WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, September 10, 2011

NISBAH PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN DI UNIVERSITI 30 : 70



Kredit Gambar : SUMBER
Nisbah antara bilangan pelajar lelaki dan perempuan di universiti ketika ini adalah 30:70, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, meskipun situasi itu bukan suatu yang membimbangkan tetapi jurang bilangan antara pelajar lelaki dan perempuan itu harus diberi perhatian oleh semua pihak.
Justeru, kata beliau, Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka program untuk menarik lebih ramai lelaki meneruskan pengajian di universiti bagi merapatkan jurang tersebut.
“Pendaftaran di beberapa universiti pada sesi akademik kali ini menunjukkan perbezaan ketara jumlah penuntut lelaki dan perempuan iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia misalnya nisbah ialah 30:70 manakala di Universiti Putra Malaysia pula 33:67.
“Oleh itu kita sedang merangka program untuk menarik lebih ramai pelajar lelaki belajar di universiti dan program yang diusahakan dengan kerjasama beberapa universiti tempatan itu akan dilancarkan dalam masa terdekat,” katanya di sini hari ini.
Menjawab soalan, Mohamed Khaled berkata, jurang bilangan yang besar antara pelajar lelaki dan perempuan di universiti itu berpunca daripada pelajar lelaki lebih menggemari bidang vokasional berbanding akademik.
SUMBER : MYNEWSHUB 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

lelaki ramai2 pi mana eh kalau tak masuk u? ke bilangan lelaki kat malaysia ni memang berkurang? hmmmmmm

NzA said...

sedari SK rendah lagi murid2 perempuan lebih cemerlang n menonjol dr murid lelaki.....

amat merisaukan!!!!

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

mukin ramai ke serenti..nauzubillah

Wassalam

alif haris said...

tiap orang ade rezeki masing2 kan ..hehe

ckLah said...

Lelaki yang berkualiti pun semakin susut...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

ini x termasuk WANITA JADIAN lg...haaa so kire laa yee imanshah...

- abdul hadi abdul muti - said...

lelaki kat uni kadang-kadang tak macam laki pun..huhu

Kak Yatie said...

perempuan2 sekarang pandai2kan hahaha

norfaridahanum said...

nak x nak..kena terima hakikat yang laki lagik suka benda yang pantas dan praktikal =)

Zul Fattah said...

haha.. saya la tu dalam 30% tu..
tapi AbgShah dkat unimap.. lelaki dgan popuan 50/50 .. haha..

insan_marhaen said...

memangnya perempuan semakin ramai dari lelaki sekarang ini. Kat tempat kerja IM pun ramai perempuan dari lelaki.

Lelaki ramainya mati kat jalanraya. Tak caya tengok data OPS SIKAP!

AIEN NOT ALIEN said...

teringat cakap cikgu.. lelaki ni pandai, perempuan ni rajin... siapa rajin2 dapatlah masuk U..haha.. betul la cakap cikgu tu... :)

ahmad kamil said...

Sebab kan pompuan dah lebih ramai dari laki...so mungkin ni gak punca yang jadi nisbah 30:70 tu... hehe

MAT SOM said...

Yang menjadi kemuskilan hamba, dalam Bancian Penduduk yg terbaru tempoh hari, jelas menunjukkan lelaki melebihi satu juta nyawa berbanding perempuan. Soalnya, adakah jumlah itu tersalah kira?

ahmad kamil said...

hmm...salah kira la kot.... huhu..

aimie amalina said...

gano nihhh
hehehehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget