WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, October 10, 2011

BUKU USTAZ AZHAR IDRUS PALING LARIS DIJUAL - 30,000 NASKAH


SUMBER : INIMAJALAH.COM

Sebagaimana sudah dijangka, buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa kini muncul sebagai buku paling laris di pasaran.

Menurut universitipts.com, hanya dalam tempoh lima minggu buku itu diterbitkan. hampir 30,000 naskah sudah terjual. Ini satu rekod bagi industri buku negara ini.

Laporan itu memetik Pengurus PTS Islamika Sdn Bhd (PTS), Imran Azmi.

Berikutan ia laku keras, tidak semua permintaan kedai buku untuk mendapatkan buku itu, mampu dipenuhi jabatan jualan syarikat itu .

“Banyak penjual buku bergerak datang membeli secara pukal dan tunai di PTS. Mereka menjual buku ini kepada orang ramai yang datang mendengar Uztas Azhar memberi kuliah,” catat web berkenaan.

Universitipts.com menyifatkan faktor utama yang menyebabkan buku itu amat laku ialah populariti Ustaz Azhar sendiri.

Pada masa ini beliau adalah penceramah agama paling diminati ramai di negara ini.

Menerusi buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa, beliau merungkai pelbagai persoalan agama dan hukum hakam berkaitan.

Buku ini adalah kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar. Jawapan dipaparkan secara jelas dan padat supaya pembaca lebih memahami persoalan yang selama ini bermain di minda mereka.

Ustaz Azhar memang tokoh agama yang tidak asing di negara ini. Keunikannya ialah kemampuan menyampaikan ilmu agama secara berkesan menerusi penjelasan mantap yang diselitlkan unsur humor sehingga mampu menarik khalayak pendengar yang ramai.

Buku ini dijual pada harga RM15 dan boleh didapati di kedai buku, rangkaian pasaraya Tesco, Carrefour dan Mydin. Anda juga boleh melayari bookcafe.com.mybagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku terkini PTS.

Menurut universitipts.com, buku beliau yang kedua dengan PTS sedang dalam proses suntingan dan dijangka dapat diterbitkan sebelum hujung tahun ini. - Dipetik dari inimajalah.com


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

faizal mohd said...

ustaz azhar memang best. cume kalau video tu tak berapa nak faham dialek ganu. :)

Fendy said...

terbaekkk.......

amna said...

dengar di radio pun dh mengusik jiwa. pendekatan bersahaja namun sangat mudah difahami ^^

rezeki ustaz.. alhamdulillah :)

missgee said...

Memang tak heran..
Ustaz Yang terbaik..
Harus bukunya laris

missgee said...

Memang tak heran..
Ustaz Yang terbaik..
Harus bukunya laris

Afzainizam said...

rujukan terbaik banyak masalah dapat di rungkai dengan contoh mudah faham...


aku suka dengan penyampaian ceramah beliau....

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
wiper silikon dan wiper kereta biasa

nudin said...

HOK SENGOTInya sumber asal artikel ni ialah http://inimajalah.com.my/buku-ustaz-azhar-paling-laris-30000-naskah-terjual/... hihihi

zati embong said...

cara penyampaian beliau mmg terbaik.plus sebnrnya bnyak yg jat dpt tahu bl dgr ceramah dia.

plg terharu bl org luar dr tganu pun suka dgr jugak,walaupun ustaz azhar mmg cakap ganu dlm ceramah dia.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget