WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 20, 2011

SEMOGA SELAMAT SEMUANYA DI NEGARA ORANG


Assalamualaikum semua. Dah bangun ke belum? Alhamdulillah sudah masuk hari ke-20 kita semua berpuasa moga-moga amalan kita diterima. InsyaAllah. Semalam, Imanshah dijemput untuk berbuka puasa bersama-sama bekas anak murid tahun 2008. Adalah dalam sepuluh orang yang turun ke Ipoh untuk bertemu guru-guru. Sebenarnya mereka semua akan melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas Aidulfitri nanti. Itu yang datang jenguk guru-guru di sekolah sebelum berangkat nanti. Antaranya Harinn, Zaidulkhair, Ariff Ismail, Firdaus, Syahmi yang akan ke United Kingdom, Firdaus A yang akan ke Australia, Ariff Haikal (Mesir), Najhan (Russia) dan Nazmi ke Kanada. Alhamdulillah, tercapai juga cita-cita mereka untuk menjejakkan kaki ke luar negara. Tahniah dari cikgu untuk semua, seronok bila mendengar perkhabaran ini. Masih terkenang sewaktu pertama kali wajah-wajah ini menjejakkan kaki ke Sekolah Bintang, kini semuanya dah besar panjang, dan sudh mampu untuk bergelandang ke negeri orang.

Ingin cikgu titipkan nasihat buat semua :

Bukan semua benda ada harganya di dunia. Malah, banyak yang tidak ternilai harganya. Dari ibu bapa ke syurga, dari  guru-guru bawa bahagia. Jadilah anak-anak yang soleh. Yang tidak pernah akan memalukan ibu bapa, dan guru-guru apabila kamu sudah menjadi orang hebat nanti. Jangan korupsi, jangan penting diri, jangan belot pada pertiwi dan lupa asal usul merah darah keturunan. Cikgu  akan selalu ingat, takut kalian yang buat-buat lupa. Selalunya student tak dengar khabar berita bila meninggalkan alma mater tercinta. Apatah lagi bila dah pijak seberang benua.
Selamat berangkat buat semua!  



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

23 GENTA RASA:

Far8 budak baik said...

waaaa mesti terharu kn..
dulu tgk dyorg kecik
skrg semua dah besa pnjg..
berjaya dah semua..
waahhhh!! =)

IMANSHAH said...

@Far8 budak baik

ahah dah besar2, dah buleh ajdik bapak orang

ajumohit said...

Klu saya pon msti bgga anak2 didik bjaya further study... Seronok mdgrnya

abah khalisha said...

Wah tahniah..mesti rasa seronok sangat-sangat dpt tengok anak murid yang kita didik berjaya. Alhamdulillah semoga kembali ke Malaysia dapat berkhidmat untuk negara

Kenangan Ramadhan Dulu-Dulu

insan_marhaen said...

tentunya IMANSHAH tumpang bangga dan gembira denga 'produk' hasil didikan guru-guru seangkatan IMANSHAH.

pahalanya berpanjangan selagi mereka hidup!

Dinas Aldi said...

Semoga mereka terus berjaya dalam kehidupan dan kembali ke tanahair selepas habis belajar nanti :)

butterflyana said...

indahnya suasana itu..semoga mereka tabah di tempat orang nanti :)

yatie Awang said...

wahhh!!!! tahniah buat mereka

DaHLia said...

bila bekas anak murid tegur, mesti rasa, betapa tuanya diri ini..huhu.. bekas student ada yg dah graduate dah pun.huhu

adrenalina said...

berjaya2 semuanya.Alhamduillah.....semoga mereka terus berjaya dan bila balik nanti dpt menyumbang jasa kpd tanahair

NaeBlog said...

Cg.Iman,

Pasti kepuasan itu sukar digambarkan...
Tahniah!!! untuk semua warga Bintang

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

inilah mulianya seorang pendidik
moga Allah balas jasa cikgu

Wassalam

cucu umie said...

wah..tahniah bt mereka dapat smbung pngjian di overseas.. btw, pasti mereka akan ingt dimana mereka bermula..

meaw said...

waaaaaa,kalau meaw ditempat cikgu mesti terharu sangat, pelajar yang tidak melupakan cikgunya adalah pelajar yang berjaya :D

senyumSOYA said...

terharu dapat cikgu cmni..post kat blog..hehehhe...

semoga sentiasa kehadapan & melihat kebelakang sambil tersenyum ^^"

insyaALLAH..doakan y terbaik..

- abdul hadi abdul muti - said...

cikgu berbuka dengan diorang dekat mana?

nur aisya humaira said...

bagusnye anak murid cikgu iman...:)

sifu im said...

cikgu paling bangga bila ank murid berjaya la..

Afida Anuar said...

Tahniah buat guru2 mereka la sebenarnya...

eh depa sempat beraya dak ni? kan ke haru nanti nak beraya kat tempat orang. Akak doakan semoga sukses dalam pelajaran! eceh akak.... patutnya makcik kan? kekekkee

IMANSHAH said...

@- abdul hadi abdul muti -

ipoh, depa turun

a kl citizen said...

tahniah buat semua ya

Freaky said...

waaa bestnye.. apa pun tahniah buat mereka semua... selamat berbuka :)

sonata anak kancil said...

tahniah anak2 didik cikgu telah berjaya dengan cemerlang

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget