WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 18, 2011

KASUTKU MILIKMU

Hari ini Imanshah menerima tiga jemputan menghadiri rumah terbuka kawan-kawan. Satu di Gopeng, satu di Ipoh dan satu di Kelebang. Alhamdulillah kesemua jemputan dapat dipenuhi. Kenyang hari ini mengunjungi rakan-rakan. Terima kasih buat semua kerana menjemput dan menyediakan juadah yang sedap-sedap.

Tapi yang tak sedapnya bila Imanshah nak keluar rumah  Imanshah dapati sepasang kasut yang baru sahaja di beli telah pun hilang. Baru pakai sekali je. Sakit nya hati, bukan apa kelalaian diri sendiri tidak meletakkan kasut dalam rumah kan. Akhirnya sendiri mau ingat lah.

Namapun dah pencuri. Kerjanya mencuri. Kalau dah barang yang boleh dicuri terhidang depan mata, apa lagi, dosa tolak ke tepi. Yang penting kemahuan dan nafsu diri dapat dipenuhi. Imanshah doakan semoga dia berubah lah menjadi warga negara yang berguna.

Sebenarnya acap kali juga Imanshah kehilangan, kecurian bahkan kemalangan. Tapi setakat ini Imanshah berjaya menghadapinya dengan tenang. Tak perlu menyesal dan mengeluh, anggaplah bukan rezeki kita. Selalunya Imanshah akan terus melupakan barang yang hilang tersebut dan tidak memikirkannya supaya kehidupan kita selepas itu dapat diteruskan dengan lebih tenteram. 

Jumpa lagi!!






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

23 GENTA RASA:

Citarasa Rinduan said...

ada 3 undangan open house, sekali dengan CMG punya gathering.. alahai..
kasihannya cikgu...
kena beli selipor murah jer nie.
yang mahal.. guna time ada function jer

IMANSHAH said...

@Citarasa Rinduan

wah ramai ke pg umah CMG tu..

adwafarahin said...

nangis woo kasut hilang..selipar jamban pon syg sbb beli gune dwet sendri :P

cikgu isza said...

sedihkan..
tang pencuri tu satu hal..
yang main sarungg kasut oran pun satu hal (kes kasut sama tapi saiz lain- takkan x perasaan?)
yang sarung kasut orang buat kerja lasak pakai kasut orang (basuh pinggan contohnya) pun satu hal.
Kalau dia sendri sayang kasut dia kena air.. orang lain pun sayang kasut mereka juga.
Macam2 manusia ni..

Tak usahlah letak bedak kat ***** | Semekar Kasih

h A n Y S said...

macam sy, rantai baru beli untuk dpakai masa raya dah ilang, tak pakai2 lagi pon..pasrah je lah..takde rezeki..huhu

nur aisya humaira said...

klu tau gi tpt ramai org, aisya pakai selipar biase je...

klu hlg pn tkpe...hehe

Dinas Aldi said...

Hilang lagi barang dik Iman. Doakan saja semoga pencuri tu insaf & kembali ke jalan yg benar.

adrenalina said...

lorh..lepas tu balik pakai apa???

setuju kata2 Dinas Ali...kita doa jer bagi si pencuri tu insaf dan kembali ke jalan yang benar

Freaky said...

serius bengang gila bab! kalau kasut / selipar hilang.. geram gila

missgee said...

Bukan rezeki laa tue..
Mintak lagi lawa dan mahal
dari yang kasut yang hilang kot..

P/s: Lepas nie kena berhati-hati
sebelum rugi..

alif haris said...

huhuhu .. pencuri ni ada di mana2..
pasni kita kne pasangan kasut berasingan ..
tp jgn sndiri lupa sudh lah .. mncanak nk mncarinya balik nnt haha

khaifaiz said...

kena waspada selalu... kalu tak memang sedekah je la..

Afida Anuar said...

mebe dia ingat kasut dia kot!...pastu tersalah pakai...err

sonata anak kancil said...

pergi lah ke rumah open house pakai kasut biasa aje..yg luarbiasa / lain pada yg lain tu yg jadi minat kepada peminat

FaKArePa!n said...

pernah ade pengalaman gak psal kehilangan kasut ni..

tapi bukan kasut saya la y hilang.. kasut membe..

kena kebas masa solat kat Masjid India, KL..

Hampeh betol..

Azham Vosovic said...

ala, tak bestnya bila kasut hilang... huhuhuhuh

Yatie Awang said...

Iman, biasalah perkara macam ni, berlaku kat majlis terutama majlis kawin, kakak pun pernah jugak hilang kasut hahaa

MAT SOM said...

2 CARA MENGELAKKAN KEHILANGAN KASUT TUAN IMAN SHAH:

1. Kunci dengan mangga KASUT TU.
2. Kasut tinggalkan dlm kreta-pakai selipar jepun atau berjinjit saja hehehehe

MAT SOM said...

Satu lagi nak tambah"

Pakai kasut warna PINK

nyanyisunyi said...

Kelebang? bukan kat Melaka ke atau ada tempat lain yg nama sama..

hilang kt umah tu tk pe gak..yg hilang kat masjid atau surau tu yg tk boleh tahan tu....

ziraziz said...

rezeki c pencuri melalui Imanshah hehe..

gadisBunga said...

baca tajuk pun dah boleh agak ape jenis tragedinya. alahaiii pencuri...

Areef Ibn Naim said...

salam,

maybe, sebelah lagi tu ada anak dara yg amik kot, sbb die nak berkenan ngan cikgu iman as her mr.cinderella, hehehe... sori, gurau jer...

dulu ms sy berpeluang gi masjidil haram, kuor tgk selipr sy tu ada, sebijik sama, tp saiz dh lain, huhuhu... klu lg besar tkpe, tp lg kecik... terpaksalah jln terkepot2 pi beli selipor bru, hehehe...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget