WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 7, 2011

TIGA LALUAN UTAMA JALAN SAKARATUL MAUT


Tiga laluan pintu masuk ke negeri ini iaitu Machang-Grik, Kuala Krai-Gua Musang dan Pasir Puteh-Bukit Yong dikenalpasti sebagai berisiko tinggi nahas jalan raya atau ‘Jalan Sakaratulmaut’ pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Pengarah JPK Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim, berkata kawasan terbabit kerap berlaku kemalangan jalan raya, terutama dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas hari raya, berpunca daripada pemandu yang ingin pulang ke kampung memandu dalam keadaan mengantuk atau memandu terlalu laju.
Sehubungan itu, katanya, JPJ Kelantan akan meningkatkan pemantauan di tiga laluan pintu masuk utama itu sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.


Setiap tahun JPJ akan maklumkan yang tiga laluan ini merupakan laluan yang paling kerap dan berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan. Namun, hampir setiap tahun juga ada sahaja berita berkaitan kemalangan jalan raya. Sikap tidak bertanggungjawab pemandu yang kadang-kadang mengundang padah. Kadang-kadang kita dah berhati-hati, namun orang lain pula tidak berhati-hati. Kita juga yang mendapat tempias. Macam Imanshah yang selalu menggunakan laluan Grik-Kota Bharu, walaupun sudah tahu laluan tersebut berbengkang-bengkok dan berbahaya, namun ramai yang masih memandu laju, dan kadang-kadang memotong di garisan berkembar. Tahun ini Imanshah bercadang untuk pulang pada waktu pagi bagi mengelakkan keletihan dan mengantuk. Alhamdulillah, lebuhraya timur barat rasanya tidak mengalami masalah kesesakan lalu lintas sewaktu musim perayaan.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

Iffah Afeefah said...

tula kalau blik kelantan mmg pk seribu kali

bhye lg jalnnye..

iKhRam said...

selamat memandu dan memandulah berhati-hati yer

IMANSHAH said...

@Iffah Afeefah

naik kapal terbang le jawabnya

Afida Anuar said...

pagi sabtu ka? jom konvoi sesame;)

Queen F said...

berhati-hati lah di jalan raya.. biar lambat asal selamat.. jangan kepulangan kita disambut dengan tangis hiba..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget