WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 25, 2011

PENTING ! PERINGATAN KEPADA KAUM WANITA. TOLONG BACA KALAU ANDA WANITA



Saya petik artikel ini dari page TEH SECAWAN.

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang .

Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !


Jadikan amalan :


1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.

Sebarkan!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

♕ Mr.IX ♂ said...

pernah baca gak citer ni kat memana ntah...hehe

zarazueyin said...

takuttt..
terima kasih krn mengingatkan

Noraien said...

pernah baca pasal nie kat fb kawan..bhye nye laa..keselamatan dah tak terjamin skrg .

teh O beng said...

uuuu bahayo nya...tq share :)

Awie Omar said...

berjaga jaga la selalu. tq sebab rajin komen kat blog aku. balas komen tu kat sini lak.

Acik Erna said...

IMANSHAH..acik dah baca dah dah bagi tau kawan2 wanita yang memandu sorang..terima kasih ye..

Cheq Sue said...

trimas kongsi info...sekarag ni na buat ape2 pun kena hati2...

Hana Soffelia said...

Pernah gak dgr kisah ni. Thats why, Hana memang jarang keluar malam sorang2. takut.. TQ for sharing this n give some tips. ^_^

ckLah said...

Baru cerita pasal ni dengan kakak dan abang-abang selesai majlis kenduri di rumah mak semalam. Sesekali berkumpul.Sedar-sedar dah jam 3 pagi....

Zul Fattah said...

erm.. betul tu abg shah, saya pernah baca cite ni jugak.. so kpd wanita hati2 r.. jenayah sentiasa ada di keliling kita..


p/s: knapa feed url blog Abgshah, x kluar entry terbaru..? feed rosak ke?

cikgu isza said...

risau juga klo terlalai dan leka..
moga kita sentiasa dilindungi olehNYA

Luqman Hakim said...

hoho...terbaik...dengar tu perempuan

budakampung said...

pernah baca dah ritu..memang bahaya ah..perempuan lelaki semua kena hati2 sekarang..bukan setakat perempuan je

NaeBlog said...

Takutnya benda2 macam ni...

Terima Kasih!

Kalamhati said...

tq imanshah..akan cuba beringat lepas ni..hmm takut

Syazwan Che Deraman said...

bahayo ni bos..

miszatie said...

eeii mcm2 skang ni..tkt nyeeee..tq tau!!!
visit my blog k!!

IMANSHAH said...

@Zul Fattah

not sure..try remove..then

Afida Anuar said...

Memang beringat selalu bab ni... kalau boleh malam2 tu memang elak bawak kereta sorang2 melainkan kalau terpaksa...

ade2mama said...

ppuan sekrg degil eheheh
biakn dye ehehe

Saiazuan said...

bukan je perempuan, lelaki pn slalu careless.. hmm bahaya dimana2.. brhati2 ya :D

Hafzan Sarah said...

sama2 kita beringat

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget