WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, August 22, 2011

SEMPERIT ULAT BULU SUKARNI JAAFAR

Selamat malam semuanya. Tentu sebok semuanya  tengah buat biskut raya kan. Hehe, seperti kelazimannya setiap tahun, Imanshah akan menempah biskut raya dari Kole Lumpur. Tengok jauh kan sampe Kole Lumpur yop teman tempah biskut raya. Dua jenis je yang selalu teman tempah iaitu biskut SEMPERIT dengan TART NENAS. Istimewanya, ia merupakan resipi dari bekas pelakon SUKARNI JAAFAR. Inilah ghopenya ya.


Tengok semperit tu memang kalau nampak ghope memang takde orang nak jamah. Buruk bebenor, bentuk ulat bulu je. Begitu juga tart nenas, bunga-bunga lepas tu taruk jem nenas bulat atas biskut. Tapi bila rasa Ya Allah memang sedap teman nak khabo. Sebab itu tanpa gagal lapan tahun teman mesti dapatkan ke dua-dua jenis biskut ni dari SUKARNI JAAFAR.

Tapi teman idok le beriya bebnor beli biskut raya. Sekadar ada sahaja. Lagipun adik beradik udoh banyak yang beli. Tambah sikit-sikit je, kalau tak habis, teman la tukang bungkus balik bawak ke Ipoh semula. Hehe buruk siku kan. Teman kalau raya bukan suka sangat makan biskut raye. Kalau ada kacang ke, maruku ke, rasenya teman lebih suka benda-benda alah tu. Ralit bila ngunyah. Biskut-biskut moden niteman idok  berapa pandei nak  makan. Apa namanya, mama carry, almond london le, nestum conflake ke hapa. Memang jauh le nak masuk dalam tekak teman ni yop. 

Kome semua banyak ke buat kuih?? Kuih siput ada?? Walla..teman suka kuih siput tu. Kalau tak buat biskut, hidangkan biskut merry pun takpe. Wakaka. Jumpa lagi na!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

25 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

adakah cikgu iman sanggup ke johor beraya kerumah saya???


PS: rupa tak membataskan rasa kan??

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduan

masa tak mengizinkan seminggu saya di kelantan ayu

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduan

masa tak mengizinkan seminggu saya di kelantan ayu

ckLah said...

Haih....namanya mengerikan!

alif haris said...

hehe kt rumah ni baru buat kuih tart, semperit, kerepek pisang dan honey conflake..hehe

- abdul hadi abdul muti - said...

yang lebih tu untuk buat open house dekat kuarters guru ke? haha

IMANSHAH said...

@ckLah

memang ngeri, boleh birat mulut makan

IMANSHAH said...

@- abdul hadi abdul muti -

haha moh le dtg ghomah

nur aisya humaira said...

amboi cikgu, terrornye cakap perok...hehe

aisya suke sempeit bunga @ kuih dahlia...

Cheq Sue said...

lebih selesa membuat sendiri...tak abes xpe...tukang menapau tu banyak

EpoLღKekunangpelangi said...

Dah cerita pasal kuih raya dah tu.. puasa cukup tak? ngeh3 ;p

Ezay Hadry said...

kuih tunjuk best tu..hehe senang kan

pekat perakk naa :P

NzA said...

lama no xdengar cerita sukarni tu....dia adik arwah yusnikan...ore kelate jugok tu..

wah glemer you tmpah kuih raya dr artis..bio buruk ghupo asal sedap rase....

Muhammad Alif Bin Bohari said...

nama kuih raya ni menarik!!..
unik...hahaha..

^_^

Afida Anuar said...

Teman pun ada beli jugak tat nenas tu. Tapi takde la resipi sukarni jaafar. tat nenas teman bulat2... comel...

balik kg ingat nak buat sejenis lagi biskut dengan kek banyak2.. he he

jemput la mai beraya ke trg;)

cheqna said...

dok buat pun lagi sekut rayo...
hehehehehe
tunjuk2 mungkin..lalalalalala

Zul Fattah said...

wahh..dah siap eh.. tapi aku suka makan tat nenas la.. stiap hari raya.. mesti aku terkam kat tat nenas dulu.. kalau pi rumah sapa2..

::FAIZ FARISH:: said...

aku baru beli td ngan mak... huhu

Edy Fee said...

awal beli..tak sempat aye dah habis kene makan.haha teringan zaman kecik buat kuih samprit.hehe

Suhami Ahmad said...

aiyooo.....suka batang buruk

gadisBunga said...

moh le ke rumah teman, makan beskut.. :D

sonata anak kancil said...

semua dah sibuk dengan kuih raya...ohhhh tat nenas tersangatlah sedap....kalau saya rasa nak makan - beli aje le kat JJ - tak tunggu raya...kalau sempat rasa nak buat lah.kuih semprit pun sedap...ni semua selera kuih2 lama ada rasa tersendiri...yg moden2 ni macam sama aje rasa !he3x

cucu umie said...

hehe..kueh raya..jrng lh abg iman.. kt umah ayie nie bnyk ekspress..hauhau

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

teman suke lg kerepek2 lg haaa..

Sue said...

tumpang bertanya... saya mmg selalu beli biskut samprit ni tp melalui atas orang ke orang. mcm mana nak oder biskut samprit ni ye...? ade contact no tak..?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget