WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, September 16, 2011

HAJAT MERDEKA

Semalam, berlangsung dua program di sekolah. Pertama, Solat Hajat dan Bacaan Yassin utnuk calon PMR dan SPM dan kedua, Malam Ambang Merdeka. Kira-kiranya sekolah bermula 7.00 pagi dan berakhir jam 12.30 malam. Huhu lama tu.

Para pelajar, Ibu bapa dan guru-guru khusyuk menunaikan solat hajat. Memohon kepada Ilahi agar dibukakan pintu hati dan rezeki, dipermudahkan mengingati, dan dikurniakan kejayaan yang hakiki. Solat diimami oleh Timbalan Mufti Negeri Perak.


Sedikit tazkirah yang disampaikan kepada semua pelajar dan hadirin, semoga dapat berubah dan memberi tumpuan terhadap perjuangan menghadapi SPM dan PMR. 


Usai majlis, semua hadirin dijemput ke dewan makan untuk menikmati jamuan makan malam. Huhu kenyang den makan nasik ayam. Tambah jangan tak tambah pakcik.


Eh ini S.Jibeng ke Ahmad Jais ? Jangan salah sangka. Ini bukan majlis solat hajat. Ini dah masuk program ke dua. Sambutan Ambang Merdeka. Anak buah Imanshah sedang syahdu menynyikan lagu Warisan dendangan Allahyarham Sudirman. Peperiksaan-peperiksaan juga, patriotik mau ada !! Majlis bermula jam 10.30 malam dan berakhir pada jam 12.15 pagi. Haha, non stop dari jam 6.00 petang lagi.


Majlis diakhiri dengan laungan merdeka dan nyanyian lagu-lagu patriotik. Eh mana cek?? Hilang ditelan oleh para pelajar.

Apapun, di hari Jumaat ini, Imanshah mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia buat seluruh warganegara Malaysia.

Di halaman aman dan makmur ini,
Pertahankan daulah addin nan qudus
Di halaman udara segar bugar ini,
Perteguhkan maruah bangsa nan mulus,
Di halaman  redup rimbun pohon kemerdekaan ini, 
Abadikanlah kemakmuran sejati...


YeBo pun nak sambut MERDEKA!! Peace !!








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

nyanyisunyi said...

Insyallah semua doa akan dimakbulkan Allah..mudah2an semuanya berjaya...

cikgu isza said...

itulah kita..
tak menang tangan dengan aktiviti..
kalau asyik belajar pun takda maknanya juga..
sesekali perlu ada penyeri..
tunggu anak saya masuk sekolah cikgu imanshah pula.
mudah2an..

Kes Datuk Siti Nurhaliza di Google Translate | Semekar Kasih

delarocha said...

usai berdoa, kena usaha pula

NzA said...

InsyaAllah, semoga semua pelajar2 akan brjaya dgn cemerlang..
Baguskan kalau smbutan hari kemerdekaan dibuat acara islamik...sejuk mata n telinga nie....

Kalamhati said...

Alhamdulillah..dlm gembira menyambut hari besar negara..rasa syukur tak lupa dipanjatkan..=)

adrenalina said...

Selamat Hari Malaysia!!! hari ni cuti yeah!!!

Fadzmie Mohamad said...

Semoga apa yang dipohon dalam solat hajat itu dimakbulkan Allah SWT. Amin. Tapi jangan lupa usaha juga. Hehe.

Dinas Aldi said...

Semoga mereka berjaya, insyaallah :)

Afida Anuar said...

Wahh meriah...siap ada 'S jibeng' lagi tu..hehe

Miecyber said...

Merdekakah kita ???

abu idris said...

arrayah.info - Hari Malaysia/Hari Kemerdekaan/Hari Kebangsaan : Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget