WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 7, 2011

TERKENANG

Assalamualikum dan selamat petang semua. Di Ipoh hujan lebat, hujan rahmat buat sekelian ummat. Bagaimana tempat kalian semua ya? Alhamdulillah. Allah menurunkan hujan, memberikan panas, semuanya bersebab. Petang-petang ni Imanshah nak berkongsi akan sekeping gambar tentang majlis iftar dan tahlil bekas anak murid Imanshah yang diadakan di Jeram, Kuala Selangor. Entrinya ada DI SINI




Sedikit perasaan sebak apabila melihat wajah-wajah yang dah dewasa ini. Masih teringat dan terkenang akan kenakalan mereka di zaman persekolahan ini. Terasa diri ini semakin berusia kan. Mungkin pada waktu muda dulu ( 4 tahun yang lalu) keadaan jauh berbeza. Maklumlah mereka juga muda, kita juga muda. Darah muda bertemu muda. Masing-masing masih muda. Sudah tentu banyak pertentangan yang wujud apatah lagi sewaktu itu Imanshah merupakan warden dan guru disiplin juga.

Kini semuanya sudah berubah. Masa, suasana dan tempat mereka juga sudah berubah. Walaupun rata-rata masih belum menghabiskan pengajian di peringkat universiti, namun fasa perubahan jelas ada dalam diri mereka. Nakal macam mana pun, mereka tetap anak murid saya. Saya garang macam mana pun, tetap guru mereka. Melihat anak-anak yang semakin matang dan berjaya, terasa satu kepuasan di dalam hati. Jauh di Ipoh ini, saya doakan agar semuanya akan berjaya dalam pelajaran dan hidup mereka. Alfatihah buat ALLAHYARHAM SHAHNOUR.

Buat semua pembaca yang pernah menjadi murid kepada seorang guru ......
Kasih sayang dan jasanya kepada kita sungguh luar biasa. Walaupun terkadang kita mengikuti pelajaran cikgu bersama adegan tambahan seperti  tersengguk-sengguk diiringi rasa bosan, perasan pandai dan akhirnya membuatkan kita mereka pelbagai alasan untuk keluar dari kelas sama ada ke tandas atau langsung menyorok di surau atau di kantin. Jika tidak meninggalkan kelas, kita hadiahkan pula guru dengan lelehan air liur basi dan dibalas dengan hadiah istimewa rotan di punggung oleh mereka. Sungguh istimewa kan kenangan bersama seorang guru.... 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Kat putrajaya pun hujan jugak shah..sejukk je.. Allah..hebat sungguh suasana.

Bangga kan jadi cikgu? dapat tengok anak didik berjaya depan mata...

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

Alhamdulillah, saya bersyukur jadi guru

Kalamhati said...

Touched..huhu

Bangga juga menjadi seorang guru..=)

sonata anak kancil said...

salam...di sini pun cuaca mendung -
macam2 kerenah anak murid dengan cikgu....susah nak ajar mereka...bila dah keluar sekolah - barulah tahu siapa itu guru mereka ! ( kes yang liat2 lah tu )

alif haris said...

wah cegu imanshah pernah jdi guru disiplin ..
mesti garag ni kan.. hehe :)

- abdul hadi abdul muti - said...

kitorang jadi macam sekarang ni pun berkat didikan and doa cikgu jugak.terima kasih cikgu.=)

fakhruddin said...

cikgu, saya tak nakal kan sekolah dulu ? budak baik kan. kan. hehehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget