WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, September 12, 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2011



Esok, 13 September sehingga 15 September maka bermulah perjuangan murid-murid darjah enam di seluruh Malaysia menghadapi peperiksaan UPSR 2011. MAsih teringat pada tahun 90-an dahulu apabila Imanshah  menduduki peperiksaan UPSR ketika itu menawarkan 4A sahaja. Alhamdulillah, walaupun hanya bersekolah kampung dan dalam serba kekurangan Imanshah berjaya memperoleh 3A 1B. Walaupun gagal untuk ke sekolah Berasrama Penuh (SBP) namun Imanshah tetap berbangga kerana keadaan zaman tersebut tidak seperti hari ini. Tuisyen hari0hari, kelas tambahan sampai tak cukup jadual kan.

Apapun kekecewaan bergelar pelajar SBP kerana keputusan yang tidak memihak kepada Imanshah, namun Imanshah berpeluang mengajar di SBP. Dah masuk tahun ke sembilan pun. Di kesempatan ini, Imanshah nak mengucapkan selamat menduduki UPSR khususnya buat dua orang anak buah Imanshah iaitu Rafie di Kelantan dan Emir Imran di Pahang. Semoga berjaya memperoleh keputusan cemerlang nanti.


Selamat berjuang!!

Selamat berjuang.!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Baru je lepas wish kat anak sepupu yang bakal amik UPSR..


Nasihat kak fida buat semua yang bakal menduduki UPSR.... Jangan kalut, baca soalan dengan tenang... yang penting, kita dah usaha, selebihnya, kita serah kat Allah.... insyaAllah..moga2 berjaya..

bella luna said...

selamat upsr kepada adik2 yang bakal menduduki upsr esok,semoga semuanya mampu membuat yang terbaik,.

Eazy Izzuddin said...

good luck kepada yg amik UPSR

Citarasa Rinduan said...

anak saudara ayu pun esok di USJ ambil exam..
all the best untuk semua pelajar

eiela said...

adik saya pun amik exam jugak esok. gud luck kepada mereka.

SoLy SoLicious said...

Semoga dipermudahkan tuk adik2 dpt mnjwab UPSR nan baik :)

Afzainizam said...

kita sama-sam doakan buat terbaik untuk mereka... Insya Allah

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
tribunal tuntutan pengguna berkaitan kereta

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget