WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, September 13, 2011

TUN DR MAHATHIR CANSELOR PERTAMA UNIVERSITI PERDANA



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik secara rasmi sebagai Canselor pertama Program Pengajian Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) yang baru dilancarkan.
Program pengajian perubatan di bawah PUGSOM akan menawarkan program pengajian perubatan kemasukan mahasiswa empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat dengan kerjasama Pusat Pengajian Perubatan Johns Hopkins University (JHU).
Program Pengajian Perubatan Universiti Perdana-Royal College of Surgeons di Ireland (PU-RCSI) pula akan menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional dengan kerjasama RCSI.
“Saya dengan rendah hati dan gembira untuk menerima (tawaran itu) sebagai Canselor Universiti Perdana,” kata Dr Mahathir dalam ucapan penerimaannya pada pelancaran rasmi Universiti Perdana dan pelantikan rasmi sebagai Canselor pertama, di sini, Isnin.
Majlis pelancarannya disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi Universiti Perdana, Tan Sri Dr Mohan Swami.
Dr Mahathir berkata kerjasama dengan dua buah universiti tersohor itu akan memberi manfaat bukan sahaja kepada universiti itu malah kepada negara.
“Malah kita perlu ingat bahawa apabila kita telah maju dalam sebarang bidang ilmu pengetahuan sudah tentu ada perkara yang boleh dipelajari daripada orang lain.”
Beliau berkata satu daripada faedah dari hubungan sedemikian adalah bahawa lama kelamaan sesebuah universiti itu akan diiktiraf oleh pihak lain dan menarik pelajar asing.
“Kos untuk belajar perubatan di Amerika sangat tinggi. Di sini kos itu akan banyak berkurangan dan ia bermakna bahawa anda akan sentiasa mudah dicapai oleh lebih ramai pelajar yang sebaliknya, tidak akan mampu untuk memasuki sebuah universiti Amerika,” kata Dr Mahathir.
Universiti itu, yang menyasarkan untuk mengambil 10 hingga 20 peratus pelajar asing mulai tahun depan, merupakan sebuah projek perkongsian swasta dan awam yang diusahakan oleh Unit Perkongsian Swasta Awam di Jabatan Perdana Menteri dan Academic Medical Sdn Bhd (AMC).
Dua perjanjian antara AMC dan JHU dan Johns Hopkins Medicine International (JHI), dan satu lagi perjanjian yang menandakan secara rasmi kerjasama antara AMC dan RCSI, telah ditandatangani pada 2010.
Bangunan konvensyen di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (Maeps) digunakan sebagai kemudahan sementara Universiti Perdana.
Pengambilan pertama 75 pelajar bagi program PU-RCSI dan 30 pelajar bagi JHU. Daripada sejumlah 105 pelajar perintis, hanya seorang pelajar asing dari Bahrain.
Lima puluh peratus pelajar universiti itu adalah atas tajaan Jabatan perkhidmatan Awam. – BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

Azham Vosovic said...

dulu member sy nak sgt msauk RCSI...tp xda rezeki..sian dia...

gadisBunga said...

idola saya. :)

Zul Fattah said...

Tahniah..

:Cikgu Akim: said...

cita-cita dulu nak jadik DR! tapi sekarang berusaha ntok sampai peringkat PHd~

Afida Anuar said...

habis lah muhyyidin tak dapat jadi PM..err..apa kaitan? eekekeke..

Mahathir dengar gak lagi berita pasal dia, Pak Lah senyap terus..kesian Pak Lah... eh takde kaitan jugak...hahaha

L said...

xtaw la plak citer nieeeh.. huhu

jom bacer sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/beribadah-tp-xberakhlak.html

khaifaiz said...

tahniah buat tun...

SoLy SoLicious said...

waah..hebak Dr M kite... heee

Afzainizam said...

Uihhh aku pun sama ada cite-cita nak jadi doktor tapi sekarang jadi doktor kereta pulakkk

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
tribunal tuntutan pengguna berkaitan kereta

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget