WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, September 8, 2011

TOP UP TELEFON BIMBIT KENA BAYAR CUKAI MULAI 15 SEPTEMBER


Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.
Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.
Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.
Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan
60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. — BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

missgee said...

Tak abis2 ngan
cukai itu dan cukai ini..
Hurmmmmm

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

sebelum ini mereka istiharkan untung berjuta2...
lepas ni mereka untuk berbiliun la..

"apa kata kita berjalan pandang kehadapan dan tak perlu pandang kebelakang lagi"

Wassalam

white rose said...

watle cane pun, makin ramai pelanggan yg mahukan...

ibarat kata, turun pun nak naik pun nak juge...




jgn lupe balm gamat asli tu ye bang...

ckLah said...

Owh, tak pernah top up, sebab 1 keluarga guna pasca bayar. Masuk bil...

teha said...

nk kena ade cukai jugak ke ? hadoii ~~

antara said...

rasa2nya gov ad deal dengan BlackBerry nih... nak galakkan semua ber-BBM =="

MR. SYAH said...

hmm.. malas plak rasa nak topup.. hehe..

Afida Anuar said...

Aduhhh....yang ni pn nak kena cukai...benciii....

Abd Razak said...

Makin banyak cara Kerajaan nak kutip wang dari rakyat...

::FAIZ FARISH:: said...

naikla lg... naik kan je..... grrrr

khaifaiz said...

ini semua ada agendanya... Kalau nak charge knape tak charge mase awal2 dulu...

charge la semua benda.. tak pa... rakyat malaysia memang suka kena charge...

Awan Biru said...

Beralih ke plan pasca bayar.

Dinas Aldi said...

Akak pakai pasca bayar.

ziraziz said...

nsb baik sy xpkai prabayar..hehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget