aku ada gak cari..dan faham sangat situasi masyarakat Sabahan....

hmmmm

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget