WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 18, 2011

SELEPAS KITA MATI, APA JADI PADA AKAUN FB KITA?


mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan 

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu


moga Allah redha dengan perkongsian ini

Perkongsian dari FB TEH SECAWAN.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

ziraziz said...

:) ..tg very2 much ats peringatan...

FaKArePa!n said...

kena buang gambar y tak tutup aurat ni.. bahaya..

gadisBunga said...

bagus betul peringatan ni. thanks.

Afida Anuar said...

Tq shah... atas peringatan ni. Bukan setakat fb, blog, friendster semua.....delete lah mana2 yang tak patut tu..peringatan tuk diri sendiri;)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

pas ni kne wasiatkan laaa supaya akaun FB ni di mansuhkan once dh meninggal kan....

SoLy SoLicious said...

peringatan yg memberi kesan..uhuhu

Syazwan Che Deraman said...

kawe ado terbaco yang ni.
kena fikir 2-3 kali sebelum letak gambar dan status dalam facebook.
terutamanya pue.

nur aisya humaira said...

aah kan, tak terpk pn sblm ni...adehh..

sonata anak kancil said...

sy sentiasa berhati2 tentang ini semua...klu ada nak delete2 jg lah. kalau gitu kena wasiatkan password tu !

adrenalina said...

orait...akan cuba untuk sentiasa beringat setiapkali beronline...

Rtp Farra Arisha said...

FB is just for fun, only at once..FB juga hanyalah sekadar fenomena yang tengah hangat di alam maya :)
peringatan itu sgt bermakna bagi arisha and i keep those words in my mind forever and ever. thanks ya :) tapi alangkah indahnya jikalau FB tidak diwujudkan dari awal lagi..:)

Citarasa Rinduan said...

terima kasih cikgu..

selamat malam

Cik Jannah said...

terima kasih saudaraa. :)

khaifaiz said...

aku nak delete gambar aku la...

MR. SYAH said...

lelaki pun sama.. adoi yg pki seluar pendek ni kena delete r.. nmpk lutut..

Wanita Bertudung Hijau said...

peringatan yg sgt2 membantu org sekeliling mengurangkan dosa mereka :-)

JuliaEsqa said...

Memang ada dalam perancangan untuk tulis segala pasword peribadi dan letak dalam sampul surat bergam. Di simpan di tempat rahsia, bila meninggal baru suami boleh buka..

JuliaEsqa said...

Memang ada dalam perancangan untuk tulis segala pasword peribadi dan letak dalam sampul surat bergam. Di simpan di tempat rahsia, bila meninggal baru suami boleh buka..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget