WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 25, 2011

POKET KERING SEBELUM WAKTU


Semalam Imanshah terbaca satu artikel dalam majalah maskulin keluaran bulan Oktober berkaitan POKET KERING SEBELUM WAKTU. Imanshah nak kongsikan bersama-sama dengan rakan semua.

Belum lagi hujung bulan, gaji sudah tinggal separuh. Itulah, belanja kawan-kawan dan shopping tak ingat dunia. Sudahnya terpaksa guna duit kecemasan. Apapun beberapa tips bagi mengatasi masah ini.
1) Asingkan duit wajib.Tiap-tiap bulan pastinya benda yang sama harus diselesaikan. Hutang itu dan ini yang perlu dibereskan. Jadi duit wajib itulah yang harus didahulukan. Contohnya bayar kereta, bila api, air, astro, bayaran rumah dan sebagainya.
2) Beli borong lagi jimat. Kalau mahu membeli barang-barang keperluan seperti dedoren, sabun mandi dan sebagainya, rasanya lebih baik beli secara borong. Sangat berguna di saat kesempitan wang.
3) Ubah gaya hidup. Baru dapat gaji terus belanja tak ingat dunia. Dari hujung rambut sampai hujung kaki mesti akan beli pakaian baru. Orang kata biar papa asal bergaya. Berbelanjalah berpada-pada. Ubahlah gaya hidup mewah kamu kerana ukur baju di badan sendiri.
4) Oh berdisiplinlah!! Jangan sesekali menangguhkan bayaran wajib. Biar gaji kecil tapi bayaran mesti ikut disiplin. Dan disiplinkan diri kamu untuk menyimpan wang demi kegunaan masa hadapan atau berhadapan dengan saat kecemasan.
5) Jangan ikut nafsu, tapi ikut bajet. Selalunya bagi yang memiliki hobi-hobi tertentu. Yang penting jangan beli barang mahal-mahal, akhirnya menjadi barang perhiasan sahaja.
6) Guna pengangkutan awam. Kenapa perlu bersusah payah menggunakan pengangkutan sendiri kalau kawasan anda memiliki pengangkutan awam yang banyak. Selain jalan raya yang sesak, anda juga boleh menjimatkan masa dan minyak. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan wang untuk minyak, tol, paking dan mungkin juga SAMAN.

Dan yang paling penting, jangan lupakan ibu bapa di kampung. Hantarlah duit dan belanja kepada mereka, InsyaAllah hidup kalian akan diberkati.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

26 GENTA RASA:

senyumSOYA said...

beli ikot bajet bkn nafsu..tu y paling kritikal..^^"

Cheq Sue said...

alhamdulillah ok lagi setakat ni. Tapi kalau 2 kali sebulan balik kg...memang out la...

blog-tips-kurus said...

sistem public transport sangat la tidak efisyen di tempat saye ini.. :(

FaKArePa!n said...

bab duit mmg kna berdisiplin cket..btol x bro..

adwafarahin said...

sem lepas2 cpt kering gak sem nie amik iktibar n now ekonomi stabil
alhamdulillah :)

eyryn said...

wah ! tips yg bergune. . hehe. .
even ryn blom ad dwet sndiri :p

Hana Soffelia said...

Masalah poket kering sebelum tibanya waktu ni berpunca daripada sikap suka berbelanja tanpa berfikir. Nak berbelanja tu biarlah ukur baju di badan sendiri, baru tak sesak nafas di tengah bulan. ^_^

khairul akmal bin azman said...

nice tip bro!
nanti gua praktikkn

IMANSHAH said...

@khairul akmal bin azman

tq follow me.

khairul akmal bin azman said...

xde hal la..blogger laki ..kene satu sama lauin support

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah walaupun single mingle & agak sakan berpoya2 (kihkih), akak tidak mengalami masalah tu. Berkat jaga mak kot, wallahu'alam bissawab.

El-Janna said...

kalau student lagi xpe kan.hehhe

Lelaki Ini said...

sy guna pngangkutan awam!!!!
(sebab tak mmpu nk beli kereta lagi!)
hahaha

Ahmad Haziq Azlan said...

nasib baik utm ada bas free takyah bayar tambang

alif ismail said...

fuh...naseb bek alif student lagi... tapi duit tetap tak cukup2 jugak...huhuhu...

IMANSHAH said...

@Ahmad Haziq Azlan

semua u ada free..aku masa kat USM dulu hari2 naik bas..asyik kena perli je

IMANSHAH said...

@alif ismail

dulu takde hp ngn laptop canggih2..duit banyak g cc je buat esaiment

alif haris said...

hehe terima kasih cikgu atas tipsnya ..
boleh aply dlm plan kewangan sy hehe

BM said...

lama dah tak beli majalah maskulin..

iKhRam said...

suka yg last sekali tue..!!
yg tu paling penting..

luahfikiran said...

SALAM SYAWAL,
UTK MAK AYAH TU, SEBAIK2NYA, DARI AWAL2 LAGI KITA DAH ASINGKAN ! BUKANNYA DI HUJUNG, KALAU ADA LEBIH BARU BAGI !

Saiazuan said...

dah bsr2 ni kna pndai manage duit btl2 kan :)

Nizam Ijam said...

saya pon da kering nie..hehe

Zul Fattah said...

sesuai utk saya yg tengah kering ni.. haha... boleh try.. tp sumber kewangan x de r.. ckup skdar makan minum utk 5 bulan je..

Afida Anuar said...

Gaji orang gomen dah masuk awal2 dah. Suka la deme deh. Orang swasta macam saya jugak yang tak masuk lagi (akhir bulan baru masuk) Memang agak 'kering' sekarang.. hohoho

ade2mama said...

biase ppuan la tu eheh
kuat shoping eheheh

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget