WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, August 5, 2011

SAMPEL BERUS KOSMETIK KELUARAN DATO' SITI NURHALIZA DIPERBUAT DARIPADA BULU BABI?


Keputusan analisa makmal dari Jabatan Kimia mengesahkan sampel berus produk SimplySiti keluaran syarikat milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza adalah bulu babi.
Justeru, permohonan produk berkenaan bersama belasan produk lain untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia ditolak oleh mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia, demikian menurut http://sazuya.blogspot.com/
Kegagalan permohonan itu disahkan menerusi sepucuk surat dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang bertarikh 20 Julai yang lalu dan ditandatangani oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang.
Selain SimplySiti, syarikat dan produk-produk lain yang turut gagal dalam permohonan untuk mendapatkan sijil berkenaan Elken Sdn. Bhd., Kyros Kebab, Noodle Station, Puratos Sdn. Bhd., Kilang Makanan Mamee Sdn. Bhd. dan Roti Utama.
Sementara itu, blog beautifulnara.com berkata, pihaknya agak pelik sebab kalau tak silap dulu pernah dengar cerita yang Simply Siti telah disahkan halal oleh pihak-pihak tertentu.
“Kenapa tiba-tiba boleh jadi tak halal pulak? Kita nantikan penerangan daripada pihak Simply Siti kelak,” katanya.
Pada bulan Mei 2010, kurang dua bulan dari permulaan jualan produk itu di pasaran, SimplySiti menerima anugerah “The Best Halal Product” dalam kategori Kosmetik oleh Halal Journal Magazine.
SimplySiti, produk kecantikan dan kosmetik yang diasaskan oleh Siti Nurhaliza pada bulan Mac 2010 bakal melebarkan sayap perniagaannya ke Brunei dan Indonesia.
Siti adalah Presiden dan pemilik SimplySiti Sdn Bhd.
Mereka yang berminat mendapatkan maklumat mengenai produk kosmetik SimplySiti, bolehlah melayari www.simplysiti.com.my.
Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan penafian melalui laman Twitternya di @CTNurhaliza11 sekitar pukul 4 petang hari ini, memetik ohbulan.com.
“Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti Nurhaliza
Penafian ini sekaligus menolak dakwaan individu berkenaan yang kononnya mendapat laporan analisa makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia. SUMBER : MYNEWSHUB


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

yeayyy!!!! dh JELAS...HALAL...so bole laa beli mlm ni...

cucu umie said...

Alhamdulilah kalo halal.. kecina kot dekt pengguna yg sudah serasi..

gadisBunga said...

saya tak pakai berus. :D

NMH said...

tak kasi efek kot sebab tak penah pakai dan mungkin takkan pakai..err..-.-'

Rozuan Ismail said...

kita kena dengar dari pihak yang sebetulnya.bukan mendengar khabar angin.

Miecyber said...

Umat Islam semakin keliru di negara sendiri....

Afida Anuar said...

Tak pakai simplysiti..berus pun tak pakai.

Kat opis tadi dapat email pasal butter yang ada lemak babi tu..adehhh...

din said...

kalau benar bulu babi pun halal di guna kalau ikut pendapat imam maliki guru imam imam shafie,sebenarnya tiada paksaan untuk memilih mana2 mazhab malah di galakan memilih mana2 pendapat imam2 yg 4,tetapi di msia pemerintah paksa pilih hanya satu pendapat imam shafie sahaja....amalan agama islam versi 1malaysia yg masih tadika.

ZURAINI said...

uishh. sebaik x pernah pakai. huuhu

NzA said...

aduhai...camne boleh jadi macam ni....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget