WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 13, 2011

SELOKA RAMADHAN DATANG DAN PERGI

Malam ini Imanshah nak kongsikan satu SELOKA RAMADHAN yang Imanshah cipta petang tadi. Maaf ya kalau kurang menarik. Bacalah :

Ramadhan datang dan juga pergi
Tetap setia kita menanti
Pertama rahmah, maghfirah Ilahi
Pelepasan Neraka itu dicari

Ramadhan datang dan juga pergi
Masjid-masjid telah dipenuhi
Namun sayang tak lama begini
Kini masjid kembali sepi

Ramadhan datang dan juga pergi
Ummat manusia sentiasa rugi
Setia menunggu blog dan FB
Dari malam hingga ke pagi

Ramadhan datang dan juga pergi
Pasar Ramadhan terus dkunjungi
Sayang penjual tayang bodi
Kurus puasa sehari-hari

Ramadhan datang dan juga pergi
Juadah dimasak dan juga beli
Penuh semeja dengan rezeki
Perut kenyang lupa Ilahi

Ramadhan datang dan juga pergi
Tibalah hari raya Aidilfitri
Langsir, pakaian semua berganti
Maklumlah raya setahun hanya sekali

Ramadhan datang dan juga pergi
Zakat fitrah usah dilupai
Derma sedekah kita huluri
Beban yang miskin dapat dikurangi

Ramadhan datang dan juga pergi
Alquran dibaca dan dihayati
Namun sayang tak semua cintai
Wahyu Allah yang satu ini

Ramadhan datang dan juga pergi
Carilah pahala yang ditawari
Atas janji Allah Rabbi
Untuk hamba-Nya yang disayangi

Ramadhan datang dan juga pergi
Jangan terleka walau sehari
Takut terakhir di tahun ini
Kelak kita dijemput Ilahi..

Ipoh, 10.00 pm

Wasalam..



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

aiman fanboy k-pop said...

fffuuuhhh...kreatiff...hebat!kalo aiman ...bg masa 4,5 tahun pon tak siap seloka nih..heehee...thumbs up!

Citarasa Rinduan said...

hebat

PS: cikgu datang ke blog ayu skrang.. ada masalah.. help me

Afida Anuar said...

Tak sepi lagi...tapi macam hala nak ke sepi dah surau ni.. hu hu.

PS: kemah molek ni shah;)

peachippo said...

buat sendiri ke?woowwwww .
hargai ramdhan tahun ini..mgkin kite tak bertemu lagi :)

Far8 budak baik said...

waaaaa stylahhhhh...
mcm sajak je aku
bace..
hahahaha

ain fathihah said...

hehe. kreatif. selamat berpuasa!

missgee said...

Ermmm...
Ada bakat di situ..
Kalo diasah pasti akan terserlah :)

P/s: Salam tumpang baca :)

NMH said...

wah2..syanteq!kreatif inovatif sume lah..hehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget