WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, October 11, 2011

DARI CIKGU UNTUK CIKGU


Semenjak pembentangan BAJET 2012 oleh Y.A.B Perdana Menteri pada hari Jumaat lepas, telah timbul beberapa polemik yang saya kira kurang menyenangkan. Terutamanya beberapa komen tak berasas oleh para blogger dalam menyatakan pendirian mereka terhadap kaki tangan kerajaan khususnya sehinggalah menyentuh soal tugasan guru, yang dikatakan paling mendapat 'durian runtuh' dalam bajet kali ini. Imanshah hanya memerhati dari jauh sahaja polemik ini kerana malas untuk membahaskan isu-isu yang tidak penting, rasanya tugasan mengajar dan mendidik anak bangsa terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan SPM lebih penting.

Namun, diam bukan beerti tidak ambil peduli. Imanshah sempat juga melihat beberapa orang blogger terutamanya guru yang telah mengulas isu ini, menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh para blogger dari bidang lain. Nampaknya masing-masing memiliki hujah masing-masing. Di sebelah sana cakap guru kerja senang, manakala di sebelah guru pula menulis tentang tuntutan kerja hari ini yang semakin banyak, sehingga masa yang ada untuk keluarga pun sukar untuk diberikan.

Secara peribadi Imanshah tidak berapa setuju untuk kita golongan guru untuk menjawab semula komen-komen mahupun penulisan para blogger. Bukan apa, memang sakit hati membaca kutukan, cercaan mahupun hinaan mereka terhadap guru hari ini. Namun, membalas semula tulisan mereka seolah-olah kita sama sahaja dengan mereka. Kau kata aku, aku kata kau balik, aku pertahankan diri aku. Jadi ,  di mana titik perbezaan antara kita dengan mereka ? Mungkin ada kalangan blogger guru yang marah dengan tulisan Imanshah ini, namun sebagai mana yang telah Imanshah sebutkan tadi, ini hanyalah pandangan peribadi. Terpulanglah sebab masing-masing ada pandangan tersendiri. Sebagai seorang yang tidaklah terlalu lama, namun tidak baru dalam dunia pendidikan ini, inilah pendapat peribadi Imanshah.

Untuk membalas krikitan, kemudian, kita menyenaraikan semua tugasan hakiki dan bukan hakiki yang kita laksanakan di sekolah. Kita senaraikan tugas guru bukan hanya mengajar tetapi menjadi jrurawat, pemandu  sehinggalah kerja pengkeranian. Seolah-olah memberi gambaran kita sahajalah yang memberi khidmat kepada masyarakat. Kalau boleh senarai tugas kalau ada 25 semua nak disenaraikan. Bukan bermaksud kita tidak boleh berkongsi aktiviti dan tugas kita di dalam blog. Imanshah pun berkongsi setiap aktiviti dan tugasan yang diberikan.  Namun, sebab isu ini, semuanya kita keluarkan, semua kita nak tulis.  Hanyalah kerana ingin memberi gambaran kepada semua orang bahawa kerja guru ini terlalu membebankan, justeru jangan pandai-pandai nak kata kami kerja senang. Sekali lagi maaf kalau ada yang terasa. 

Imanshah suka kalau kita masing-masing mendengar hadiah yang diberikan oleh kerajaan disertai dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi dan berazam untuk melaksanakan amanah dengan lebih komited lagi.  Sedangkan kita seringkali menolak kebenaran betapa ramai lagi dalam kalangan rakan-rakan di sekolah yang sebenarnya merupakan penumpang sahaja dalam dunia pendidikan ini . Ramai guru yang sememangnya sentiasa menunggu tarikh 25 haribulan untuk mendapatkan gaji. Yang selalu memberi alasan itu dan ini apabila diberikan kerja ? Yang masih gagal menguasai Proses Pembelajaran dan Pengajaran  dengan baik walaupun lulusan universiti tempatan. Lantas di mana silapnya ? 

Kita sering bersikap kau kau lah, Aku aku lah. Kau punya kelas, kau punya pasal lah. Saling tegur -menegur jika ada yang tidak kena di mata memang jauh sekali. Semuanya mengharapkan pengetua sahaja. Adik-adik yang baru masuk kerja, sering menolak kerja, sedangkan banyak kemudahan yang diberikan oleh kerajaan. Gaji besar, elaun tinggi. Maaf tidak semua guru baru begitu, malah ada yang komited dengan kerja sehingga tidurpun di sekolah. Saya tak nafikannya.

Kenapa Imanshah katakan begitu. Sebab orang luar memandang profesion kita. Berapa ramai juga yang selalu minum di luar sewaktu  sepatutnya proses P&P berjalan ? Ada kita ambil peduli ? Tidak !!  Hakikatnya masyarakat luar memandang kita. Dan pandangan mereka terhadap kerjaya guru hari ini TIDAK SAMA dengan pandangan mereka dua puluh tahun yang lepas.

Apapun, Imanshah nak TABIK buat semua guru yang komited, yang tak cepat melatah, yang sangat dedikasi pada tugas dan amanah yang diberikan. Teruskan mendidik anak bangsamu, pantang mengalah, dan terkesan dengan kritikan-kritikan yang tak berasas ini. Syabas guru Malaysia.

Kepada semua yang diluar sana, selalulah berterima kasih kepada gurumu yang mengajar kalian tulis baca hingga menjadi orang ternama, dan berterima kasihlah juga kepada mereka yang telah mengajar anak-anakmu juga.


p/s : Kepada semua blogger guru, Imanshah juga tahu anda semua orang yang komited, kuat dan hebat. Teruskan menulis.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

26 GENTA RASA:

:Cikgu Akim: said...

saya bakal guru ni pun terkesan dengan penyataan2 tidak berasas beberapa blogger...sabar jela..sentiasa bersyukur dengan apa yg ada...

Gen2Merah said...

saya sependapat dengan Imansyah.. Pandangan masyarakat kepada profesion guru hari ini begitu berbeza berbanding dulu.

apa yang penting, kita sebagai guru-guru jangan terlalu melatah dengan pandangan masyarakat pada hari ini..

biarlah mereka nak kata apa, janji kita ikhlas dan koimted dalam menjalankan tugas kita sebagai pendidik.

hanya Allah yang Maha Mengetahui

tunz said...

sesuai dgn pepatah'akibat nila setitik rosak susu sebelanga'.apa2 pun pada mama kita bekerja sbg ibadah tanpa utamakan ganjaran.jika niat kita ikhlas demi ank2 melayu,Tuhan maha Mengetahui...jadi pendidik yg memanusiakan manusia...allahuallam...

p/s ikhlaskan hati dalam bekerja....

Afida Anuar said...

Betul2 shah, kalau kita balas balik, tak sudah jadinya. Lagi sakit hati. Diam itu lebih baik. Biarlah depa nak kata apa pun.

-dari bekas guru sementara- ;)

Ahmad Haziq Azlan said...

cikgu imanshah......

NeoBalanoCarpus said...

hujah cg imanshah mantap..apa2pun, sy akui tugas cg mmg berat.ramai yg x tahu hakikat ni memandangkan mereka tdk berada di skolah bersama2 cg.teruskan mendidik, cg imanshah.

Thania said...

sebenarnya dorang jeles...coz x dpt lebh..
tp an dorang kne igt..bukan sng nak jdi guru nak didik anak2 skrang nie.. tuh laa guru dapat rezeki lbh... so kne laa trima... rzki msng2 an.. guru lah yg mndidik kita,anak2 kita... semua laa...

che mid said...

Che Mid yang bukan cikgu ni pun naik kesian tengok cikgu yang kerja teruk-teruk. Perasan gak, cikgu yang aktif mengajar, cikgu2 itulah juga yang aktif di luar kelas, tu tak termasuk hal kemasyarakatan lagi..

Lelaki Ini said...

malas nk komen apa..
sumenya penat kerja...
so..
sama rata jewk sume..
hehehe

Yatie Awang said...

pada akak mana ada kerja yang diketegerikan senang, setiap bidang perkerjaan, tentu ada senang dan susah...terutama guru, nak mendidik semua manusia ni, akak tak rasa kerjaya guru tu senang

NaeBlog said...

Terima Kasih
Sesuai untuk renungan semua...

gadisBunga said...

errr....


saya pekerja private. jadi saya cuma layak jadi pemerhati saja. :D

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

penah jadik cg sementara di mana

ahmad humairi said...

Guru - jangan jadi lilin.
Jadilah seperti bulan - berkongsi cahaya menerangi kegelapan malam.

ibuintan said...

setuju sangat dik.... biarlah orang nak kata apa, yang penting ikhlaskan hati kita dalam bekerja... moga berkat rezeki yg kita dapat dan ilmu yg kita beri

Hanif Idrus Blog said...

Guru hanya menjadi mangsa keaadaan. SEbenarnya marah kepada belanjawan 2012 yang terlalu berat sebelah terutama kepada swasta..
Guru harus dihormati kerana ia pendidik anak-anak kita. Cuma sekarang jadi mangsa keadaan. Biasalah orang tengah marah...hehehe
Sila baca komen aku tentang belanjawan 2012
Belanjawan 2012

DaHLia said...

aduhhh terasa :D

just menjawab komen org gomen tu jer... saje nk update blog yang dah lama xberupdate..hahaha
xde nak marah pun..happy jer
:D

atuk said...

Assalamualaikum Imanshah

Lillaitaala...alhamdulillah
ada agenda lain...subhanallah

Wassalam

MAT SOM said...

Mereka yg ada ahli keluarga guru mereka akan tahu beban tugas hari ini.

Tak percaya ikut cikgu2 balik rumah... tengok cikgu2 buat kerja sampai jam 3,4 pagi. Siapa nak tgok?

Syazwan Che Deraman said...

abah aku seorang cikgu bro.
aku tahu macam mana abah aku kerja, dia memang berdedikasi, sehinggakan masa untuk family pun tak banyak.tapi kami sekeluarga paham.

pagi masuk kelas,
petang sibuk ngan kelas petang.
malam pun ada kelas.
balik rumah, sometimes tanda buku latihan student.
student atau family student,sakit, pergi ziarah.
syudent sakit kat sekolah, g hantar hospital, masa minyak?.tak diambil kira..
tugas cikgu memang berat kan.

faizal mohd said...

abg saya seorang guru + warden. memang sibuk dengan tugasan dan jaga budak2 asrama.

Kalamhati said...

btul tu..yg penting kena syukur atas rezeki yg Allah bg dgn memikul tanggungjwb sebaiknya..

NzA said...

yang penting dik naiwatu kita, jika kita ikhlas bekerja kerana Allah, InsyaAllah ganjaran yg xtrnilai akn kita dpt..kalau bkn kita mungkin utk anak2 kita....
Cuma setiap manusia punya kelebihan n kekurangan..kita xtahu kekurangan kita sehingga kita ditegur oleh SAHABAT yg benar2 ikhlas..jgn cpt melatah n brsedih dan teruskan prjuangan kita yg utama iaitu MENDIDIK!!!!komen2 n debat2 tu bagus utk kita menilai siapa diri kita disisi masyarakat....

Norsha said...

kerana nila setitik rosak susu sebelanga, kerana sorang dua yg tak komited, abis semua kena tempiasnya....kepada semua guru2 terusknlh usaha baktimu tanpa jemu...

Laili said...

setuju 100% dengan penulisan ini & membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjadi seorang blogger (guru) yang komited, kuat dan hebat ;)

aqmahoocyunkqamo said...

salam...saya rase persepsi manusia skrg ni perlu sgt diubah..walaupun sy masih blom bergelar guru..namun title guru pelatih pon membuatkan sy seolah2 seperti seorang guru sebenar...org mampu berkata cikgu itu ini..tp hakikatnya mereka x sedar.tugas seorg guru bukanlah mudah..lagi2 mendidik dlm zaman serba moden ni..lg banyak cabaran..!!yg masyarakat nmpk..cikgu kerja smpi tghari..pergi sekolah then pas dh abis ajar balik umh..hey..sory..cikgu bukan mcm 2..mcmm2 yg cikgu perlu fikirkan...rph..??ank murid..??hal pentadbiran..??tugas..??so..wake up la msyrkt..jgn hanya memndg guru dr sudut negatif..tp pndglh guru dr sudut positif..tanpa guru..siapalah anda..??tepuk dada..tanya iman dan ilmu yg dimiliki..?dr siapa..?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget