WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, September 1, 2011

BIBIK OH BIBIK


Hari raya ni, adik bawa balik bibiknya ke kampung. Baru dua bulan bekerja dengan adik di Gombak, Kuala Lumpur. Orang Medan, Indonesia katanya. Dulu kakak pun ada bibik juga masa anak-anaknya masih kecil. kini adik pula ada pembantu. Bukan apa, anaknya yang masih kecil tak kebah duduk di nursery, asyik menangis. Suami pula selalu outstation. Kadang-kadang ke Mesir, kadang-kadang ke Bintulu. memang dua tiga bulan baru ada kat rumah.

Tapi , Imanshah tengok bibik ni lain macam sedikit. Selalu je dok mengadap televisyen. Anak adik yang kecil pun tak nak pergi padanya. Maka goyang kakilah tengok dia. Di rumah, yang memasak adik beradik perempuan yang lain. Jam 9.00 malam dah masuk tidur. Adik cakap selalu menjawab kalau disuruh buat banyak kerja. 

Imanshah memang tak puas hati. Adik Imanshah dan suaminya jenis tak reti marah orang. Memang baik lah depa berdua. Tapi Imanshah dah bagitahu supaya berhentikan bibik ni. Jangan terlalu diberi muka. Dulu bibik ni kerja di tempat lain, katanya penat sebab kena mengemas di dua rumah, iaitu satu di rumah majikan dan satu lagi di rumah mertuanya. Ni bila dapat majikan baru yang baik, naik tocang jadinya.

Mujur adik belum buat permit lagi. Habis bulan September ni katanya nak berhentikan bibik ni. Kasihan adik, dapat bibik yang "kurang" rajin. Yelah kan, mana lah kita tau pembantu rumah nak dapat yang macam mana. Berhati-hatilah dengan bibik sekarag.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

hani@debumelukut said...

bibik ni macam kita berjudi, ada kala berbaloi ada kala menyakitkan hati..tapi kena cuba nasib jugak lah bila dah tak ada pilihan yg lain.Bibik akak dah 6 tahun kerja dgn akak dan minggu depan tamat lah tempoh khidmat dia...

IMANSHAH said...

@hani@debumelukut

6 tahun tu lama kak..memang bagus nampaknya servis dia

iKhRam said...

bibik seakran ni pun dah pandai kan demand2.. hahaha

shahjiehan said...

berentikan je... melampau2...


sjiehan.com

Syafiqa said...

Kalau bab bibik nie, macam2 jenis dah pernah jumpa. Sepatutnya, masa amik bibik tu, terus cakap apa tugas dia, dan cakap kene penting kan anak2 atau rumah dulu cam tu la. Lagi satu kalau nampak camtu, panggil la suruh tolong ni n tu, baru dia tau, tu tugas dia :D

IMANSHAH said...

@Syafiqa

dah cakap dah, tapi keras kepala..takkanlah amik bibik tak cakap keje apa kan..tugas apa kan

Acik Erna said...

Assalam Imanshah..selamat hari raya.
betul kata iman..baik berentikan..kalau ada bibik tapi cuma bak gaji aje..
anak sedara acik dua orang bibik yang dia dapat macam tu la..akhirnya dua2 diberhentikan dan anak hantar ke nursery.
ada yang bernasib baik dapat bibik baik..memang ikut nasib nampaknya kan..

Edy Fee said...

mmg dah kurang ajar sikit bibik indon skrg ni..
maku duk umah macik aku pon bibik dia pmalas giler....klau layan ciuter indon senetron tu tamau bergerak dah..terbungkakng atas sofa

Saiazuan said...

orng dah bg keje pn masih malas gk diorng ni kan..gaji nk mahal je..

Zul Fattah said...

alaa.. bagi je penampa sebijik.. baru dia bjalan tu.. haha..
x mampu den nk ada org gaji.. haha..
tunggu kahwin dulu la.. baru ada org nk jaga.

missgee said...

Kadang tak paham..
Apesal ada bibik yang tak
tau diuntung..
Dapat majikan baik mula
arr mengular..hurmmm

a kl citizen said...

dapat bibik ni macam, untung sabut, timbul, untung batu tenggelam...

tapi sebelum melarat, memang eloklah diberhentikan saja

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget