WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, September 17, 2011

DAP CADANG TUKAR JALUR GEMILANG?




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan bersifat kurang ajar itu disiarkan ADUN DAP terbabit menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam dan didedahkan oleh portal berita terbaru, www.mole.my hari ini.

Secara jelas, beliau menulis kenyataan menerusi status dalam laman berkenaan yang berbunyi: “I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan undian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia).

Bertambah biadab, Manoharan mengeluarkan pula komentar di bawahnya seperti berikut: “Copycat...AMERICA. America Syarikat atau Syarikat America. Inipun Bahasa Malaysia tak betul. LOL. Bendera Amerika Syarikat ditiru!.”

Di bawah status sama, beliau kemudiannya menyatakan komentar lain iaitu: “Pakatan will come up with a new flag. The current one is definitely out.” (Pakatan akan tampilkan bendera baru. Yang ada ketika ini akan diganti baru).

Seterusnya, Manoharan menyatakan komentar bahawa kita tidak memiliki bendera yang berkelas dunia dan rakyat Amerika Syarikat (AS) telah mentertawakan Malaysia kerana memiliki bendera yang seakan sama.
Mengakhiri komentarnya, beliau mengulangi pendirian bahawa bendera sedia ada perlu diganti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

Bagaimanapun, pendirian Manoharan mendapat tentangan hebat daripada rakan sosial Facebook beliau yang mahu kenyataan itu ditarik balik.

Kebanyakan rakan sosialnya itu mahu Manoharan menghentikan kenyataan sedemikian serta mahu beliau membezakan antara semangat patriotisme dan ideologi politik.
Manoharan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan doa masuk tandas selain pernah mewujudkan sentimen perkauman berhubung isu novel Interlok.
Sementara itu, Manoharan ketika dihubungi blogger The Mole mengesahkan bahawa status menerusi Facebook tersebut adalah tulisannya sendiri.

“Bendera ini telah lama dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN). Jika kerajaan bertukar, bendera kebangsaan juga patut ditukarkan,” katanya.
Manoharan kemudiannya mengaitkan kemungkinan kematian jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di Somalia mempunyai kaitan dengan kesilapan membezakan antara bendera Malaysia dan AS.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 8 malam ini selepas menerima kecaman rakan laman sosialnya, Manoharan memohon maaf atas komentarnya berkaitan Jalur Gemilang sambil mendakwa dia rakyat Malaysia yang patriotik.

SUMBER : KLIK



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 GENTA RASA:

missgee said...

"Hurmmmmmm"

Tue je nak komen..

Sekian, Terima Kasih :)

Azham Vosovic said...

ala, jgnlah tukar2... huhuhuh

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

kalau kita solat Istikharah
Insyaallah
Allah beri petunjuk, sama ada perlu tukar atau pun tak...

Wassalam

CIK TOM said...

ish 10x tukar pucuk pimpinan politik 10x la kena tukar bendera kl camtu...skang pemimpin lebih byk gila glamor n harta benda..bukannya jd pemimpin sbb nak tlg rakyat dan majukan negara pun...

Jiejah Gorjes said...

mengarut jerrr dah berzaman2 guna bendera tu pejadah nak tuko plak memandai2 jer..kalo tak suke bendera malaysia jgn dok malaysia pi baliik dok india laaa...

alif haris said...

huhu kalau tukar bertukar la identiti kita sbagai orang tanah melayu yg merdeka..

tak boleh tukar ! hhuhu

arsal74 said...

Tukar kerakyatan, tak mau ker?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget