WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, September 12, 2011

CUKAI ENAM PERATUS PRABAYAR DITANGGUH


Syarikat-syarikat telekomunikasi (TELCO) di negara ini akhirnya tunduk kepada desakan orang ramai dengan menangguhkan caj cukai perkhidmatan tambah nilai dan pek permulaan SIM pelan prabayar.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, TELCO telah bersetuju menangguhkan caj cukai tersebut sehingga perbincangan di antara syarikat-syarikat itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diadakan.
“Mereka (TELCO) telah setuju untuk tangguhkan..setakat ini, itu saja kita boleh diberitahu,” katanya ketika dihubungi media selepas menghadiri satu mesyuarat bersama beberapa wakil syarikat TELCO terbesar, terdiri dari Maxis Berhad, Celcom Axiata Bhd, DiGi Telecommunication Sdn Bhd dan Umobile Sdn Bhd di sini hari ini.
TELCO sebelum ini mengumumkan akan mula mengenakan caj cukai perkhidmatan terhadap semua pelanggan pelan prabayar melalui tambah nilai dan pek permulaan SIM sebanyak enam peratus pada 15 September ini.
Tindakan tersebut telah mendapat bantahan perbagai pihak seperti  pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan pengguna dan orang ramai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu meminta TELCO untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk mengenakan caj tersebut kepada hampir 14.6 juta rakyat negara ini yang menggunakan pelan prabayar tersebut.
Kabinet tidak pernah meluluskan kepada TELCO untuk mengenakan caj sebanyak enam peratus itu kepada pengguna mereka.


SUMBER : MYNEWSHUB

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

6 GENTA RASA:

ziraziz said...

bkn stkt harga brg2 je naik, topup pn sama...

h A n Y S said...

harap2 x jadi lah.. :(

a kl citizen said...

kalau tak jadi lagi bagus...

Afida Anuar said...

kalau kenakan cukai ke atas pek permulaan boleh dipertimbangkan la... di setiap kali nak top up pun kena cukai... geram ni..geram...hehe

Dinas Aldi said...

Selamat :)

Addin said...

alhamdulillah :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget