WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, August 11, 2011

UIAM DAPAT REKTOR WANITA





KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baru berkuatkuasa hari ini.

UIAM dalam satu kenyataan hari ini berkata Zaleha dilantik menggantikan Datuk Seri Prof Syed Arabi Idid yang tamat tempoh sebagai Rektor pada 1 Jun lalu.

Zaleha yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran (Undang-Undang) dari Universiti London pernah menjadi Dekan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di UIAM, menurut kenyataan itu.

"Zaleha juga pernah berkhidmat di IKIM selama dua tahun secara pinjaman berkuat kuasa 2 Ogos 2009 hingga 1 Ogos lalu menggantikan Datuk Nik Mustapha Nik Hassan yang dilantik Ketua Pengarah IKIM.

"Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pensyarah di Kuliyyah Undang-Undang UIAM pada tahun 1985 dan kemudian dilantik sebagai Pensyarah di Kuliyyah yang sama pada tahun 1988," katanya.

Menurut kenyataan itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan dekan Pusat Penyelidikan UIAM.

Zaleha, anak kelahiran Raub, Pahang, banyak menghasilkan buku, artikel dan penyelidikan berkaitan undang-undang dan juga memberi khidmat perundingan kepada kementerian, jabatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pada Mac 2009, beliau telah menerima Anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Selangor daripada kerajaan negeri. -BERNAMA


Semakin ramai nampaknya Naib Canselor dan juga REKTOR Universiti Awam dilantik dari golongan wanita. Kalu sebelum ini tiga buah IPTA terkemuka negara turut diterajui oleh wanita. Antaranya :


1) Dato' Rafiah Salim (UNIVERSITI MALAYA)



2) Prof Dato' Syarifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin 
(Universiti Kebangsaan Malaysia)


3) Profesor Dato' Dr Aminah Ayyub 
(Universiti Perguruan Sultan Idris)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

Kalamhati said...

Bos ambo masa ambo keje kt Center Post Graduate Study,UIA kejap dulu..

Bos yg baik dan peramah..Muka senyum sokmo..

YUL said...

wanita mula menguasai bidang yang dulunya dikuasai lelaki, hurm, lelaki dah berkurang kew? hahaha

ummu said...

salam Iman
alhamdulillah
semakin ramai wanita di barisan hadapan,
semoga lelaki jua tetap tak ketinggalan.
wassalam

alif haris said...

waaah wanita2 yg berjaya di puncak ..

insan_marhaen said...

Tanda akhir zaman..

Abd Razak said...

Sayang ya, ada di antara mereka jadi ketua tidak menampilkan wanita Islam...

Afida Anuar said...

semua ada jambul2 tu..kecuali yang baru...errr:)

a'aa saudara abdul razak, sayang...

abu muaz said...

moga perlantikan perlantikan ini semua tidak didasar atas merit politik semata.

Afuan Shah said...

woot..woot..nmpaknya rektor uni aku skang ni puan la...hihi..
pakai tudung molep jah...

cucu umie said...

upsi biase proffesor dato' aminah binti ayub..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget