WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, September 22, 2011

SESEKALI BERCANDA DI ASTROTUF

Di penghujung-penghujung penggal persekolahan ini, kalau sekadar mengajar dan mengajar pun naik bosan juga.  Sesekali turun ke padang meneruskan rutin seperti biasa membawa pelajar-pelajar ke Stadium untuk sesekali bertukar angin. Kata orang otak yang cerdas lahir dari tubuh badan yang cergas kan. Mujur banyak "link" dengan sekolah-sekolah lain. Maka, semalam satu perlawanan persahabatan diatur sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Primier Zon Perak 2011 pada minggu hadapan.


Seperti biasa rakan sparring Sekolah Bintang ialan Anderson School, satu nama besar dalam hoki Negeri Perak. Semalam kami mengadakan perlawanan persahabatan dengan Anderson Junior. Walaupun pasukan junior, namun, kemampuan dan kebolehan yang dimiliki pasukan lawan memang mengagumkan. Dalam perlawanan tersebut kami menang 3-2.

InsyaAllah, pada minggu hadapan pasukan ini akan berjuang dalam Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Primier Zon Perak dari 26-28 September 2011. Inilah sebahagian dari rutin dan perjalanan hidup sebagai seorang guru. Kitalah guru di kelas yang mengajar SPM, kitalah juga jurulatih di padang dan kita jugalah pengiring dalam bas. Dan ada masanya kitalah juga  cik MISI  yang merawat mereka apabila kecederaan. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

3 GENTA RASA:

Yatie Awang said...

semoga berjaya, akak dulu main hoki juga kat sekolah

ade2mama said...

pukul bola jgn pukul kaki plax:p hwhhee

peNulis SeNjA said...

ps tak pandai doe main nih

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget