WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, October 12, 2011

EVANGELIST PALING AKTIF KEGIATAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA



SUMBER : MYNEWSHUB
Kumpulan Evangelist yang merupakan salah satu cabang ajaran agama Kristian didakwa sebagai golongan yang paling aktif melakukan aktiviti memurtadkan umat Islam dan gerakan kristianisasi di negara ini berbanding dengan kumpulan yang lain.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, antara kumpulan masyarakat Islam yang dijadikan sasaran untuk dikristiankan ialah golongan miskin dan berpendapatan rendah, anak-anak muda yang gemar berpeleseran dan terbiar, serta pesakit-pesakit yang sedang nazak di hospital.
Selain itu, beliau memberitahu bahawa mereka juga mensasarkan gerakan kristianisasi itu terhadap golongan intelek yang bersifat liberal dan menyokong fahaman pluralisme agama, serta orang ramai di pusat membeli-belah dan kawasan kediaman dengan mengedarkan risalah ajaran mereka.
Menurutnya, difahamkan kumpulan tersebut sangat aktif dengan gerakan kristianisasi di seluruh dunia dan bukan hanya bertumpu di Malaysia sahaja.
“Melalui bacaan dan laporan yang saya peroleh, kumpulan Evangelist paling aktif memurtadkan umat Islam, mereka punya pakar-pakar di dalam dan di luar negara.
“Kumpulan lain pun buat juga, tapi taklah aktif sangat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Menangani Cabaran Kristianisasi Di Malaysia anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini.
Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Selangor.
Beliau turut menceritakan tentang seorang ibu tunggal memiliki tiga orang anak yang pernah dibaptiskan pernah bertemu dengannya dan menyatakan mereka menerima pelbagai bantuan lumayan dari gereja namun tidak sampai hati untuk meninggalkan Islam.
Menurutnya, ibu tunggal tiga beranak itu menerima keperluan dapur yang lengkap secara bulanan, sewa rumah RM1,700 sebulan, manakala segala keperluan anak-anaknya ditaja penuh oleh pihak gereja.
Selain itu, keluarga berkenaan juga diberikan sebuah kereta dan yang paling ‘isitimewa’ ialah keluarga itu akan dihubungi untuk bertanya khabar pada jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi pada setiap hari.
“How are you today, are you okay today, can we meet you today, have money or not for today, got any problem this morning..itu yang ditanya kepada keluarga itu setiap hari,” tambahnya lagi.
Gerakan Kristianisasi dianggap sebagai satu cabaran buat umat Islam di negara ini setelah terbongkar dengan beberapa kes seperti isu JAIS-GMDU, majlis pertemuan pastor-pastor di Pulau Pinang dan kes-kes murtad yang mencetus kontroversi seperti Lina Joy.
Merujuk kepada isu serbuan JAIS-GMDU, beliau turut menegaskan tidak akan sekali-kali meminta maaf kepada gerakan kristianisasi memandangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kenyataan medianya baru-baru ini mengesahkan tentang bukti gerakan tersebut yang ternyata mencabar Islam di negara ini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

missgee said...

Gerakan Kristianisasi
makin menjadi2..
Cara pendekatan mereka
agak licik..hurmmm

P/s:Pihak berkuasa perlu
lakukan sesuatu..

Suhami Ahmad said...

Ya Allah....akhirnya kegiatan mereka terbongkar

MAT SOM said...

Kita ini seperti ikan-ikan yg sentiasa lupa terhadap umpan-umpan yang ada di sekeliling kita.

Tabik dengan Dr Hassan Ali....kerana berprinsip.

faizal mohd said...

Semoga umat islam sentiasa teguh imannya.

NasZ said...

macam2 dorang buat utk murtadkan org islam.

MOHD NASER.com

tunz said...

umat Islam kena kuatkan iman...tabah dgn dugaan Tuhan,,jgn mudah menyalahkan Tuhan jika kita dilanda kemiskinan atau kekurangan, berbalik kpd agama Islam....amalkan ajaran Islam dlm kehidupan kita....

gadisBunga said...

guna duit untuk pancing umat yang serba kekurangan - patut lah....

hafiz hafizol said...

ini memang sangat melampauu!!!!

dokiStory said...

perkara ni memang da banyak berlaku.. moga2 dijauhkan..

Salwa said...

ujian duit dan iman.

Afzainizam said...

Yupp kena berhati-hati sekarang ni semakin halus dan licik sekarang

Jom Terjah entry terbaru ??
tip cara mudah bersihkan seat kereta

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget