WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, October 5, 2011

APPLE LANCARKAN iPHONE 4S, BUKAN iPHONE 5 SEPERTI YANG DIJANGKAKAN



Saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street hari ini selepas pembuat gajet terkemuka berpusat di California itu mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru seperti dijangka.
Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California.
Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti ‘pembantu peribadi’, tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru – iPhone 5 – seperti yang dinanti-nantikan.
iPhone 4S boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain bermula 14 Oktober ini.
Di Amerika Syarikat, iPhone 4S dijual pada harga mulai AS$199 untuk 16 gigabit manakala AS$399 untuk model 64 gigabit.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

SoLy SoLicious said...

mesti smuenye hampeh nan apple tu

❤ eyeme ❤ said...

huh..da sampai iPhone 4s dah..amobo so pon xdop lg..hehe

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

ala...malaysia belum lagi....mantop lah..Apple..kan..

http://cayob.blogspot.com

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

kebetulan h/phone saya dah rosak ni...

Wassalam

Salwa said...

lah.ingatkan iphone 5.baru igt nak beli.ceihhh.bajet banyak uit la.

Citarasa Rinduan said...

salam merindu..
bilalah ayu nak beli satu.. heheh

delarocha said...

cepat sgt upgradenya...iphone yg lama tak sempat nak explore

Rtp Farra Arisha said...

arisha sangkakan iPhone 5 :O

IMANSHAH said...

@delarocha

bukan stakat nak explore, nak pegang pun belum penah teman..hehe

Suhami Ahmad said...

aiyoooo...atok pakai 3310 je

cheqna said...

mak jema pakai henpon bese2 je...

FaKArePa!n said...

mst ramai pelabur y kecewa.. tu y saham Apple jtuh 4 % tu.. hehehe

Zul Fattah said...

la.. ingatkan iphone 5.. erm.. x best r.. sikit je upgrade...

faizal mohd said...

wah! ape lagi bro, beli la satu. 199 jek. HaHa

IMANSHAH said...

@faizal mohd

huhu murah kan,, tu dolar us le,,,

Ahmad Haziq Azlan said...

malam tadi awak baru nyelak buku Fundamental of Economics, Pearson. kos penghasilan seunit iphone cuma 245 dolar je. tapi bila sampai Malaysia udah beriban

missgee said...

Memang dok tunggu iphone5..
Tunggu nak tau berapa harga..
Tapi bukan nak beli pun..
Errrrrrrr.. Apekah??

alif haris said...

hok alh .. ingatkan iphone 5 yg keluar .. hihi ..
sy tak berapa nk kesah pn sebebanrnya ..
sy guna phine cikai2 je :p

Afida Anuar said...

apa kata lupakan iphone..kita beralih kepada samsung galaxy 2...errr;)

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

memang saya suka, tapi duit tak ada..macam mana

xanders.co said...

hang bila lagi nak ada? hehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget