WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 9, 2011

COLEK

Semenjak diserang demam teruk, mulut masih lagi belum pulih sepenuhnya. Terasa ingin makan benda masam hari hari kalau boleh. Udah ghope orang mengandung pula rasanya. Sekejap-sekejap loya. Sekejap-sekejap nak muntah. Mujurlah di sekeliling rumah ni banyak ditanam dengan pokok buah-buahan. Semalam, sempat Imanshah makan colek belimbing. Nak makan mangga muda rasanya kalau ikutkan namun, pokok mangga belum lagi berbunga. Baru sahaja lepas musim berbuah.


Pokok belimbing depan rumah ni dulunya ditanam oleh seorang rakan, namun dia dah berpindah ke Putrajaya. Sekarang ni pokok ini diserahkan kepada Imanshah untuk dijaga. Memang sungguh meriah pokok belimbing ni. Sepanjang tahun akan berbuah. Cara Imanshah simple sahaja, belimbing dicicah dengan kicap dan gula. Memang sedap. Tak sempatlah nak beli-beli kuah rojak mak bee ke apa. Hehe.

Sebenarnya Imanshah mengikut arwah ayah yang memeng suka makan colek ni. Masa di kampung dulu setiap petang ayah akan selalu makan colek mangga, jambu, cermai dan banyak lagi buah-buahan kampung yang lain. Kami adik beradik pun sama berkumpul petang-petang untuk makan colek. Inilah salah satu cara kami adik beradik bersama ibu bapa untuk saling mengeratkan hubungan dengan memakan colek pada waktu petang. Rindu sungguh zaman kanak-kanak kan. Sesekali bertemu adik beradik, pastinya hidangan "colek" ini akan menjadi menu petang kami untuk mengingatkan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja kami.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

23 GENTA RASA:

insan_marhaen said...

jambu colek dengan kicap + cabai burng + kicap pun sedap juga.

tapi IM belum makan lagi dah rasa lain macam kat pipi.

faizal mohd said...

pergh! kecur air liur weh. letak cili potong sket. hehe :P

tetiba teringan mangga tanam depan rumah. :)

Cik Asma BLuppy said...

wah... best nye! nak jgk!

FaKArePa!n said...

lama dah saya dop mkn colek.. mase kecik2 dulu mkn sokmo.. buah mempelam kena dengan colek.. perghh..

aQimie Ceplos said...

peh.bile tgk gambar belimbing tu.
start da mengidam. ahah!

ckLah said...

Kicap kipas udang....sedap!

Nalisa Syahira said...

nak exam ni , cikgu tak bg makan masam masam , HAHA ,

missgee said...

Colek yang ada kenangan..
Esok2 dah kawen
bawa anak2 makan colek
bersama-sama :)

tunz said...

mama suker mangga , sengkuang...layannnn.....tpi x suke yg pedasss lerr x tahan

Zul Fattah said...

kalu balik kg.. memang gomo colek dulu r... lpas teraweh dulu.. ada ore jual colek.. sedap Abe..

~SaL IjOu~ said...

sy suke mkn 'ccolek' dengan cuka, kasi taruk cili, belacan, gula n garam..pergh..best amat!~ ;p

~Insan Biasa~ said...

baru je makan malam semalam dan pagi tadi.....mangga muda....ramai22 makan semasa camping....memang best....

Hafzan Sarah said...

colek kelubi..perghhhhh!!tgkap leleh

Yatie Awang said...

adoiii....sedap pulak nampak...

NzA said...

mcm ore ngidae jah...hi.hi.hi

suko colek "perut"....

Oasis said...

Serius mmg kecur air liur bila baca entry ni. Makan colek ni sedap jika dimakan beramai-ramai kan. Rasa nikmat orgasm sebenar

Afida Anuar said...

Kalau orang ganu ada sabdu shah, 'collek'.. he he...sedapnyer belimbing tuuu...

Citarasa Rinduan said...

kenapa masa dok sedap baca entry nie. tiba2 ayu tertelan air liur..
aduh!!!!!!!!!!!
mengidamm

che mid said...

rumah che mid pun ada belimbing gak..tapi belimbing buluh, tengah buah lebat tu.. boleh buat sambal belacan.. nak?

abu muaz said...

collek meme sedatt...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

x suke mangga masam!!!!waaaaa~~

sahromnasrudin said...

cikgu ingidam ke?? ingidam istri erk heheheeee

Acik Erna said...

kalau cara acik makan belimbing pulak...potong kecik2 gaul dengan gula dan garam..letak dalam peti ais..dah sejuk makan..sedap sangat..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget