WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, September 19, 2011

BERSOLAT PAKAI BAJU GAMBAR WAJAH MANUSIA DIANGGAP TIDAK BERADAB


Memakai pakaian seperti kemeja-T yang mempunyai gambar wajah manusia ketika bersolat dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah, sungguhpun hukumnnya makruh, menurut pendapat beberapa ulama dari Universiti Al-Azhar di Mesir.
Naib Menteri Wakaf Mesir Dr Salem Abdul Jalil yang dilaporkan oleh Agensi Berita Qatar (QNA) berkata walaupun solat itu sah kerana rukunnya telah sempurna, namun memakai kemeja-T seperti itu tetap merupakan sesuatu yang makruh dan sangat dibenci.
“Ia bukan sahaja dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah SWT, malah ia merupakan perkara yang melalaikan seseorang daripada menunaikan solat dengan khusyuk, khususnya apabila solat itu didirikan secara berjemaah.
“Imam Abu Hanifah An-Nu’man (Imam Mazhab Hanifah) memakai sebaik-baik pakaian sebelum menunaikan solat malam, dan ketika ditanya beliau menjawab ‘sesungguhnya Allah SWT melihat aku’,” katanya dalam laporan yang disiarkan dalam akhbar “The Egytian Today”, memetik bernama.com.
Seorang lagi ulama Al-Azhar, Dr Sami Abdel Fattah juga menyifatkan solat dengan berpakaian sedemikian merupakan perkara yang tidak sopan.
Beliau menguatkan lagi kenyataannya dengan melarang orang Islam memakai pakaian yang mempunyai gambar wajah manusia semasa menunaikan solat.
Sementara itu, anggota Akademi Penyelidikan Islam Mesir Dr AbdalMattiy Bayoumi berkata tujuan mendirikan solat ialah supaya setiap individu bertaqwa.
“Tidak mungkin seseorang itu dapat memperoleh taqwa daripada solat yang didirikan melainkan jika dia menunaikannya dengan tenang dan damai,” katanya. SUMBER : MYNEWSHUB

Masa Imanshah jadi warden dulu, mana-mana pelajar yang tak memakai baju melayu untuk solat, akan dihalau pulang ke dorm untuk menukar pakaian. Macam-macam tulisan, macam-macam gambar yang dipakai untuk bertemu Allah dan masuk ke rumah Allah. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

Edy Fee said...

solat mmg taki sesuai pkai baju gambar2...
pkai baju kosong is the best..puitih lg baik

peNulis SeNjA said...

kata ayah saye .. buat ore lain tak konsentrasi kalau kite pakai baju ke .. kain ke yang ade huruf .. huhu

buat ore tak khusuk gitu

::FAIZ FARISH:: said...

kalau nak jumpa makwe, sangup pakai lawa2, bila Jumpa Allah... Pakai ala Kadar... apela nak jadi...

kakcik said...

Memakai telekung yang berlebih2an corak dan warnanya juga boleh mengakibatkan orang lain hilang kusyuk!

Saiazuan said...

seelok2nya pakai je baju melayu kan.. aku akan make sure setiap baju aku beli xde tulisan kat belakang, sbb tak tau an if one day ter pakai baju tu untuk solat..tkt kacau fokus orng blkng..

Faz_cs said...

Baju yg ade gmbr butterfly skrg dah tersimpan je...sbb mak x bg pakai...sbb kalau nak solat x elok pakai...ape2 pun baju kosong lah yg sesuai utk kita mengadap Allah...

Luqman Hakim said...

kata uztaz saya..hehe
menjadi tarikan semasa orang menunaikan solat...
tapi kalau nak pakai jugak takpe cume makruh...haha

a kl citizen said...

Setuju ngan kak cik. Itu bab orang pompuan lah...

adrenalina said...

benda yg makruh..kita patut elakkan...

Afida Anuar said...

Nak mengadap Allah, Pencipta kita, seeloknya pakai la pakaian yang elok-elok iyer dak?

sama juga macam telekung wanita ni, baju kurung baru, beratus-ratus ringgit ada duit nak beli. Tapi bila tengok telekung solat,lusuh macam dah berzaman tak berganti. Kadang2 kita tak amik peka bab ni. Sekadar peringatan tuk diri sendiri..

missgee said...

Tindakan yang tepat..
Budak2 harus dididik..
Lepas itu mereka akan lebih beringat.
Mana baik dan yang tak baik..

Zul Fattah said...

Dulu pun, slalu jugak pakai cam ni.. tp slpas dgar ceramah dari ustaz.. dah tak pakai dah.. kalau pakai pun.. pecat baju tu.. dan pakai terbalik.. so x nampak r gambar muka tu..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget