WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 15, 2011

27 RINGGIT YANG HILANG


Hari ini kita mungkin terasa ralat. Terasa marah apabila kita kehilangan RM 27 apabila dompet kita tercicir, mahupun dicuri. Namun kita tak terasa ralat ataupun sedih apabila pahala 27 kali ganda yang Allah janjikan kepada mereka yang menunaikan solat berjamaah hilang begitu sahaja. Bahkan, kita tidak merasa ralat mahupun sedih kerana GAGAL menunaikan solat lima waktu.
Sembahyang berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh tujuh (27) darjat iaitu ganjaran.( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Hari ini andai kata kita mengumpul sejumlah wang bertahun-tahun lamanya, lalu wang tersebut kita gunakan untuk membeli kereta. Sudah tentu kasih sayang kita terhadap kereta tersebut sangat tidak ternilai. Kita jaga, kita tatang dengan sebaik mungkin. Tercalar sedikit kereta, seakan tercalar hati kita.

Namun, andainya kita menyertai peraduan atau kuiz dan hadiahnya kereta. Dan dengan izin Allah kereta tersebut menjadi milik kita. Ada kemungkinan kita tidak menyayangi kereta tersebut sebagaimana kita membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan kereta. Ada kemungkinan kita akan jual ataupun hadiahkan kereta tersebut kepada orang yang tersayang.

Begitu juga soal Islam, kebanyakan kita hari ini mewarisi islam daripada datuk, nenek dan ayah ibu kita. Lalu kita tidak merasa betapa perlu untuk kita menyayangi dan menjaga agama kita hari ini.  Berbanding dengan para sahabat yang sememangnya berjuang untuk islam dahulu sehinggakan sewaktu zaman pemulauan masyarakat Quraisy Makkah mereka terpaksa memakan kulit-kulit pokok akibat susahnya memeperjuangkan Islam. Namun, kita pada hari ini yang sudah Islam jarang yang ingin menghargai Islam itu sendiri.

Semoga kita menyayangi Allah dan Islam lebih dari segala-galanya.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

insan_marhaen said...

Rupanya IM dah keciciran jutaan 'ringgit'.

Sempatkah IM kampoi semula ringgit yang hilang itu?

selagi ada nafas selagi itu peluang tetap ada!

ckLah said...

Betul...pengetahuan Islam yang diwarisi itu, perlu di 'update' sentiasa. Terutama ibu dan bapa yang mewariskan, perlu memantau anak (pewarisnya)sentiasa..

Ahmad Haziq Azlan said...

..............................nak pinjam duit boleh?

ikatankasihku said...

saling mengingati. :)
tq 4 sharing

nabilah_2908 said...

mcm terkena kt batang hidung sendiri...

ralat dgn duit yg beterbangan sbb kn accident yg lepas...tp ganjarang dari Allah...hrummm...

muhasabah diri....

terima kasih atas perkongsian ini....

❤ eyeme ❤ said...

setuju...kdg2 ssh nak tgk org solat berjemaah..even diri sendiri pun jrg sgt buat..terasa rugi..mungkin perlu berubah. kdg2 manusia ni bila tak di ajak, ssh nak buat..mcm saya..

ibuintan said...

sebab yang hilang ni kita tak nampak tu sebab ramai yg tak ambil kesah

Citarasa Rinduan said...

setuju..selagi dijalan yang diredhai olehnya k.ayu sangat sokong..
ada hikmah disebaliknya kan:

Zul Fattah said...

pasal duit, kawe tak ambik kisah sangat... sebab semua tu hak Allah..

Rtp Farra Arisha said...

jalani dunia dgn minda terbuka, langsung semua perkara dicantim seperti sedia kala :)

this is very good entry! LIKE!

Rtp Farra Arisha said...

*dicantum.

ayuna ayuni.. said...

kias ni menarik...!!!

:)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget