WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 18, 2011

BANGLA ADA, NEPAL RAMAI, INDON PENUH

Assalamualikum dan selamat berhujung minggu. Apa aktiviti yang kome lakukan hari ini ? Teman hari ini buat kelas tambahan dari pukul 8.00 hingga 11.00 malam. Kelas kau jah, buat kelas tambahan pun nak bagitahu satu dunia. Hehe, tak kesahlah, teman saja nak kabo aktiviti apa yang teman buat hari ini. Itu aje, bagi yang tak berapa suka tu, maap lah ye. Teman memang ghope itu, buat kebaikan sikit, pastu bagitau satu dunia. Hehe.. Maap lah, teman bergurau aje.

Lepas habis di sekolah, teman jalan-jalan ke Jalan Lee Bon Seng kat Ipoh tu. Kome tahu ke jalan tu? Bagi yang duduk Ipoh terutamanya. Pasti ramai yang tak berapa nak tahu. Kalau dekat wallacourt tau tak?? Haha area situ lah. Tempat ada Memory Lane pada hari Ahad serta pasaraya The Store yang dulunya pasaraya Ocean. 

Teman dah lewat nak ke Lockin (Memory Lane, hujan pun) lalu  teman singgah la kat Pasaraya  The Store. Mak ai, lama dah tak datang sini. The Store pun udah penuh dengan orang luar. Bangla ada, Nepal ramai, dan Indon majoriti. Udah ghope duduk kat luar negara pulak. Ghope-ghopenya kalau setiap Ahad inilah 'port' golongan-golongan pendatang ni di sekitar Jalan Lee Bon Seng hingga lah ke Memori Lane.

Lepas tu, teman tengok pula ada satu supermarket lama iaitu New World Mall.Memang teman tak pernah singgah sini. Macam mana terdetik hati untuk singgah. Memang sah penuh juga dengan orang luar. Dan teman hampir-hampir termasuk dalam satu restoren milik Nepal di tingkat dua. Mak ai, depa pun boleh bukak restoren sendiri. Menurut kakak yang jaga tandas, di sinilah orang-orang Nepal yang menetap di Ipoh akan berkumpul. Semua jenais lauk-pauk kegemaran mereka dijual di sini. 

Imanshah cepat-cepat keluar dari situ sebab geng-geng Nepal yang sedang makan mula bersiul bila melihat Imanshah. Ahah, tak sanggup teman nak menunggu lama. Yang paling tak tahan, macam-macam bau ada. Sebut sahaja, nak bau cokelat, bau asam, bau gula semua ada. Macam-macam ada..




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

NMH said...

macham negara dorang pulak ek..dush2..-.-'

a kl citizen said...

habis tu nak buat camana?

missgee said...

Rajinnya buat kelas tambahan..
Cikgu cemerlang nie :)

P/s: Bau bermacam2 tue yang rasa errrrrrrrrrr... alahai..

~Insan Biasa~ said...

memang iman...kalau di bandar klang ni pulak....dah macam suasana berada di medan !!....

tunz said...

ye r..depa ni dh maikn ramai pulak.kekdg kita ni rakyat msia pon naik takot bila depa saje kat ssuatu tmpt tu...wah..bagus cikgu mcm nilah yg harus mnjdi cnth tauladan..keep it up bro.

siti murni said...

Salam...hai hai hai...cikgu imanshah...

lama nya tak mai jengok sini..

Memory Lane ngan Gerbang Malam tu sama ka..? Lame benor teman tak turun ipoh...

Bapak said...

hujung minggu, dari jln sultan idris hingga jalan onn jaafar memang jadi pusat warga asing melepak. kalau kt KL, ala2 Jalan Silang..heheh

senyumSOYA said...

betoi2...kalau naik bas lagi la... errr...menakotkan...

young yasmin sarian said...

bole le temen pegi situ nanti buad ambush.haha.:P

cikgu isza said...

wah.. rajin dia mengukur..
:D
ipoh tu tak habislah dijajah lagi.. maklumlah.. orang pompuan..

Soalan UPSR bocor - Kenapa ramai yang ingat itu betul betul soalan UPSR? | Semekar Kasih

Cheq Sue said...

dah lama niat nak ke memory lane tu...sampainya idok..

Dinas Aldi said...

Kalau akak pakai tak lalu la, kona pi tempat lain. Takut woh..

Afida Anuar said...

Kalau kat sini, tengah-tengah KL nun la... konpius kejap, aku ni duk Bangladesh ke..duk Malaysia...heh~!

Azham Vosovic said...

negara kita dijajah oleh orang luar....jom memberontak hahahha

ade2mama said...

kerajaan kte ny tdo kot..bg jew sume masuk..law dlu..jgn harap masuk sng2 cm skrg ny

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget