WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, October 3, 2011

DEMAM URAT

Salam semua. Hari ini Imanshah demam, tapi tak ambil cuti sebab seminggu dah tak ke sekolah kerana menghadiri kurus KEJURULATIHAN HOKI di Alor Setar. Takut pula pelajar tertinggal sebab hujung tahun ni akan mengambil SPM. Pendek kata, kami dibekalkan dengan ilmu hoki yang banyak juga. Dari pagi jam 7.30 hinggalah 7.00 malam. Berkampung di Stadium Hoki Hijau Kuning.  Cuaca pula tak menentu, dua hari pertama hujan, tiga hari berikutnya panas terik pula. Malam pula berkampung di dalam kesejukan hotel. 

Apabila pulang ke rumah, keadaan masih terkawal dan tak rasa apa-apa. Namun, bila bangun dari tidur pagi ni, badan terasa panas, mata pula merah-merah. Yang paling penting, urat sakit-sakit. Kawan-kawan bagitau kena demam urat. Oh , ada ke demam urat. Tapi memang sakit badan lah. Tak seperti demam biasa. 


Petang nanti nak berkunjung ke klinik. Rasanya dah tua kot kan. Urat-urat bersimpul ni nak kena leraikan balik. Apapun, keadaan cuaca tak menentu sekarang, jagalah kesihatan anda semua. Selamat bertugas buat semua !!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

Lelaki Ini said...

lama gila dh tak main hoki..
windu2!

blog-tips-kurus said...

tak warming down ye?? ;)

cheqna said...

hoki...acara sukan cheqna zaman muda2 lu...
dah lama tinggal..hampir 16 tahun...
demam urat memang sakit...sakit urat la..g la betul2 nung..=)

khaifaiz said...

memang masak la kalu kena demam urat ni... serba serbi tak kena

Cheq Sue said...

saya.... demam + batuk 2 minggu belum kebah2 = dah tua la

* ipoh kemain ye panas, semalam + hujan, pening2 lalat jadinya

nabilah_2908 said...

oh demam urat....mmg sakit...nak gerak pun payah...

dedikasinya seorang cikgu...ttp dtg ke sekolah mengajar walupun badan sakit2...kagum..(^_^)

moga Allah permudahkan segalanya...get well soon... :)

FaKArePa!n said...

urat dah berbelit2 tu bang.. hehehe

LadyBird said...

slmt mju jaya :)

tunz said...

semoga imanshah cepat sembuh yer..boleh jalankan tugas spt biasa

Kakzakie said...

Kena berurut cikgu.... sesekali urut best tau cikgu.:)

Woofer Storm said...

bro,dah lama tak main hoki..ada masa nak join skaki boleh??hehee


dulu time skolah,first time main hoki ni pasti skit pinggang dibuatnya..hehee

Kalamhati said...

jolo doh tu demam urat..
keno gi klinik..ambik ubat..

Dinas Aldi said...

Selamat makan ubat & semoga cepat sembuh, dik Iman!

abah khalisha said...

urat dah tersimpul sangat tu..hehehe

NzA said...

itu amaran supaya cpt2 kawin.....

iKhRam said...

bukan tua
tp pertambahan usia..

apapun
semoga cepat sihat
dan kembali cergas seperti biasa k?

affie9 said...

hoho... moge lekas sembuhh..

Afida Anuar said...

Ah, saya pun dikunjungi demam juga ni shah... kita serupa.. haha.

Yatie Awang said...

InsyaAllah, musim2 macam ni, memang mudah dapat penyakit

Zul Fattah said...

x kahwin lg ni, dah sakit urat dah.. hey.. cam mane ni? smoga cepat sembuh yup

nadmy mesra trading said...

saya pun dah 3 hari dmam urat,sakit habis bdan n selsema pun dtang sama. hari pun dpt mc,dok kat umah je le hari ni.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget