WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, August 3, 2011

SELOKA GURU PENING


Inilah Imanshah nak kongsikan kisah
Sepagi berada di sekolah
Dah hampir nak naik darah
Mujur berkat sabar di bulan barakah
Kena cool, dan kontrol amarah

Kerja yang dibuat tak siap
Boleh pula buat muka terkulat-kulat
Bila ditanya boleh pula menjawab
Buku hilang dah berabad-abad

Beralih pula pelajar lain
Disuruh cari maklumat dibukanya games online
Budak ni aku sekeh jugak kang jadi lain
Macam mana lah guru nak jadi lilin
Pagi-pagi dah naik pening
Takut ada yang melayang ke dinding

Nak tahu sekarang ni ramai guru yang sakit
Sungguh, teman bukan nak ungkit
Darah tinggi, jantung semua dah berjangkit
Melayan macam-macam karenah berbukit-bukit

 Menjadi pendidik kena banyak tabah
Walau masalah kian bertambah
Moga Allah berikan rahmah
Kepada seluruh warga sekolah
Agar menjadi insan soleh dan solehah..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

::FAIZ FARISH:: said...

mungkin sbb tu aku tak jd cikgu. sbb aku kurang sabar bila layan karenah murid... hehe

Kakzakie said...

Begitulah lumrah menjadi cikgu
bukan mudah malah berliku
ganjaran Allah usah diragu
tabah & cekalkan hati cikgu...:)

sayangsayangibu said...

errmm..karenah anak anak pun kadang tak terkawal dgn sabar
inikan pulak anak nak murid, mahu ada yg makan lempang hai2 kot...patutlah akak tak jadi cikgu

sabar ye cikgu cikgu semua.

asraf osman said...

sabar je la cikgu..budak2 mmg cmtu;)
jgn smpai gila sudah!hehe

sahromnasrudin said...

cikgu jgn melayang ke dinding..melayang minda cukuplah heheheeeee

yatie Awang said...

bulan yang mulia ni, kena banyakkan sabar, dugaan tu

yang bercakap mudah jekan? yang tanggungnya???? eemmm....

murid2 jangan nakal2 nanti kena lempar kat dinding kang, aaa...jadilah wall paper kat situ...hihi

Norsha said...

samalah kita...pagi2 dah teruji perasaan....sabo,sabo

Norsha said...

samalah kita...pagi2 dah teruji perasaan....sabo,sabo

NaeBlog said...

ya cg.Iman, dengan semangat dan pelbagai idea masuk kelas hari ni... tapi reaksi pelajar sebaliknya... ishhh :(

cikgu isza said...

butang like takde ke..?

khaifaiz said...

itu yg aku kagum dgn cikgu ni.. buatlah mcm mana.. tugas tetap dijalankan sebaik mungkin

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

itu laaa warna warni sekolah...hehhehe

Edy Fee said...

mmg lucu..buat sndiri ke seloka ni.hehehe

NuR si CiKGu RiBeNa said...

cikgu selalu kena tekanan darah tinggi
huhu..moga kita yg jadi cikgu ni tak kena penyakit tu...

sabar ye cikgu
sabar tu indah

IMANSHAH said...

@Edy Fee

sendiri lah...tengok perangai budak timbullah idea

cucu umie said...

memang btol..jadi cikgu kena sabar..ayie tak thu ah kalo zaman ayie nty mcm mane..hohoh

ckLah said...

Beza budak sekolah baru dan lama ku memang jauh panggang...

Hari pertama masuk kelas rasa nak nangis melihat jin-jin bertendang...

Haih...kalau beginilah, sempat kah aku berumur panjang...


Silap hari bulan, ada yang nak kena penendang!

Kapten Atok said...

haha. sabar cikgu.

Afida Anuar said...

moga dikurnia segunung tabah dan gagah,
dalam melayan kerenah anak didik yang tak indah,

he he, tak pandai nak sambung dah..okebai.. ;)

ed shokolath said...

gila kentang la raja azmi ni... haish...

iKhRam said...

semoga sentiasa bertabah yer.. jd cikgu kan selalunyer mcm tu.. cam kita jadi student dulu.. hahaha

amalina wahida said...

nama pun cikgu.. mcm tu lah lumrah.. =)


*selamat berpuasa.. =)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget