WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 6, 2011

SESIAPA YANG ADA BAKAT MENULIS, MOH KITA SERTAI PERADUAN NI



Assalamualiakum. Meh sini Imanshah nak kabo. Sesapa yang ada bakat terendam terpendam dalam menulis cerpen dan lirik lagu berunsur Islam, apa kata kalau kome semua gunakan kepakaran dan kepuitisan kome semua dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh DBP ini. Teman tengok ghamai yang berbakat khusunya dalam menulis cerpen. Banyak blog yang ada cerpen kan, idok pun lirik lagu. Disamping dapat meningkatkan tahap penulisan kome, kalau ada rezeki dapat pula menang hadiah wang tunai. Kalau nak masuk, jangan lupa bace di bawah ini. Sekarang ini Imanshah nengok banyank benor entri dok menghentam sesame bloggers. Takde pekdoh sume tu, maghi join peraduan ni ade juge manfaat ..
KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Pendidikan Islam menganjurkan satu peraduan berunsur Islam kepada orang ramai.
Peraduan Hadiah Sastera Berunsur Islam XIII yang menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu cerpen dan lirik lagu.
DBP melalui lama webnya memberitahu, mereka yang berminat menyertainya perlu menghantar karya masing-masing sebelum kepada DBP 5 September 2011.
“Bagi kategori A iaitu cerpen pemenang pertama akan memperoleh wang tunai RM5,000, kedua RM4,000, ketiga RM3,000 dan sagu hati RM 1,000.00 untuk tiga hadiah.
“Manakala bagi kategori B iaitu lirik lagu pemenang pertama akan beroleh RM3,000, kedua RM2,000, ketiga RM1,000 dan sagu hati RM500 juga untuk tiga hadiah,” kata DEB dalam kenyataan tersebut.
Menurut DBP, bagi kategori A peserta boleh menghantar minimum sebuah cerpen dan maksimum tiga cerpen dan panjang cerpen antara 15 hingga 20 muka surat bersaiz A4, bertaip bersih pada sebelah muka surat dengan jarak langkau dua baris.
Bagai kategori B pula, peserta boleh menghantar minimum tiga lirik lagu tetapi tidak lebih lima lirik lagu berunsurkan Islam;
Bagaimanapun, lirik lagu yang dihantar tidak melebihi  lima rangkap dan setiap rangkap tidak lebih daripada lapan baris dan susunan setiap lirik lagu mesti mempunyai unsur rima.
Dalam pada itu, kata kenyataan tersebut,  karya sastera berunsur Islam ditakrif sebagai karya yang menampilkan segala keperihalan ideal dan realiti manusia yang menggalakkan kesedaran tentang fungsinya sebagai hamba dan khalifah Allah.
Karya boleh dihantar kepada Urus Setia, Hadiah Sastera Berunsur Islam XIII, Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

cucu umie said...

memang ayie terlebih kreatif kot bro..xjoin ah tgok orng yg join shje..hehe

MAISHARAH said...

boleh sy tahu bile tarikh tamat hantar karya nie???

Afida Anuar said...
This comment has been removed by the author.
Afida Anuar said...

Eh silap, bukan kemampuan diri, tapi bakat terendam.. hehe;)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget