WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, October 25, 2011

BAYI DILAHIRKAN DENGAN DUA MUKA



Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.
Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.
Bercakap kepada akhbar The Nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.
“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.
Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.
“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.
Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.
Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.
Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.
Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.
Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.
Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.
Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai.
SUMBER : MYNEWSHUB



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

ckLah said...

Astaghfiurullah...MasyaAllah... simpati dengan bayi itu, serta ibunya...

abah khalisha said...

Harap umurnya panjang..

siti murni said...

kesian....tapi itulah..kuasa Allah..tiada yang boleh menidakkan...

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

Alhuakbar
Subhanallah

Wassalam

faizal mohd said...

tanda kekuasaan yang MAHA ESA.

kesian baby tu.

gadisBunga said...

allah maha berkuasa ke atas sesuatu. kesian jugak tapi pasti ada hikmahnya...

cucu umie said...

semoga ibu bapanya tbh menghadapi dugaan Allah...

mohd sasuke said...

sedih tgk nasib budak ni..setiap kejadian Tuhan pasti ade sahaja hikmah disebaliknya

insan_marhaen said...

dugaan yang cukup hebat kepada ibu dan ayahnya. tak tahulah IM jika hal seperti ini berlaku pada IM.

NuR si CiKGu RiBeNa said...

ciannya dia..
aduhai.. kuasa Allah.

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Segala-galanya menunjukkan kebesaran Allah SWT..

Afida Anuar said...

Macam dalam cerita x-files pulak shah... tajuk dia, post modern prometheus..

;)

ade2mama said...

kuase Allah

NzA said...

kesiannya..ttp semua tu kuasa Allah....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget