WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, September 22, 2011

KONDOM DALAM BEG SEKOLAH


Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.
Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.
Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.
Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.
Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.
“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.
“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.
Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan. – myMetro Online

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

FaKArePa!n said...

makin menjadi- jadi..

makin teruk !!

Cik Diana said...

haish! advance la bebudak zaman la nie..

gadisBunga said...

ya Allah...kecewa mak ayah dia!

NaeBlog said...

Remaja sekarang ni...
Hai... Entahlah... Rasa kecewa dan risau

ikan emas said...

risauuuu

NzA said...

dasyatnya remaja2 skrg....

shaliza khairi said...

kesian lah tengok anak2 remaja sekarang. kesian lagi kat mak ayah diorang.....

Rtp Farra Arisha said...

aduh..siapa yg harus dipersalahakan skrg ini? mangsa? ibu bapa mangsa or penjahat itu? dahsyat la..
so pity dgn keluarga mangsa :O

Cik SHiNJU said...

Mcm ngeri baca kisah remaja zmn skang...Takut plak kalau ade anak sdiri nt...haishhhh...

Afida Anuar said...

nauzubillahimin zaa lik, moga Allah jauhkan bala ni dari keluarga kita...

Zul Fattah said...

gilo palo.. biar betul ni..? budak lg tu.. dah ada kondom..?

Dinas Aldi said...

Astaghafirullah, takut sungguh dengan keberanian tak bertempat anak2 gadis sekarang...

Azham Vosovic said...

astaghfirullahalazim....sedih...sedih....sedih....

tunz said...

NAUZUBILLAH...

Citarasa Rinduan said...

astafirullah.....
macam2 hal.. untuk renungan bersama kawan2..
jom.. check beg adik kita atau anak2 kita

MR.Z said...

apa nak jadi dengan budak2 zaman sekarang ni...

blog-tips-kurus said...

wajib dirotan tu!! heeeee...

nur aisya humaira said...

Nauzubillah,mintak jauh sume ni dri family aisya....

Kakzakie said...

Semakin didedah semakin menajdi isu-isu ini... Kena kembali kepada hukum Islam...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget