WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, September 29, 2011

MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA BAKAL KENA TANGKAP??



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara’.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini hari ini.
"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa’.
Bagaimanapun, Rais berkata, SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya, individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air. — Bernama



Kata Imanshah..pasal hina ISLAM ??




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

zulhilmi tempoyak said...

nm btol makcik tu ape ek..

tu nm btol ke..??

IMANSHAH said...

@zulhilmi tempoyak

tidak lah..tak tahu lah nama sebenarnya sebab dirahsiakan

Afida Anuar said...

a'aa..pasal hina islam, hina Allah, hina Nabi Muhammad saw.

Tak baca blog dia? terketar2 saya baca haritu sebab marah yang amat... kalau dia Islam rasanya dah boleh jatuh murtad. Kalau dia kafir Allahualam la.

xanders.co said...

pernah baca kt blog dia. haram jadah ni patut lama dah kena hukuman. tp kenapa baru sekarang nak bertindak??? aduhhh

Miecyber said...

Tangkap dan hukum dia tu...

Kakzakie said...

Penghinaan terhadap Islam telah dilakukan buat tak tahu aje kenapa... :(

NaeBlog said...

Kalau hina menteri lagi cepat ambil tindakan...

Kalau hina Islam, perlu tengok dulu ia menguntungkan atau tidak

Oh Malaysiaku!

kasihibu said...

NaeBlog, tak ke iman tulis hina Agong? tak habis baca ke tak perasan ye?

org yg hina islam ramai, terutamanya orang islam sendiri
contoh yg paling senang remaja remaja yg tak segan silu berasmaradana...

Ahmad Ismi said...

Alhamdulillah..kena tangkap gak dia akhirnya...lancang betul mulut dia ni hina Islam...Btw...Sy follow awak ^^V..follower yang ke 1304

h A n Y S said...

itulah..bila hal negatif yg membabitkan sultan, sentap habis..tp bila yg membabitkan agama, buat tak tahu.. *sigh*

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget