WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, September 13, 2011

BILA TIBA AKHIR TAHUN

Sekejap rasanya berada dalam tahun 2011. Pejam celik-pejam celik dah masuk pertengahan bulan September. Bermulalah musim -musim klimaks dalam dunia pendidikan ni.

1) Bagi yang mengajar SPM dan PMR  serta SPM, fokus sepenuhnya terhadap para pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

2) Masa nilah juga nak kejar yuran-yuran asrama, SUWA, PIBG yang belum dibayar walaupun diminta berkali-kali. Kadang-kadang terpaksa bergaduh dengan ibu bapa sebab yuran. Yalah kalau yang miskin kita fahamlah, tapi yang bergai besar pun liat juga nak membayar.

3) Begitu juga soal sijil-sijil pelajar seperti sijil berhenti, sijil kokurikulum dan macam-macam lagi sijil kena uruskan sebelum pelajar keluar sekolah.

4) Borang penilaian prestasi, borang LADAP semuanya nak kena isi supaya boleh diambil tindakan oleh pentadbir.

5) Sibuk menghubungi rakan-rakan di negeri lain memohon soalan percubaan sambil bertukar-tukar soalan.

7) Bagi yang akan mengawasi peperiksaan STPM, SPM dan PMR kena sedia mental dan fizikal. Bukan apa jaga peperiksaan dalam hujan dan banjir selalunya.

8) Jemputan menghadiri majlis solat hajat selalunya berlangsung masa inilah. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

^^nu[dd]yra^^ said...

absolutely rite~ now ni sy sdg sibuk menanda PEKA budak2 form 2...kena kmaskini sblm diorg naik tingkatan 3 spy x mberi masalah kpd cikgu2 form 3 thn depan...hmmmm

IMANSHAH said...

@^^nu[dd]yra^^

baguih2..xmenyusahkan org lain an

abghani said...

hri ini anak saya ambil upsr.
iklan anda telah diklic

NeoBalanoCarpus said...

kdg2 tu masa ni jgk la budak2 form 1, 2 n 4 akan rilek habis2an kalo cg xde @ xde xtvt.maklumla semua duk tumpu kat student yg ambik exam..

kakcik said...

Bab yuran PIBG ni pun memeningkan kepala. Dah dibayar, resit tak diberi - lepas tu terpaksa bayar lagi dan lagi. :(

cheqna said...

erm..yolo doh tu...
hari ni upsr stat..
moga dipermudahkan untuk semua yang amik upsr tu..

Awan Biru said...

Yang pelajarnya memang perah otak habis-habisan macam nak pergi perang.

Ayuni said...

hm, yg kt universiti sibuk ngan assignment....

khaifaiz said...

bila nak akhir tahun ni la semakin mengejar masa

NMH said...

yang uni baru masuk tahun lain je..so macham xde rase pon awal tahun ke akhir tahun..huuu

::FAIZ FARISH:: said...

tringat zaman skolah dulu....

Zul Fattah said...

teringat kisah zaman sekolah dulu.. terpaksa kerja jd buruh binaan.. semata2 nk bayar yuran.. xpe.. lg pun malas nk menyusahkan mak ayah..

hysman said...

arini upsr..lps tu pmr seterusnya spm.. chaiyokk!!

CITY® said...

ramai juga mak2 sibuk minta air penerang hati utk anak2 sana sini...

yang utama:
anak sendiri kena usha belajar
anak sendiri kena doa
juga doa dari mak ayah

wassalam

ibuintan said...

memang ujung tahun time sibuk, banyak yg dikejar


masih ada yg belum bayar yuran walau dah diimfom berkali2..... akhirnya bayarkan juga sendiri sebab taknak peningkan kepala

iKhRam said...

masa ni cikgu puns ama gemuruh kan?? selamat berperiksa.. berperang habis-habisan

gud luck
kepada upsr dulu yer..

MR. SYAH said...

waktu yg sibuk untuk para guru...

NaeBlog said...

Perlu selesaikan segala.
hati rasa lapang...
ujung tahun ni kena mengawas pulok!!!

Dinas Aldi said...

Kerja macam ni la, peperangan yang berterusan. Selamat terus bertugas & terus bertugas & terus bertugas, cikgu Imanshah.

missgee said...

Shah,
Senyum2 saya baca nie..
Maybe kena batang hidung sendiri ;P

Anyway, Terima kasih atas ingatan itu :)

norfaridahanum said...

yang jemputan solat hajat tuh buat saya senyum sendiri.masa sekolah ada yang tolong ingat2kan..sekarang dh besar sendiri2 lah nk kena ingatkan diri ttg usaha doa tawakkal =)

a kl citizen said...

sekejapan je ... ya

Afida Anuar said...

cikgu2 memang sibuk kalau akhir tahun... tabik sungguh la kat cikgu2 ni...

Afzainizam said...

cekgu dan mak ayah semuanya bertungkus lumus memastikan mereka yang ambil exem berjaya...

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
tribunal tuntutan pengguna berkaitan kereta

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget