WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 7, 2011

TEGURAN KEPADA YANG SUKA BUAT SEGMEN



Segmen, GA, Contest dan macam-macam lagi. Ramai dari kalangan blogger yang telah dan sedang menganjurkan segmen-segemen, GA mahupun contest. Imanshah bukan jenis orang yang suka sangat join contest-contest ni. Sekali-sekala join lah juga sebab nak memeriahkan dan menyokong sahabat-sahabat blogger kan. Yalah nanti kalau tak sokong, kesian pula, kalau setakat seorang dua je masuk. Nampak sangat orang tak tertarik. Alhamdulillah sepanjang hampir tiga tahun main blog ni (setahun ni baru aktif) Imanshah baru sekali membuat contest iaitu CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU. Alhamdulillah, ada juga penyertaan lebih kurang 55 orang. 

Cuma Imanshah nak tegur sedikit kepada blogger-blogger yang membuat contest atau segmen. Dalam syarat penyertaan siap bagi permintaan WAJIB FOLLOW la, ataupun kalau tak follow pun tak pe, saya tak paksa dan macam-macam syarat. OK lah itu biasa, kita pun follow lah. Bukan nak berkira sangat, setakat follow tu tak da masalah. Cuma tegurannya beginilah. Kenapa susah sangat nak berterima kasih kita sertai segmen dia pun, susah sangat kot nak jenguk balik blog kita, dan tinggalkanlah komen sekadar TERIMA KASIH kerana sertai segmen saya. Usahkan nak FOLLOW balik kan. Itu tak kisahlah, tujuan Imanshah nak berblog pun bukan nak sibuk-sibuk suruh orang follow blog kita. Cuma nak mintak jenguk-jenguklah blogger yang dah sertai segmen anda dan ucapkan terima kasih. 

Entri ini memang Imanshah nak tujukan kepada blogger-blogger yang suka buat segmen tapi susah nak ucap terima kasih kepada orang yang susah payah buat entri pasal segmen dia. Lain kali mintak maaflah sudah-sudahlah nak jenguk kome punya blog. Jangan pula ada blogger terkenal ke, yang kurang terkenal ke, yang otai ke, yang baru ke marah-marah bila baca entri Imanshah ni. Sekarang kan musim hentam menghentam. Sedikit dicuit, pasti akan dibalas balik. 

Namun, ada juga yang pandai berbahasa, apabila kita berbudi. Kadang-kadang dalam bentuk entri khas ditaipnya senarai nama yang menyertai segmennya. Dan ramai yang komen balik dalam entri kita. Alhamdulillah, baru betul. Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Selamat  malam semua. Assalamualikum.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

30 GENTA RASA:

mizmarmalade said...

Teguran yg membina. Agreed with ur opinion :)

eila said...

saya setuju!!!!

nelly said...

InsyaAllah akan diperbaiki .
:)

Miecyber said...

Saya tak pandai buat Segmen tetapi kalau suruh jadi Penaja Segmen Insya Allah boleh....

Miecyber said...

Jom vote Palestin ...

tunz said...

mama ni x pena gak join contest2 ni...tpi 1 hari mesti nak join jugak..betul kata syah tu.....

nas said...

salam bro
lama xsinggah sini
hehehhehee
aku pon menyampah gak segmen2 yang xde manfaat..
lagi2 suh follow
suke hati la nak follow blog mana kan? hahhaa

p/s- kalau ade blog follow aku,aku follow balik tanpa kompromi :)

YUL said...

wah, sangat setuju bro, aku pon jarang jugak join2 segmen nie, kalau ada masa je baru join. ape2 pon, aku mmg stuju sgt2!

Saiazuan said...

aku jrng gk join segment2 ni melainkn segment yg menaik, mcm mintk pndapt kita.. smlm aku ad join segment kelolaan wan cikgu muzik mengenai latar belakang artikel... menarik minat aku tuk join.. dan alhamdulillah wanckgumuzik ni ad budi bahasanya, dia balas balik kunjugnan aku dengan meninggalkn komen menghargai aku kerana join segment tu... ok la pada aku.. :)

si kacak bergaya said...

Betul. Malas nak join segmen-segmen nih.. Tahu nak traffic blog dia jer..

cucu umie said...

no komen lah abg iman, tpy bg ayie kalo orng berbudi kita berbahasa..

Qamaruls said...

so kepada anda2 yg terasa tu berubah la.

benda yg dikata Mann tupon betul.

Aku By Pojie said...

Betul aku setuju gila...

Ye la, maybe dia tgk yg join GA blog x semegah mana, tu yang dia buat dont know jew.

Azmer Lias said...

betul betul betul!!
alhamdulillah, smjk join GA ni, diorang ucp terima kasih lgi..:)

Dinas Aldi said...

Akak plak tak faham dengan setengah orang yg follow blog tapi tak datang baca pun, komen apatah lagi. Hmm..

EpoLįƒ¦siKunang2 said...

Blogger sekarang bukan tahu menilai, yang penting followers banyak itulah yang terbaik, kononnya. kadang tengok, tak adalah hebat mana. Baca pengenalan sikit terus pangkah dia punya browser. kan? :)

ckLah said...

Errr,,,ckLah tak pandai buat segmen, dah tak pernah menyertai mana-mana pertandingan di blog orang. Maaf ya, bloger makcik-makcik ni memang slow begini kot. Hehe.

Follower ckLah pun tak ramai....padanlah dgn blognya yg tenggelam timbul... udoh tak ade roh nk memblog doh mike...

sonata anak kancil said...

salam...saya pun tak gemar nak join2 GA ni - bukannya apa -
tak ada masa !!! nak "perah" isi otak ni...huh penat lo...blog sendiri pun ada ikut sempat nak isi...ni pulaknak join GA...minta maaf kepada mereka yang ada "ofer" kat saya join GA ni

Afida Anuar said...

tak pernah buat GA..tak pandai nak buat contest ke apa ke..join saya pandai la shah. Tu pun kalau rajin...he he

hmm...patutnya kalau dihargai tu nampak ada bahasa sket, tapi kalau tak hargai pun, saya tak kisah sangat. Entah...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Tak pernah join dan buat GA kerana tujuan saya berblog hanya untuk menyampaikan nasihat buat diri dan pembaca...

a kl citizen said...

dah berzaman dah rasanya tak join GA ni. malas dah. blogwalking pun makin dah semput dah saya ni iman

Hana Soffelia said...

Salah satu sebab kurang join GA adalah must be her/his follower, then letak iklan GA dia kt sidebar. Tak suka.

Tapi kalo hadiah menarik yg ditawarkan sanggup gak letak iklan GA kat sidebar.. hahaha tp setakat ni, xde pun rasa nak join.

L said...

jom befikir dibulan ramdhan.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jom-berfikir.html

sarah-najwan said...

akak lagi la xde masa nk join segmen..apatah lagi nk buat segmen..byk hal kena fikir..huhu

dhiera said...

ada jugak join GA..tapi ada sorang dua je yang say thanx sbb join..yg lain nan hado~

ed shokolath said...

mungkin dorang bz kot... terlepas pandang... :)

aiman fanboy k-pop said...

kalo aiman join GA seseorg blogger tuh,yew akn follow blog kita...tuh yg suka join GA tuh....heehee...merapatkan hubungan silaturahim..ooohhh yeew!!pasal pertanyaan kat entry aiman kan,aiman blajar kat kolej matrikulasi perak...

MAT SOM said...

Bagi saya
Blog ini hanya sekadar diari
Jadi saya tak terikat bab contest2
Saya pun tak terikat dengan follow memfolow
Sebab, kita folow blog org belum tentu kita jenguk blog dia selalu.
Dan jika org folow blog kita,
Belum tentu dia baca blog kita.
Yg penting, kita terus tulis hal yg baik.
Semoga ia memberi manfaat kepada yg sudi bertandang.

Tkasih kerana memberi satu peringatan yg baik, buat saya Dan rakan2.

cikgu isza said...

bukan tak sudi nak tegur.. kadangkala tak menang tangan..
;),
Teringat seorang blogger yang begitu menghargai setiap blogger yang menyertai segmennya..
dia memang peramah..
ardinihumaira.com

yana halim said...

tak pandai nak buat segmen2. nak join pun tak rajin melainkan dah sangap tak tau nak tulis apa, baru join kot...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget