WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, September 24, 2011

KALAU KAU NAK LOMPAT PAGAR, KAU MASUK OLAHRAGA, TAK PAYAH MASUK HOKI


Selamat berhujung minggu untuk semua. Imanshah dah selesaikan membayar semua jenis bil yang ada Senang hati aku Jah. Bukan apa, rimas kalau lambat-lambat bayar hutang ni kan. 

Lama juga tidak berceloteh soal pelajar-pelajar Imanshah kan. Malam tadi, Imanshah mengadakan pertemuan mata ke mata dan hati ke hati diselangseli dengan sedikit "buah tangan" dengan pemain-pemain hoki tingkatan dua Imanshah. Nampaknya semakin tiba ke penghujung persekolahan 2011, semakin menampakkan perangai yang tidak berapa elok. Pelanggaran disiplin !! Bukan disiplin sukan, tetapi pelanggaran disiplin sekolah. 

Ada di kalangan mereka yang ditangkap kerana "fly" ataupun keluar malam dari asrama ke kawasan luar sekolah. Kira lompat pagar lah. Tak kiralah makan di restoren, menonton wayang ataupun ke cyber cafe. Tersentap juga melihat pelajar tingkatan dua yang sudah berani melanggar peraturan sekolah. Makanya mesyuarat tergempar diadakan.

Pertamanya mengadakan amaran keras, jika terdapat mana-mana pemain hoki yang sekali lagi ditangkap "fly", maka dengan automatik Imanshah akan gugurkan dari pasukan. Ko pergilah cari sukan lain seperti petanque ke, bola sepak ke, ragbi ke. Kalau betul-betul hebat, masuk acara lompat pagar iaitu 110 meter lompat pagar. Hoki hanya memerlukan pemain yang berdisiplin. Bukan sahaja disiplin di padang, tetapi disiplin di sekolah dan dalam kehidupan.

Kedua, Imanshah akan susahkan ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka akan dihubungi. Biar ibu bapa di kampung pun susah hati dan sama-sama mencari jalan dan ikhtiar membantu anak-anak mereka. Barulah fair and square kan? Asyik kita je bertungkus lumus menjaga anak-anak mereka. Bukan Imanshah merungut, tetapi ada sesetengah ibu bapa bukan sahaja tak mahu berterima kasih tetapi selalu menyalahkan sekolah jika anak-anak gagal ke, melanggar pearturan sekolah ke. 

Ketiga, kalau tak mahu dengar juga kata, jangan marah kalau Imanshah hadiahkan rotan di punggung masing-masing. Ini dah biasa Imanshah buat, biarlah pakar psikologi kata jangan merotan, nanti mendera. Kalau dah cakap elok tak dengar, nasihat buang ke longkang, apa lagi nak buat?? Hantar kaunseling?? Pun tak jalan.

Bukan senang nak menjaga budak-budak sekolah zaman sekarang. Tambahan di sekeliling penuh dengan tarikan-tarikan yang akhirnya menjadikan para pelajar hanyut. Dengan pusat snooker nya, cyber cafe, mall dan banyak lagi, terutamanya di bandaraya Ipoh ni.  


Esok-esok, bila berada di luar sekolah, bimbang akan kena ugut, dirompat, diragut, dibelasah dan sebagainya. Balik-balik cikgu-cikgu yang kena. Sebabnya, tak jaga budak!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

azam said...

best a lagu ni

::FAIZ FARISH:: said...

budak skang tak mcm budak dulu2

Rozuan Ismail said...

wan masa kat arama dulu memang suka fly.hehe

MAT SOM said...

Imanshah

Saya dulu mgjar sekolah menengah 17 dah...jadi faham benar msalah tu. Bersabarlah dgn kerenah budak yg semakin kreatif itu.

Apb cerita sukan lari berpagar tu, murid yg saya bawa ke MSSD pernah tergolek2 melanggar pagar itu. Tulang kakinya patah dan meraung2. Sukan MSSD DIHENTIKAN SELAMA SATU jam ekoran kejadiaN itu.

Saya mengeluh dan berkata Kenapa beratus orang di sini yg kena anak murid aku.

Seorg tua yg mendengar menasihati saya

"Cikgu tak percaya qada dan qadar Allah?' Dan saya terdiam.....

Maaf, panjang pulak komen kat blog cikgu ni. Kerana ia mengingatkan saya peristiwa tahun 2003 di Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat itu.

alif ismail said...

salam...

nak dodol alif jugok ke???? hahahah!!!!!!!!

belog|amiyo said...

aku suka fly dulu.

Kalamhati said...

besarnya tanggungjawabkan..dan bkn mudah nk meng'insan'kan manusia ni

cikgu isza said...

setuju dengan langkah dan pandanan imanshah.. perlu tabah sentiasa..

Miss Sunshine said...

hmm... memang susah tugas me'manusia'kan seorang manusia kan...
Nak tempuh perangai anak murid dah satu hal, kadang2 jadi muak dengan karenah birokrasi dlm pendidikan ni...

Freaky said...

hehe aku penah lompat pagar jugak.. kadang2 peraturan sekolah yang mengarut tu yang menyebabkan aku suka langgar.. jahat kan ?

FaKArePa!n said...

pernah gak fly mase sekolah dulu.. pergi cyber cafe je pon.. haha

nub said...

auch,itu memang penting. dulu dak2 hoki walaupun takdak coach, dengan senior pun kena warn tak bleh nak buat pailang. kalau dak, jangan harap aa nak naik bas pi tournament..

Zul Fattah said...

dulu pernah jugak bergaduh di sekolah.. haha.. tp tak dah skrang..

Afida Anuar said...

hehe... kalau tak 'fly'... takde kenangan zaman sekolah yang boleh dibawa pada masa hadapan nanti shah.. hehe;)

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

tapi kalau tingkat dua dah fly, nak tunggu f5 tu entah berapa ratus kali nak cipta kenangan kot

LadyBird said...

huhuhu.. kecik2 dah pandai ek.. kalau zaman lady dulu.. sifat ni ade time tingkatan lima dan time di matrikulasi.. hehe.. tp bukan ladylah.. hbs pagar matrik digunting..

Afida Anuar said...

hehe..sabor cikgu shah..sabor..

gamaknya dia nak cipta beratus2 kenangan kot, pasai tu F2 dah start fly.. kekekekeke..

Afzainizam said...

dulu aku dapat hadiah rotan kat ponggong kerana itu hadiah terbaik kerana aku tak dengar kata guru...

thanks guru kerana kamu aku ingat aku menjadi orang berguna....

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
kesan embun pagi pada kereta

Alang Ridhwan said...

fly pergi tengok wayang? hish, tak berbaloi, tunggu CD cetak rompak sudaa... (haa, diorang gi detting lettew..)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget