WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, September 2, 2011

CERMIN MATA DAN SYUKUR


Pagi ni pagi-pagi saya sudah terpacak di Kota Bharu Trade Centre (KBTC). Tujuannya nak mencari cermin mata baru mengantikan cermin mata yang lama. Cermin mata saya hilang sehari sebelum Aidilfitri yang lepas. Maka meraba-rabalah saya dalam terang. Haha. Punca nya saya letakkan cermin mata atas bonet kereta adik sewaktu mengemas halaman rumah. Dan saya lupa untuk mengambilnya semula. Lalu adik memandu keretanya dan cermin mata saya hilang entah kemana. Terjatuh agaknya.

Satu hari saya "moody". Nak kata datang bulan tak juga. Tapi saya ralat sebab cermin mata tu saya beli agak mahal, antara cermin mata yang paling mahal saya miliki. Hampir seribu harganya. Lalu saya lupa akan Madrasah Ramadhan. Mulalah nak mengungkit, beli mahal lah, tak tengok dululah sebelum pandu kereta, padahal kesalahan asal terletak atas diri saya. Lalai dan leka, tak cakna kata orang dulu-dulu. Padahal saya kena terima ini sebagai ketentuan Allah. Benda nak hilang, nak buat macam mana.

MasyaAllah, saya lupa sebenarnya. Di kala saya masih mampu melihat walau agak rabun sedikit, ada di antara insan lain yang tidak dianugerahkan dengan penglihatan. Masih ramai yang buta di luar sana, namun mereka tetap bersyukur kepada-Nya kerana diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Malunya saya kepada mereka. Ya Allah, ampunkan dosaku kerana tidak bersyukur. 

Kini saya sudah dapatkan yang baru. Sahabat, bersyukurlah, dan berhenti dari selalu menyalahkan orang lain atas kesilapan kita. Moga bermanfaat.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

jangan cepat menjatuhkan kesalahan terhadap orang lain..tp lihat dlu kedalam diri sendri terhadap kesalah tersebut..

*sekadar menasihati diri sendiri juga..

**samat hari raya ke-4...

Zul Fattah said...

erm.. bagus..x salahkan utk kita mengaku slah sendiri.. anggap la ini semua ujian kesabaran..

cikgu isza said...

alhamdulillah dah dapat yang baru..
jaga lebih elok lagi yer..
ralat tu memang ralat..
kena berbalik semula pada ketententuanNYA..

Pang LIMA yang sebenar | Semekar Kasih

Azham Vosovic said...

betol tu bro, kdg2 kita lupa tentang perkara yg disebabkan oleh kita sendiri....

Dinas Aldi said...

Dik Iman nih, henpon hilang, ni cermin mata plak hilang, letak atas bumbung keta plak tu, sabor jalah.

Sama gaklah akak pun kekadang lalai jugak tapi cermin mata akak susahla nak hilang pasai akak rabun teruk. Kalau kat rumah memang sentiasa melekat kat hidung, tak bleh berpisah gitu.

ishiko said...

syukur dh ad ayg baru..

susahnye rabun..
nak swimming gane?

zOeY zAu YaH said...

betul kan?

iKhRam said...

tak per..
tuhan tarik nikmat sebab nak bagi nikmat yang lebih baik sebenarnyer tue..

semuanya pasti ada hikmah..

luahfikiran said...

SALAM SYAWAL,
ADA HIKMAHNYA !

hani@debumelukut said...

Kan dah dapat cermin mata baru tu..orang lain baju aje yg berganti time raya..heheehee.

Citarasa Rinduan said...

kalau kena pada ayu..
mmg ayu tak boleh buat 1 kerja pun...

rabun ayu capai 400, kiri dan kanan

sonata anak kancil said...

kalau saya insyAllah tak lupa - sebab bercerminmata sepanjang masa! cuma kdg2 lupa semasa tukar cermin mata sebab ada spare 2 pasang - di rumah lain (murahlah sikit utk time masak2 - nak keluar tukar lain ) - in case macam ni lah...atau terjatuh ke...kalau nak buat baru----hu3x pendekkata kena tunggu sampai siaplah - kalau tak dunia ni kabur sekabur2nya... syukur walaupun kita rabun - mereka ada yang buta lagilah gelap dunia ini! Nikmat yang diberikan oleh Allah swt

Kalamhati said...

alhamdulillah..buleh mata baru doh..huhu
mmg kalu jd gini mudah je mulut nk salahkan org lain..huhu

Afida Anuar said...

betul kata LF, mungkin ada hikmahnya dia nak hilang....

mana spek mata baru, tak nak tayang ka?;)

Nizam Ijam said...

wah..terbaik la :D

insan_marhaen said...

Cepat sedar atas kesilapan diri dan belajar daripadanya adalah manusia yang hebat!

alif haris said...

alhamdulillah dah ade yg baru ye cegu ..

fikirkn mereka yg lg susah .. insyaAllah terbit rasa syukur :)

a kl citizen said...

cermin mata sekarang memang mahal iman :(

tapi penglihatan yang Allah beri terlampau mahal tiada nilainya. Alhamdulillah Allah beri keupayaan pd iman untuk mengganti cermin mata yang lain.. :)

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

kira2 cermin mata raya tu....he he

"TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA"
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)

Wassalam

syrupmasin said...

jadi jangan la lalai :D

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget