WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, September 8, 2011

KELAS KAU JAH!!

Salam dan selamat malam semua. Agak-agak apa kaitan kan tajuk dengan entri Imanshah hari ni. Maaf kalau membosankan. Haha memang kelas kau Jah tukan iklan ribena lakonan Syarifah Shahira. Memang meletuplah dialog tu sekarang.

Tapi Imanshah bukan nak cerita pasal dialog iklan Ribena tu, tapi nak cerita satu pengalaman yang sangat horror hari tu. Kejadiannya berlaku pada hari Jumaat sebelum Aidilfitri, iaitu hari terakhir persekolahan sebelum bercuti. Seperti biasa Imanshah selalunya akan mencukur rambut-rambut halus disekitar anak rambut, sidebun dan di samping kumis. Entah mengapa hari tu, Imanshah kurang berhati-hati kerana terlewat. Tanpa disedari, cukuran di bahgian anak rambut di sekitar sideburn terkena kening.

Mak ai, tersopak kening Imanshah. Memang buruk macam penjahat enam jahanam gayanya sobekan itu. Imanshah panik kerana memang nampak jelas. Apa yang nak buat pun tak tahu. Terlajak cukuran, mana boleh ulang lagi. Sakit hati betul rasanya dah lah nak raya. 

Lalu Imanshah teringat jiran Imanshah di sebelah rumah. Memang stok make up penuh la. Terpaksa menebalkan muka memberitahu cerita sebenar. Dan Imanshah pinjam pensil kening ke apa entah namanya. Terpaksalah hitamkan tempat tersobek dengan celak. Haha memang bengkak je rasanya. Risau pulak takut kawan-kawan di sekolah serta keluarga di kampung perasan Imanshah pakai pensil kening. Haha.

Yelah bimbang juga, nanti depa kata kat Imanshah

KELAS KAU JAH, bercelak bagai sekarang!! Kalah kening Ziana Zain.

Pengsan tujuh hari tujuh malam..


Alhamdulillah, dah tumbuh semula..





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

EzayHadry said...

curlass ko jah cukur..terpaksa ke sengaje??
wakakaka

~Insan Biasa~ said...

nak tengok leh!!!!??? hihihihi

Anif Abdullah| AA said...

hahak.. mesti seksi mcam pic tu..:P

Afzainizam said...

Mana gambarnyerrr kening ko tu nak tengok ni.... insiden yang tak sengaja nak wat camnerr

------Salam Aidilfitri-------
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
lepat pulut vs lonting jawa

amna said...

hehe.. ni mesti kes berangan ni kan.. huhuhu~

kelas kau jah! ^^

Afida Anuar said...

Kelas kau jah, pakai celak skrg..kekeke..

eh, cemane boleh pegi ke kening pulak tu? haaaa, ni mesti teringat kat cinta hati ni..hehhe

cheqna said...

sama ngan adik lelaki cheqna..pun 2,3 hari sebelum raya gak..cheqna perhati kening dia memang x dok sket...
lolah ekpom

khaifaiz said...

memang kelas kau jah... hahaha.. Penangan dah terlewat

yatie Awang said...

habis ada orang perasan tak

nyanyisunyi said...

aduh..tk dapat akak nk bygkan imanshah pegang kapur tulis dgn jari melentik....hahahhaha

gadisBunga said...

ini bukan kelas kau jah...tapi kelas kau shah! hahah!!!

saya ada stok eyeliner. mahu? :p

sarah-najwan said...

nape xbuh gmbr kening yg tersobek tu..hehe

IMANSHAH said...

@gadisBunga
apa kah itu?

IMANSHAH said...

@yatie Awang

xda org perasan sangat..tambah2 pakai spek

kakcik said...

Mujurlah kening tu boleh tumbuh balik. :)

NeoBalanoCarpus said...

kelas kau jah!!..nampak mcm mak gitu...!!..ehehehe..

AIEN NOT ALIEN said...

hahaha..berhati-hati ketika bercukuran...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget