WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, October 27, 2011

DEEPAVALI DISAMBUT MERIAH DI PADANG HOKI DAN ARENA BAHAS

Masih belum terlambat untuk berkongsi aktiviti Imanshah pada cuti umum sempena perayaan Deepavali hari ini. Alang-alang blog kita selalu menjadi "terjahan dan intaian" dari orang-orang tertentu kan, baik bercerita sesuatu. Moga-moga dapatlah pedoman sedikit, sebenarnya kita ni jenis bekerja. Dan tak pernah pun nak ke depan menunjuk-nunjuk kerja kita. Kalau dalam blog ni, sekadar bercerita tentang aktiviti seharian. Itu sahaja, kalau nak mengipas ke, kirim salam lah ya. Hamba bukan tukang kipas. Imanshah tidur je pakai kipas, dan makan kicap kipas cap udang. 

Seperti biasa, dari pagi ada latihan hoki kalau cuti umum. Esok, pemain hoki tingkatan tiga ada perlawanan persahabatan dengan pasukan The Malay College Kuala Kangsar. Makanya nak menyiapkan pasukan, kenalah bekorban cuti untuk melatih pasukan. 


Buat 'basic', susun pasukan, buat 'game situation', latihan PC dan banyak lagi. Nak kira letih memang letih, berpanas lagi.  Latihan disambung pula pada sebelah petang di padang sekolah  sehinggalah menghampiri maghrib. Alahai, ingat kau je ke yang latih budak ?? Aku pun latih la. Ini pun nak berceritakan. Bodek la tu Imanshah.

Habis kisah hoki. Boleh berehat ?? Belum ! Yang pasti malamnya ada lagi tugasan. Sambung pula dengan Pesta Bahas 2011. Pesta Bahas ini merupakan kelolaan Keluarga Debat Bahasa Melayu Sekolah Bintang dan sebagai jurulatih bahas, Imanshah kenalah mengawasi perjalanan nya. Pesta bahas ini akan berlangsung sehingga hari Jumaat nanti melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu. Yalah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Nak melentur buluh mestilah dari rebungnya.


Pasa peserta sedang mendengar taklimat pertandingan oleh Imanshah. Ada sepuluh pasukan yang bertanding di pusingan awal. Satu pencapaian yang baik.


Gigih dan gigih. Barisan juri yang Imanshah lantik dalam kalangan pembahas senior. Waktu inilah selain dari menjadi juri, mereka juga boleh berkongsi ilmu bahas dengan adik-adik.  Yang belakang-belakang tu penonton.


Salah satu aksi para peserta bahas. Selain dari melatih mereka bercakap dengan fakta, hujah dan sebagainya, sebenarnya di sinilah tempat memupuk keyakinan bercakap di hadapan khalayak ramai. Dan Alhamdulillah ramai dalam kalangan pembahas Imanshah menjadi pemimpin di peringkat sekolah dan dilantik sebagai pengawas dan pengerusi kelab dan persatuan.

Sebenarnya Imanshah baru pulang dari sekolah dan terus menulis entri ini. Haha, apa lagi, intailah ye. Mana tahu, kot-kot nak dapat cemerlang tahun ni. Intai Imanshah antara nampak, esok jangan dicanang-canang !!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

cucu umie said...

wing3x, it's okay abg iman.. kire menggunakan mase yg ada untuk aktiviti yg berfaedah tu...

Afida Anuar said...

kurang2...ada juga masa untuk berbakti pada anak murid, tak kira masa, tak kira cuti... moga2 dibalas kebaikan yang banyak...

cuti deepavali saya...cuma duduk rumah, baca buku, hujan tidur..hahaha

ckLah said...

Nak hantar budak ckLah ke kelas bahas tu, boleh...?



***di sekolah baru ni, jangan payah nampaknya nak lihat kejayaan berulang lagi. Huhu

ckLah said...

***Apa punya ayat daaa. Sila betulkan cikgu! :D

faizal mohd said...

best jadi cikgu. boleh spent time dengan anak murid. :)

Aien Not Alien said...

"Imanshah tidur je pakai kipas, dan makan kicap kipas cap udang."


kita sama...hihihi..


best jadi cikgu ni, dapat beramah mesra & mendidik anak bangsa... :)

ibuintan said...

xtvt masa cuti yg terbaik tu cikgu Iman... agak2 dah bekeluarga nanti ada lagi tak xtvt macam ni

::FAIZ FARISH:: said...

i like this...

tidur je pakai kipas, dan makan kicap kipas cap udang

Funny

Zul Fattah said...

rajin bebeno abe shah kito ni.. apa2pun semoga berjaya yup..

Rtp Farra Arisha said...

we get so much fun if join any debate competition! :)
you're a sir eyh?

kakcik said...

Teringat zaman persekolahan kakcik dulu, ada disediakan sudut pidato untuk berlatih berbahas. :)

Cheq Sue said...

haish...paham, paham...sebab kita dalam bidang yang sama..tapi tang kicap kipas cap udang tu, nak cari kat mana ye? kicap baru di pasaran eksss?

siti murni said...

Lagi orang mengintai..lagi menyemarak semangat kita bercerita...pedulikan ya imanshah..yang penting kita di jalan yang betul...

MCKK....sekolah hebat tu...good luck noo..

Ct Aja said...

bestla dapat mngisi masa yg ade dgn prog cmni... meme sengoti best..hihii

amna said...

great tcher n coach as well :)
korban cuti demi anak buah ^^

ain fathihah said...

amboii sibuknya cikgu imanshah. hehe

FaKArePa!n said...

bz betol bro ni.. PH pon bnyk aktiviti yang dibuat.. rehat jangan lupa yer bro.. jaga kesihatan..

tunz said...

moga dikurniakan kesihatan yg baik untuk terus berbakti untuk anak bangsa demi negara tercinta..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

aktif ek skolah BINTANG ni..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget