WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 14, 2011

SURAT DARI IBU


Anakku….
Inilah surat dari lubuk hati yang terdalam dari ibu buatmu. Linangan air mata bertetesan deras sewaktu ibu menulis surat ini.  Ibu lihat kamu seorang  lelaki yang gagah lagi matang. Bacalah surat ini. Dan kamu boleh mengoyakkan surat ini selepas membacanya , seperti saat engkau meremukkan kalbuku sebelumnya.


Sejak doktor memaklumkan tentang kehamilan, ibu berbahagia. Sembilan bulan ibu mengandungmu. Seluruh aktiviti ibu jalani dengan susah payah karena kandungan ini. Meski begitu, tidak mengurangi kebahagiaan ibu. Kesengsaraan yang tiada hentinya, bahkan kematian ibu lihat didepan mata saat ibu  melahirkanmu. Jeritan tangismu meneteskan air mata kegembiraan kami.

Selepas itu, ibu seperti   pelayan yang tidak pernah beristirahat. Kepenatan ibu  demi kesihatanmu. Kegelisahan ibu  demi kebaikanmu. Harapan ibu  hanya ingin melihat senyum sihatmu dan permintaanmu kepada ibu untuk membuatkan sesuatu.

Masa remajamu kian menginjak. Kelelakianmu juga semakin terlihat, Ibu pun berikhtiar untuk mencarikan gadis yang akan mendampingi hidupmu.

Kemudian tibalah saat engkau bernikah. Hati ibu sedih atas kepergianmu, namun ibu tetap bahagia lantaran engkau menempuh hidup baru.

Seiring perjalanan waktu, ibu merasa engkau bukan anak ibu  yang dulu. Hak diri ini telah kamu lupakan. Sudah sekian lama ibu tidak berjumpa denganmu, meski melalui telefon. Ibu tidak menuntut macam-macam. Sebulan sekali, jadikanlah ibumu ini sebagai persinggahan, meski hanya beberapa minit saja untuk melihat dirimu, wahai anakku.

Ibu sekarang sudah sangat lemah. Badan  sudah membongkok, sering sakit-sakit dan berbagai penyakit tak bosan-bosan singgah kepada ibu. Ibu semakin susah melakukan pergerakan.

Anakku…
Seandainya ada yang berbuat baik kepadamu, nescaya ibu akan berterima kasih kepadanya. Sementara Ibu telah sekian lama berbuat baik kepada dirimu. Manakah balasan dan terima kasihmu pada Ibu? Apakah engkau sudah kehabisan rasa kasihmu pada Ibu? Ibu bertanya-tanya, dosa apa yang menyebabkan dirimu enggan melihat dan mengunjungi Ibu? 

Anakku..
Ibu hanya ingin melihatmu saja. Lain tidak. Bilakah kau akan pulang menjenguk ibu yang sarat dengan kerinduan ini?  
Ibu tidak tega untuk mengadukan keadaan ini kepada Tuhan yang di atas sana. Ibu juga tidak akan menularkan kepedihan ini kepada orang lain. Sebab, ini akan mengheretmu kepada kederhakaan. Musibah dan hukuman pun akan menimpamu di dunia ini sebelum di akhirat. Ibu tidak akan sampai hati melakukannya,

Anakku…
Walaupun bagaimanapun engkau masih buah hatiku, bunga kehidupan dan cahaya diriku…

Anakku..
Takutlah engkau kepada Tuhan kerana kedurhakaanmu kepada Ibu. Sekalah air mataku, ringankanlah beban kesedihanku. Terserahlah kepadamu jika engkau ingin mengoyak-ngoyakkan  surat ini.

Anakku…
Ingatlah saat engkau berada di perut ibu. Ingat pula saat dan ketika ibu ingin bersalin yang sangat menakutkan. 
Ibu merasa dalam keadaan hidup atau mati. Darah persalinan, itulah nyawa Ibu. Ingatlah saat engkau menyusui. Ingatlah belaian sayang dan kelelahan Ibu saat engkau sakit. Ingatlah ..Ingatlah.

Salam sayang selalu

Ibumu.........

SAHABAT SEKALIAN, DI BULAN RAMADHAN INI, KUNJUNGILAH IBU BAPA KITA DIKAMPUNG. JIKA TIDAK, TELEFONLAH MEREKA KERANA MEREKA AMAT MERINDUI KITA. SELAMAT BERPUASA!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

a kl citizen said...

ya, iman... betul apa yang iman sebut..

IMANSHAH said...

@a kl citizen

Saya sendiri pun berhubung melalui telefon je

Suhami Ahmad said...

sedih atok baca...

IMANSHAH said...

@Suhami Ahmad

atok dok dekat, kami yang jauh ni..hukhuk

Afida Anuar said...

Anak pompuan pun terasa ni...

bila dah jadi ibu nanti baru lah tau perasaan seorang ibu terhadap anaknya kan?

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

bila nak jadi ibu tu

hani@debumelukut said...

Hanya seorang ibu dapat menyelami hati dan perasaan ibu lain nya..

shaliza khairi said...

tersentuh di pagi hari. ni rasa nak peluk mak nih.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget