WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, August 2, 2011

SALIH YAAKOB DITIPU MENDAPAT TAJAAN RM 400, 000 UNTUK MAJLIS MERAIKAN EMPAT ISTERINYA


“Saya kecewa apabila majlis meraikan empat isteri saya 24 September ini dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan sedangkan tujuan asal saya menganjurkan majlis itu sebagai amal jariah sepanjang 50 tahun saya hidup di muka bumi Allah,” kata pengacara terkenal, Salih Yaakob, 50.
Kekecewaan itu diluahkan Salih sejurus dia memberitahu Majlis Malam Mesra Salih Yaccob dan Keluarga Tersayang yang dirancangnya pada September ini dipolitikkan dan diniagakan pihak penganjur untuk kepentingan mereka.


Menurut Salih, awal Julai lalu dia didatangi seorang lelaki dikenali sebagai Shafie, 50-an mendakwa pemilik kedai emas di Johor dan menawarkan diri sebagai penaja majlis itu dengan nilai anggaran kos keseluruhan kira-kira RM400,000. “Lelaki terbabit sanggup mendapatkan saya di Astro Bukit Jalil dan memberitahu mahu menaja majlis saya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor, Persada. Pada mulanya saya enggan menerima kerana tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku namun sesudah lelaki itu tidak henti memujuk saya, akhirnya saya menerimanya.
“Namun, yang peliknya apabila Shafie enggan menandatangani sebarang perjanjian dan tiada surat hitam putih dimeterai biarpun puas saya memintanya mewujudkan perjanjian bersama. “Lelaki terbabit seolah-olah cuba merancang sesuatu sejurus meminta menangguhkan perjanjian sehinggalah semalam (kelmarin),” katanya.
Kata Salih, sepanjang sebulan berurusan dengan Shafie melalui lima kali pertemuan di ibu kota, lelaki itu berperangai pelik dan bersifat kurang ajar apabila memasuki bilik hotel penginapannya di Jalan Ampang, di sini, sesuka hati dan meminta isteri keduanya menjadi pembantu peribadi sepanjang menguruskan majlis terbabit.
Menurutnya, dua minggu lalu ketika datang ke hotel penginapannya, lelaki terbabit menghampiri isteri kedua dan anak perempuannya dengan mengeluarkan kata-kata lucah iaitu “tidak dapat anak, emak pun jadilah”.
“Saya geram dan mula mencurigai lelaki terbabit. Sesudah memeriksa latar belakangnya barulah saya tahu saya ditipu kerana Shafie bukanlah pemilik kedai emas, tidak bekerja dan banyak menipu orang ramai termasuklah terbabit satu kes penipuan pertandingan karaoke di Johor,” katanya.
Menurut Salih, seminggu lalu dia mendapati lelaki itu mengiklankan majlis malam mesra di Internet tanpa persetujuannya termasuk menjual meja tempahan bernilai RM5,000 dengan menawarkan 150 meja keseluruhannya.
“Saya tidak merancang untuk ‘menjual’ majlis saya kerana majlis dirancang adalah untuk meraikan empat isteri, sambutan Aidilfitri, rumah terbuka untuk peminat dan majlis penyampaian sumbangan kepada mereka memerlukan,” katanya.
Katanya lagi, lelaki terbabit mensasarkan ‘perniagaan’ itu dengan menawarkan meja tempahan kepada seluruh rakyat Johor selain turut menghasilkan baju, topi, cenderahati dan logo menggunakan namanya selain menyebarkan tandatangannya di blog seterusnya mencemarkan namanya.
“Saya meminta kepada seluruh rakyat Johor supaya tidak terpedaya dengan iklan itu dan kepada mereka yang sudah membuat tempahan supaya segera berurusan dengan lelaki berkenaan. Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah menyetujui tempahan meja itu,” katanya.
Kata Salih, menyedari ditipu, dia kini merancang menganjurkan majlis makan malam itu menggunakan wang sendiri dengan memperuntukkan RM500,000.
“Saya mengimpikan menderma RM100,000 kepada isteri dan anak artis (artis yang sudah meninggal dunia) dan saya sudah pun memperuntukkan sejumlah wang untuk kegunaan mereka,” katanya.

Mudah bebenor sekarang ye orang nak menipu ke, atau mengambil kesempatan ke atas kita. Justeru, berhati-hatilah wahai en Salleh dan semua rakyat Malaysia dengan orang yang tidak dikenali, apatah lagi jika tidak mempunyai hitam putih. Dari perkara yang elok, takut bertukar menjadi sesuatu yang buruk. Esok-esok, nama kita juga yang busuk. Kepada kaki tipu dan mat-mat kelentong yang sentiasa berkeliaran di Malaysia mahupun di dunia ini, mungkin di dunia lepas, namun di akhirat nanti, kamu tak dapat nak melarikan diri. Insaflah!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

gini laa gayenye bila org terdesak duit..sanggup menipu...

makdara TERdiva said...

banyak org banyak ragam..kalau dah popular..peluang nak kena tipu lagi terbuka luas..

Miecyber said...

Tukang belit ramai sekarang ini

::FAIZ FARISH:: said...

banyaknya duit dia....

cucu umie said...

memang senang sgt orng sknrg nie kalo nk tipu..gunakan artis shje..aishhh

AIEN NOT ALIEN said...

orang nak memancing pandai cari lubuk ikan...

orang nak menipu pandai cari lubuk duit...

kakcik said...

Ramai yang inginkan kesenangan tanpa menempuh kesusahan!

gadisBunga said...

sebab tu kene hati-hati selalu..

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

Alhamdulillah
cepat dikesan

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

NzA said...

senang beno nk menipu....

nabilah_2908 said...

nasib baik la cepat seday yg lelaki tu penipu...

salam ramadhan...dah petan ni...so nak juga ucapkan..

Selamat Berbuka Puasa... :)

ed shokolath said...

hohohoh..baru tahu kisah ni.... macam2 manusia ada kt muka bumi ni

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget