WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 11, 2011

SUDAHKAH BERPUASA ENAM?

Sedar tak sedar kita sudah berada pada sebelas syawal. Bagaimana dengan syawal anda? Masih hangat dengan rumah terbuka? Sudah kah mengerjakan puasa sunat enam? Kalau belum, marilah kita mengambil peluang yang terhidang ini untuk mencari sebanyak mungkin pahala yang ditawarkan. 

"Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)"

Bagaimana pula dengan kewangan? Bimbang banyak sangat berbelanja untuk menyambut Ramadhan dan Syawal, semuanya dah kering. Almaklumlah, raya setahun sekali, maka belanjanya pun mestilah setahun sekali. Sebagaimana majlis perkahwinan yang dikatakan sekali seumur hidup, maka belanjanyapun kenalah belanja ala-ala sekali seumur hidup.

Apapun, jangan terlepas puasa enam hari ya di bulan syawal ni. Bimbang banyak sangat kenduri kahwin dan rumah terbuka, sampai kita terlupa untuk berpuasa enam. Selamat beramal.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Buat rumah terbuka dak? nak pi serang ni..hehe.

InsyaAllah, lagi sehari. Moga2 Allah bagi kesempatan dan kekuatan nak langsaikan hutang sekali..nak puasa kat kampung hari tu tak boleh..err.. pasai banyak sangat dugaan..hehe

JIJI YU said...

jgn berlumba lumba pulak nak habiskan puasa enam..smpai jadi bermegah megah

Cheq Sue said...

insyaAllah minggu ni habis...

Cik Asma BLuppy said...

tak habes ag ganti puasa ni. tak tahu la sempat ke tak puasa enam ni...=,="

Citarasa Rinduan said...

harap2 minggu ini habis..

Zul Fattah said...

insyaAllah.. masih menunggu hari yg sesuai.. huhu

H.J said...

hokk sengotinya saya tak puasa lagi..hehe

gadisBunga said...

weekdays adalah hari yang baik untuk puasa 6. kurang ujiannya. heheh~

Dialog™ said...

Err,

belum buat lagi. InsyaAllah, minggu depan.

muhamad hanif said...

Err,

aku belum lagi.

aimie amalina said...

aiyaaaakkk
x setat lagii
huuu
insyaAllah sok pose =]

MR. SYAH said...

masih belum mula lagi... hehe.. niat dah ada..

iKhRam said...

selamat berpuasa enam yer cikgu imanshah

ibuintan said...

baru bermula, insyaallah

NzA said...

kehangatan raya masih brterusan di neeri johor ni dik...akak dh mula w.pn tersangkut2...hu...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget