WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 4, 2011

UCAPAN SELAMAT BUAT SEMUA

Hari ini Imanshah nak ucapkan selamat. Selamat apa? Selamat hari Raya? Selamat Hari Merdeka? Idok, itu semua dah teman ucapkan hari tu. Ucapan selamat tersebut adalah :

1) Adik beradik Imanshah yang akan berangkat pulang ke rumah masing-masing dari teratak bonda di Tumpat. Masitah, Munirah dan Afiqah yang destinasinya ke Kuala Lumpur. Tharmizi pulang ke Melaka dan Syikin ke Kuantan, Pahang dan Imanshah sendiri ke Ipoh. Selamat berangkat, semoga selamat semuanya. Berhati-hati di jalan raya dan jangan memandu ikut perasaan. Selamat kembali bertugas semuanya.

2) Anak-anak murid dan rakan-rakan guru. Selamat kembali ke asrama Sekolah Bintang. Bagi pelajar PMR dan SPM, penggal ini merupakan penggal terpenting anda. Semoga berjaya hendaknya.

3) Kepada semua pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di IPTA, selamat memulakan pengajian anda dan bergelar mahasiswa. Bergelar mahasiswa bukan tiket untuk bebas dan membuat apa sahaja yang anda suka. Genggamlah segulung ijazah dan membahagiakan keluarga anda. Kepada mahasiswa dan mahasiswi lama yang mendaftar semula, selamat kembali ke kampus. Buatlah yang lebih baik dari semester  lepas. 

4) Kepada semua rakan bloggers yang lama bercuti dari menulis, selamat kembali menulis. Sepi sungguh dunia maya tanpa kalian.

SELAMAT SEMUANYA...


Selamat tinggal anak-anak buahku




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

amna said...

alahai.. sedih je..

Cheq Sue said...

semoga selamat sampai
berhati-hati di jalanan
doa mengiringi

Kalamhati said...

huhu selamat la belako2..hati2 di jalanraya..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

selamat untuk semuanya yee imanshah...amin~~

aiEz said...

Selamat selalu...

*cumel2 belaka anak buah abg shah

insan_marhaen said...

Muga bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal hadapan..

shahjiehan said...

macam ni pon ada ka? haa.. manusia3

http://sjiehan.com/

nur aisya humaira said...

selamat tiba di ipoh cikgu iman ye..:)

ishiko said...

ahaai.. memang la selamat tinggal semua ..

Awan Biru said...

Selamat...

kakcik said...

Selamat berblog kembali IS. :)

Azham Vosovic said...

nerves ni, nak daftar kt UPM nti huhuhu

ziraziz said...

selamat..selamat..selamat...

..esok nk jumpa 'ank2' kat sekolah.. :P

alif haris said...

terima kasih cegu atas nasihat buat mahasiswa yg bakal kembali belajar sem baru :)

Zul Fattah said...

selamat juga buat Abgshah.. slamat mengajar..

cheqna said...

olololo
comel2 nyer..
selamat jugak untuk IS =)

cikgu isza said...

kenapa cuti sekejap jer?
kenapa2?
hu3

Alahai.. kesiannya | Semekar Kasih

Afida Anuar said...

A'aaa...moga selamat semuanya..

Saya pun dah selamat sampai di Putrajaya pukul 2 tadi. Kat highway tak boleh pecut sangat, jln jem. Kat karak pun jem skit tadi.. hu hu

Afzainizam said...

Selamat kembali semula.... hati2 dalam perjalanan


------Salam Aidilfitri-------
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
burasak vs lepat loi

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget